Saturday, 13 June 2009

Selkom dah lemak vs Pisang masak lemak


Selepas gigih berusaha

Sabar separuh dari iman? Yess, tidak dinafikan. Kiranya I dapat gak pahala for being sikit sabar sebab tak pester tuan besar bila Cel*** B'band buat hal dari 9am-9pm. Tuan besar kerja petang sampai malam so memanglah I tak nak ganggu dengan soalan "kenapa line Cel*** ni down Ling?" (bbpj, tak mananya I panggil dia cam tu. Selalu tanpa 'ng', hehe, I kan pemalu?).
.
Dalam pada tak nak ganggu, sempat (lebih pada sempat pun) hantar 3 sms yang berbunyi sungguh hemah bertanyakan hal line yang down tu. Tuan besar (yang memang tak terer bersms) terus fon mem dia kat rumah .. "I tak ingat nombor dia. Semua tu ada kat rumah, bla3". I yang sentiasa berhemah (haha.. baca boleh, percaya jangan; sepatah kata CikSom the 2nd - kenalan baru siber) punyalah jaga turun naik suara .. last2 I kata "nanti kasi I nombor tu eh? Senang.. terima kasiiih" (tak ke berhemah namanya tu? haha.. bbpj). Selang tak berapa minit, line Cel*** pun up up and away. I sms tuan besar "dah ada line". Yes, line dah ada tapi mood nak berkarya takde pulak... so,
.
lebih baik I tengok drama Nur Kasih .. Sinopsis: Siabang yang alim minat kat Nur tapi sibapak suruh siabang buangkan perasaan tu jauh2. Sibapak berniat nak jodohkan Nur dengan siadik yang sangat kebaratan. Siabang dan siadik dua2 frust sebab ...... siabang suka pada Nur (tapi tak dapat) whereas siadik disuruh kawin dengan Nur, gal yang dia tak minat sebab dia dah ada dot3 kat Ostolia.
.
Nak sebut sket pasal my aunty, Chik. Masa makan2 hari tu, kitorang perasan dia duduk membongkok tapi kitorang tak syak apa2. Malam tu kakak beritau, Chik terwee-wee kat depan pintu bilik air sebab lututnya ketat tak boleh bergerak. Pastu dia demam, sebelah kaki dan tangannya ada water retention. Kaki yang ketat terasa sakit/sengal. Malam tu juga Chik dipujuk guna Tena saja. Apakah fungsi Tena itu?
.
Habis aje bercakap dengan kakak, perut I serta merta memulas maka mesti dilegakan a.s.a.p. Sedang giat mengumbah, I cari peluang melalak sepuas hati dalam bilik air. Sambil melalak sempat pulak tengok muka sendiri kat cermin. YaAllah.. tak larat, mana hilangnya seri wajah I? tapi bila dah sober, I pandang sekali lagi muka kat cermin, walla.. dengan hidung merah dan mata yang a bit puffy, diadun dek cahaya lampu kuning 60watt, tetiba seri tu kembali you... (betul I tak tipu tapi terserahlah bbpj).
.
Bila semua adik-beradik tau "Chik tak sihat", masing2 pun bergegaslah. Malam Khamis lepas I bertiga melawatnya. Dia masih demam tapi nampak ceria. Rezekinya dah ditakdirkan begitu, walaupun takde keluarga sendiri, kamilah anak2 dan keluarganya. She has 11 more anak2 sedara tapi ....., tapi?
.
Jangan ingat I dah penat berkarya okay? Haha .. ada cerita lagi ni haa..
.
Jam brand CTzen hadiah kawin I dengan ayahanda D&T. Usia jam lebih tua dari D&T. Hehe, apalah I nih.. tulis stetmen yang boleh mendatangkan syak wasangka pulak .. no gud! Tak ingat pulak siapa yang beri hadiah tu. Semoga Allah beri kesejahteraan pada mereka sebab memberi kemudahan pada I sekeluarga. Amin.
.
Tak taulah hubby (masa ni belum iktiraf dia as tuan besar) tak ketuk paku kuat2 kedinding, jam tu tetiba jatuh terhempas lalu berderai kaca2nya; or maybe ia sebagai penunjuk that something was about to happen (yes something merobek jiwa did happen then). Senario: Masa tu duduk kat Sect.14 PJ, baru jer kawin 4 bulan. Sejak kejadian tu, jam dinding tu 'hidup' sempoi aje tak buat kerenah w'pun tak cukup sifat. Yang cukup sifat pulak buat kerenah lelebih.. Siapa lagi kalau bukan D&T, diselang-seli oleh? hehe.. but I'm not telling!
.
I tak habis lagi bercerita nih taw tapi terasa penat pulak nak concludekan .. dan I pun taknaklah buat para pembaca budiman sekelian (dalam hati nak kata peminat setia.. boleh?) pedih mata, kaki semut2 dan tangan sengal2, maka I beredar dulu ehh?

6 comments:

kak ja said...

Tak ingat baca kat mana, a blogger yg bengang bara sgt dgn Cel*** Broadband, dia tukaq 'broadband' tu jd BERUKBAND..

Pakai streamyx je lah Cik Som, wpun kekdg tetiba jd selow melow sampai I rasa nak angkat hempuk je laptop ni.. pdhal laptop ni tak berdosa.. Ok, xpe, lain kali I ambik baling modemnya lah.. (part ni, bbpj.. I tak pernah mengamuk angkat baling apa2 pun seumur hidup I, wpun kekdg tingin gak.. Tp bila memikirkan 'money doesn't grow on trees', terus tak jadi.. hehehe..)

somuffins said...

I guna Cel BB pun baru aje. B4 this lama gak we all guna Jar***. Between the two, Cel's service tersangatlah tidak memuaskan nafsu...berkarya, haha. Suka ati aje dia nak buat hal.

Ja, I pun tak pernah ngamuk baling2 barang tapi bbpj ok?, haha.

Dentist and Me said...

eh I dengar khanz you, kat malaya broadbandnya changgih. mengalahkan di negara penjajah malaya.

orang yang kata tu mesti saja je nak bagi semangat kat depa kot khanz you.

jadi memang b band di malaya tu haprak khanz

somuffins said...

Well.. nak kata hapraq tak juga hapraq, overall ok aje CUMA CikCel ni baru lagi, tulah asyik kasi kitorang gangguan mental aje. I wld say service Jaring ikan is much better compared to CikCel nih.

Cik Som said...

kihkihkih. Kalau rasa tension pasal cikCel tu.. Cuba kenang-kenang masa pakai dial up dulu.. Boleh dial and then p buat air.. baca newspaper sementara nak tunggu satu-satu page load..Dasyat. Each time I tensen pasal cikCel, I ingatkan diri pasal dolu-dolu.. I boleh gelak.. Bancuh nescafe baaaaaik punya dan LAYAN.. Buat kerja offline dulu. :D
Kalau dok depan pc, mau terbakar pc tu dek aura panas dalam badan kita yang terkeluar.

somuffins said...

Kah3 CikSom (auwww)..
Tulah sebab I cam berhemah lebih dgn hubby taknak dengar dia kata "syukurlaa dari takde..". Memanglah bersyukur tapi kita nak gak tau apsal system asyik down syndrome aje. Kan CikSom kan?