Saturday, 20 June 2009

Penatlah nak pk tajuk ..

Plain bread & cinnamon sticks eaten with butterscotch sauce
Belum apa2 dah ingat nak makan

Tako with Abalone filling
makan tako perasan berada dilereng Mt Fuji

(oklah tu sekali-sekala nak perasan)

Sushi untuk mengaburi mata sendiri yang konon2 berdiet

Gambar tak terang sebab diorang nervous :-)
.
My niece (yang tuu... nampak tak?) ialah anak tunggal my aruah abang. Baru darjah lima dan pertama kali masuk peraduan spelling bee or as they call it 'SIR - spell it right'. I dua beranak ke Piramid nak beri semangat dan sokongan padu sementelah suku sakat yang lain tak dapat hadir. Dari rumah lagi I dah rasa sebak semacam (I ni diva airmata tau) ...
.
Majlis bermula, perkataan untuk dieja 1. tycoon 2. outbreak 3. svelte. Bila dia berjaya eja 'tycoon' pastu 'outbreak', T and I bertepuk tangan kegumbiraan and at the same time a surge of rasa sebak ensued, maka bergenanglah airmata kami. If only her Bak was around, this event would've been more meaningful for her; but it's OK, Mama, Wan, Umi and Kak T dah datang. My niece tersangkut mengeja 'svelte' as sevelte. She looked a bit sad but it was a good try, boleh cuba lain kali kalau ada rezeki dan peluang. I peluk dia erat2.. biar semangat dia pulih.
.
If only dia ada talian hayat.. I lah orangnya yang akan berlari naik kepentas. Glemerlah I nanti, masuk paper keluar teevee tapi camana kalau I silap eja? Silap eja takpe tapi I tak redha bila wartawan lebih nak menanya perihal tudung yang I gayakan tadi. Sepatutnya tudung tu dah lama diberi golden handshake tapi I tak sampai hati. Kita dah macam kembar tak siam, sama2 alami pahit manis kehidupan, pendek kata dah macam ebony and ivory .. (bunyi cam merepek tapi I saja yang faham maksud yang tersirat).
.
Tugasan I (w'pun sebak kejap tadi) tetap berjalan lancar macam biasa... hantar text beri lapuran selari pada 2 of my sisters (closest to my niece). Sementara tunggu giliran my niece mengeja, T and I quietly JJCM dan terus makan (Pic no. 1). Sebelum balik, we all singgah kaunter sushi & tako. Makan tako tapi tapau sushi. Bila dah agak2 kenyang dan kepala pun terasa ringan (angkara T ajak pusing2 tengok kasut), we pun call it a day (jalan selamat sementara $ masih berkepul2 terselit kat poket rahsia, shhhh..). Sebenarnya mata ni dah terpandang2 lambaian bantal bus** (alaah, masam sikit aje..).
.
T takde bantal busuk tapi D ada. Bantal yang mulanya warna biru bertukar jadi biru tua pekhat! Bantal yang mulanya bersampul, ntah kemana sampulnya. Ada hati pulak dia suruh I cium kat a few spots yang dah siap ditanda beberapa anak panah <----- cam nih. I kata "tak singin umi nak cium, busuk". D kata "taak Mi.. cuba cium kat sini (sambil tunjuk2 dengan jari).. yang ni bau milo.. yang ni bau susu". Ada juga bau2an yang dia sendiri tak dapat nak tafsirkan bau apa.
.
Petang ni another niece jemput kerumahnya ada majlis potong kek dan tiup2 belon sempena besday yang baru 5 tahun. Dukacita tak dapat memeriahkan majlis sebab tuan besar kepenatan baru balik ofis dan I perlu berehat sementelah kepala dah ringan semacam.
.
Rintihan: kesiannya I tak dapat makan kek. I suka besday kek, kan? Tadi I nampak jiran sebelah beli kek ResipiRahsia; kebetulan hari ni besday anak kembar dia - same age as my niece.
Patutkah I rajinkan diri sapu2 daun kering, siram2 pokok tanpa bunga dan cakap2 dengan kucing kat luar tu?? Patutkah ??

8 comments:

Spices of Life said...

hey again, I feel for you when you were giving support to your niece. Tahniah to her on her fantastic effort. Bantal busyuk, as for my kids selimut busuk.. aduii sedih rupa selimut farah where she named it weety as a pelat for blanky. so weety tak serupa selimut my maid pi convert it to kain lap lantai.. i lak yg mejerit "what on earth you buat ni"udah busuk Bu.. ok jgn panggil aku Bu aku bukan INdo , panggil puan.. baik Bu aku panngil Bu puan.
anyway.. i must say I truly enjoyed your writings. It is like meneman teman sendirian.. :))

Mrs Ceriawan said...

Ciksom niii..apesal lately ni asik story mori pasal food aje..adeh telan ayaq liuq sy nengok..teringinla plak nk mentry sume tu..huhuhu (-_-")

kak ja said...

Kalau I jd u kan Cik Som, I cpt2 masuk dapoq, masak Maggi Mee sebungkus, letak veges skit biaq kaler meriah.. Then huloq kat jiran u tu.. I think kalau IQ dia agak2 ok, dia akan balas dgn bday cake idaman u tu..

I tgok gak S-I-R last nite tp yg mana satulah agaknya anak sdr u yg bertuah sbb dpt kaum kerabat mcm u all tu? Tp iya lah, bknnya ditunjuk live pun, kan?

Spices of Life aka Azieda, u tak nak ke invite I menerjah blog u? (dgn muka tak malunya I menawarkan diri.. hehehe..)

somuffins said...

Azieda, that's the least we can do for her, beri moral support (and of course our love). Tengok dia terkenang aruah abang; tu yg tak tahan tu.
My son ada blanket busuk juga u. Dah berketai2 and I geram cos it was initially my blanket zaman I dara lagi.

Mrs C, apa nak kata.. Tu ajelah kepakaran I. Nanti u ajak Mr CW pegi ngintai2 food tu, paksa dia kalau dia takmoh pegi, eh?

Ja, pulak2 tu I dah kehabisan stok Megi. Jiran xdpt mee, I tak dpt kek. Akan ku terjah kedai kek ptg nanti. Meleleh air liuq kandongan kalau xdpt kek. Huwaa...

AZIEDA? Dengar tu? You dah ada peminat setia (psst Ja, berilah buah tangan ke apa kat Azieda tu)

Spices of Life said...

Hahahaha Ciksom akn vigorous writer. Kek resipiRahsia mana depa beli.. I suka noq kek chocolate RahsiaResipi. Cik Ja, nak invite you to my blog. alamak , blog i punya la boring.. orang tua maklom la.. nak tulis pasal anak semo tak duduk dgn chek, nak tulis pasal current features, Chek tak tau apa sebab tak baca news .. only ke blog makanan and bila nonton tv ke food channel. Pastu kat blog chek tak de makanan yang boleh di tehterakan.. anyway, kasi your email , sudi saya menjemput.. now ke blog insha allah ke umah chek laa..

kak ja said...

SOL aka Azieda,
Blog I pun merapu meraban sj pun.. Cuma habuan gelak2 melepas tensen.. dan sedikit mesej/pengajaran bg yg dpt baca between the lines.. I menulis pun lbh kpd utk melepaskan tensen..

Ni my e mail add: sufina2008@yahoo.com

Tengkayu arrr??

3E said...

Somuffins, semua my 3Es takde bantal dan selimut busuk tau...nak la juga rasa macam mana ada anak yg ada bantal dan selimut busuk ni...tapi semua tak suka....

Wah....blog somuffins ni dah jadi tpt carik teman baru la...bagus3..

somuffins said...

3E, better for them xde bantal/selimut busuk. Kadang2 menyusahkan juga (degil takmoh basuh).
Blog I tempat cari teman baru? Heheh, moga2 panjanglah silaturrahim