Thursday, 18 June 2009

??**????!!

1.24 am masih lom tidor sebab baru jer dinner cum supper at 1215am. At 11pm I mula menggoreng mee hoon, better known to my family as mee PK. T komplen "umi dah lama tak masak". Biar betul budak nih taw. Kita masak kat rumah dia keluar makan dengan kengkawan. Last2 dia kata I masak benda yang dia tak suka ie tempe. Macamlah tiap hari I masak tempe, tu pun bukan I yang beli, kakak kasi.

I: T nak makan apa?
T: sambal sotong dengan lemak labu ke, lemak nenas ke
I: amboi! mana ada bahan2 tu? Umi masak mee PK aje eh?
.
Since I dah ngantok I tidur dulu; so from 8.30-10pm I pun melabuhkan sauh. Alarm hp bunyi pukul 10 tepat tapi I golek2 till 10.30pm saja nak kumpul tenaga, ehem.

Tuan besar came home from work at 12am (ofis apa yang kerja sampai pukul 12 pagi ek?) so kami bertiga makan sama2. Esok beliau cuti, so it'll be a happy day for me. JJCM or JJCL. Yes!

Sekarang nih I tinggal sensorang kat bawah. Tuan besar mesti tengah ngadap laptop kat atas tu while T tengah mandi. Budak ni tak kira pukul berapa, kalau dia nak mandi, dia mandi. Dan kalau dah mandi sebelum tidor, jangan haraplah nak suruh dia buat apa2. Kadang2 mintak dia tolong capaikan remote control atau ambikkan my hp, nak tau camana dia pegang? Dia pegang dengan 2 jari kurus dia, tu pun kat hujung2 jari aje. Tak tahan tengok macam tu I pun soundlah "hp umi najis ke?". Haa, gitu sekali kekdahnya I melontarkan perasaan. Lepas tu dia terus basuh 2 jari yang kononnya dah tercemar tu. Nanti I bongkar pe'el obsessi dia yang lain2 eh?

Sebelum I mengetok kibod, I told tuan besar "hari ni kurang jus untuk I berkaryalah". Dia jawab "fuh" aje. 'Fuh' yang bermaksud 'wow, terernya bini aku' kot? Haha, apa2lah asalkan dia tak kacau my domain and I don't kacau his. Selamat sejahtera adanya, insyaallah.

Oh ya, today of all the days, the paip dalam toilet tu terpotel. Bila dah terpotel tu, air keluar seolah2 dari tanah menyembur keatas. Imagine how I ambik wuduk? Hari tu lampu bilik air terbakar, it took almost 2 weeks to get it fixed. Now giliran paip pulak, so agak2nya pada firasat I lah, berapa lamalah benda tu will get fixed. Hmm..
.
Tuan besar dan bujangnya ada bakat jadi handyman tapi biasalah orang lelaki kan kan kan? Cakap sekali "ya", dua kali "ok", tiga kali "tau". Camana wife/emak tak cakap berulang2 kali? but it will end up saying orang pompuan nih suka berleterlah, suka membebellah dan suka cakap ulang2. Sigh ..

My Bak selalu membebel tapi Mak tak. Bak juga selalu berleter tapi Mak tak. I anggap apa yang keluar dari mulut Bak memang semata2 leteran dan bebelan BUT I was wrong; I never realized then that all his words are words of wisdom and that they seeped through my benak slowly but surely and they got imprinted there. I dare say now that all his so-called bebelan/leteran are nothing but kata2 hikmat semata.
.
At one time while Bak was away performing the Haj, tetiba we all dapat berita that he had passed away there. Bila tau kononnya Bak meninggal kat Mekah tu, Ndja and I dalam keadaan sedih tak sedih (sebab tak dapat reassurance tentang kematian) sama2 kata "biarlah Bak berleter, biarlah dia marah kita berapa banyak dia nak.." Well, Bak didn't die in Mekah, Allah doesn't grant his doa to die there. Maybe Bak dipanjangkan umur untuk jadi wali I kot?

I nak relatekan cerita kat atas tu dengan kesah D&T dengan abahnya. Budak2 ni kalau abahnya terlebih cakap atau terlebih tanya, let alone tersilap cakap mulalah diorang kecik hati dan jauh hati. Memang mengada, bukannya kena tengking atau kena marah kow2. Tapi kesian juga bila abah budak2 tanya "I ni tak boleh cakap ke?". Hehe, gelihati dan simpati juga tapi I kata "boleh cakap tapi diorang nak bermanja dengan you".

Yang hairannya D&T boleh pulak obey silent command tuan besar tapi tidak 100% obey silent command mem besar. Dengan mem besar asyik kerja tawar menawar aje. As Mak selalu kata "Mak tu lemak", I agree 101%.
.
2-3 hari lepas I tengok Oprah's show. Dia tanya Tina T n Cher apa perasaan diorang bila masing2 dah in their 60s n 70s. Cher jokingly said it's horrible but Tina said she likes it. Dia explainlah kenapa dia suka kehidupan sekarang dalam usia yang dah lanjut tu. Jawapannya simple 'wisdom'.

Apparently nama T is Greek, means wisdom. Punyalah suka budak tu nama dia nama Greek (juga Arab). Tapi kenapa atok2 T tak kaya macam shipping magnate tu ehhh? Alah, kaya aje tapi tak happy dan tak ingat Allah, tak guna jugak kan? (hehe, cik anggur yang masam).

6 comments:

Spices of Life said...

hello ciksom, so pagi dah masuk entry.. well kita ni mak .,..apa kata tak makan dek saman oleh anak.. as for D & D dah also jadi isteri orang. Bila I masak, memang boring, bila mak mertua si anu tu masak.. wow wiw wuw sedap nya...

lemongrass said...

Hi Cik Som,
I pun slalu membebel, my hubby kata I can have a 2-way and 3-way conversation all by myself, dia tak payah mencelah sikit pun, wahahaha. Anak2 I pun slalu ada selective hearing loss, geremmm..... :-)

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

Cik Som..
i pon sentap kalau ayah i tegur2 i..so ayah i suke amik tindakan fofular! nk tegur kitaorg melalui ibu i..so telinga ibu i la yang mencapang jadi org tengah..dan mulut ibu i la yang mem-pok-pek menyampaikan hasrat..

3E said...

Somuffins...actually I tak suka membebel..BUT..kalau nama pun perempuan, ada anak2...membebel tu dah menjadi satu kemestian pulak...I sure, bila kita dah takde lagi..sure anak2 atau hubby kita merindui bebelan mummy / wife diaorg 'kan....

kak ja said...

Cik Som, JJCL tu wat enimel?

I kan, masa anak2 kecik dulu, I mmg kaki berletiaq..Masa tu of koslah I berletiaq kat anak2.. Tp la ni I dah pencen dah drp arena berletiaq kat anak2.. I dah tukaq mangsa.. La ni Mamat Banjarmasin tu plak kena tadah telinga kat I.. Yub-a-dub-a-doo!! I suka sgt tengok dia merana!! (Raya dah dkt, harap2 pjg umur, bleh I mintak ampun kat dia.. Lps tu I ttp nak buat lagi.. hahaha..)

somuffins said...

Ahlan wasahlan kawan2.. :-)
Azieda, I dah terlebih tidor tulah merayap2 tu. MIL mana yang u maksud kan?

LG, shall we call that as being creative? Bukan leter kosong tapi siap dgn fakta ilmiah, tak gitu?

Shahirah, kasihanilah IBUmu itew. Cian tinger dia jadi radar taw.

3E, I pun tak suka membebel. Less bebel maka terserlahlah keAYUan kita, kan kan kan?

Ja, JJCL tu enimel yang tak berekor. JJCL ada blood related dgn JJCM; L=lauk
Ja, tiap hari bila Mamat Banjarmasin nak gi kerja, you syium tangan dia tak? If so, maka terhapuslah segala noda yang you dah buat kat dia tu. Insyaallah.