Thursday, 4 June 2009

Saja nak citer ..


Dah seminggu T bawak kereta ke kolej. Signed MOU dengan ayahanda untuk kegunaan <> 2 minggu hingga 10 Jun sahaja (tamat exam) tapi sebelum MOU ditandatangani, terjadilah drama sebabak dengan tumpahan air mata, terguris hati, hati jadi kecik, sesi menjeling dan bertegang urat, semuanya ada.

Siapakah yang lebih sesuai untuk menyelesaikan dan mententeramkan keadaan? Ya benar, siapa lagi khaan? Semuanya beres dengan sianak meminta maaf dan memeluk erat kedua ibu bapanya. Proses belajar dari kesilapan berlaku, alhamdulillah.

Sebab musabab perlu guna kereta :
.
1. Ada 1-2 gerai makanan yg dibukak kat kawasan kolej untuk cater students yang masih belum bercuti. Nak dijadikan cerita, T sakit perut 5-6 kali dan memulas2 bila makan dari gerai tu. Dengan adanya kereta maka bolehlah cari makanan yang ngam dengan selera (dan perut). Kedengaran diangin lalu "bila makan kat McD perut T ok aje". Yalah.. dengan izin Allah.
.
2. Exam diadakan kat hall sekolah berhampiran (hall kolej diguna untuk konvo). Yang ni valid sikit jalan ceritanya. Kesian pulak dalam keadaan donia yang panas terik, kena naik bas turun bas nak buat exam kan? Tak selesa nak wat exam bila tiak wet taw.. hahaha..

I stop menulis seketika sebab terasa oh so ngantok sekali, so I capai my bantal busuk dan lelapkan mata. In no time I dah berada diawang2an.. I mimpi masuk kelas jumpa lecturer nak ambik kertas exam. Lecturer tu sumpah tak friendly, eksyen and stern aje rupa dia. Not sure whether I pass with flying colors or fail menjunam. I terjaga dari lelapan while trying very hard to decipher the lecturer's comments on the exam paper.

Standing order for T 1. call umi before bertolak dari kolej 2. call umi sebaik saja tiba kolej

Last Tuesday at 7.10am T call kata dia dah nak bertolak. Pukul 7.30am dia dah tercegat depan gate. I tanya "ni mesti bawak laju kan?". T jwb "taklah.. guna gear 4 aje".

Semalam dia balik ke kolej pukul 3.15pm. Pukul 3.35 dia call kata dah tiba. I tanya "drive laju eh?". T jwb "taklah.. guna gear 5 aje".

Selama T dapat lesen, dia selalu drive kereta harapan I yang automatik. Kereta yang dia bawak ke kolej tu jenis manual yang selama ini tuan besar guna ke opes. T memang tak biasa drive manually tapi dia yakin boleh. Terjadinya urat2 tegang bila T tak nampak hujah dari umi dan abahnya tapi rasanya by now dia dah nampak dan faham. All we ask of her is to be patient.

Conclusionnya, T gembira dapat pinjam kereta, Mr Lee dari workshop lagilah gembira ria dapat RMxxx, dan agaknya abah rasa gembira tak? Hehe .. memanglah abah gembira, kereta pusakanya dah tip top, dapat tayar baru lagi dan selamat dipandu, insyaallah.

If only I can list down rentetan yang berlaku sebelum T berjaya dapat bawa kereta kesana .. Apapun, semuanya dengan izin Allah.

6 comments:

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

haha=) alasan T same mcm i..i'll stretaway texted my mom once tayar i menjejakan kaki kt parking rumah i. dari ipoh ke penang tak sampai pun 2jam. ibu akan reply sms i n tanye, along ni belumbe ke ape? jangan temberang kate tak bawak laju..hahaha=)

ape pun, sblm i beli kete sendiri, i tak bau nk pegang stering kete ayah coz of 1 tragedy. senget baik punya masuk longkang. siap kene panggil kren.melayang wang ayah dengan gumbiranya!

somuffins said...

Shahirah, hati emak/ayah mana yang tak kembang kuncup bila nak lepaskan anak berjuang dilautan biru penuh dgn paus, jerung dan dolphin. Tak cayer tanyalah bapak Nemo :-)

So you dah pernah mendurhakai kete your ayah ka? kakakaa...

kak ja said...

Baca ur n3 ni jd ala2 'terpercik ke muka sendiri' plak.. I pun mcm tu.. setiap masa dan ketika nak tau anak ada kat mana dan suka je nak congak2 brp laju dia drive..

Bila antaq Adik pi tuition class, I cuma tinggalkan tempat tu setelah dia kol dan inform dia dah selamat panjat tangga dan sampai kelas, n di kelas plak dah ada kwn2 POMPUAN yg menanti..

somuffins said...

Ja, mengapakah kita begitu? Mesti ada hikmahnya kita begitu kan? Ya pun, diorang tu dah diamanahkan pada kita, so kenalah jaga dengan elok dan molek. Tak gitu Ja? (tq, I nampak you angguk2 paler tu).

kak ja said...

Jgn heran Cik Som.. bkn semua ibu mcm tu.. Adik kata, kwn2 dia heran tengok dia call I as soon as dia berjaya memanjat naik ke kelas tuition dia.. sbb mak depa tak 'detail' mcm tu pun bab safety anak2..

Or is it just bkos kita ni tak cukup anak, Cik Som?

somuffins said...

Ja, adakah emak2 depa lebih bertawakal dari kita (yg mithali) nih? Hmm..

2nd para. = ntahlah Ja. Rasanyaa tak juga. Sebab? I ada 13 ekor kucing tapi nak let them go rasa cam nak lepaskan anak juga.