Wednesday, 24 June 2009

Krekkk..

Malap aje rupa dinner I ni ek?

Projek hari ni mengemas-kini freezer 1. Freezer 1 ada 2 tingkat. Yang atas dah dikosongkan (visi nak letak 1 tub eskrem. Diet? Apa tuh?); dan yang sebelah bawah OMG! Ni kes membuka pekong didada nih. Tapi tak perlah, I redha dengan pandang serong you all.

Thrown: segala benda yang tidak dapat dikenal pasti jisimnya. To elaborate more would take a while, so abaikan aje.

Salvaged: 2 keping ikan lemon sole, seketul kepala ikan bawal, sekeping ikan tenggiri dan sekeping ikan ... ikan apa ek? YaAllah .. boleh lupa nama ikan tu? Tanya T dia kata siakap/tenggiri. Haha, wild guess yang tak tepat (rupa siakap pun dia tak tau). Jap eh, I tanya tuan besar sat harap2 dia ingat..

krekkk .. krekkk (bunyi tangga cam tu, ok ke tak ok?).

Pintu bilik ditolak sejurus I 'knock three times' (sopan kan?). I tak tunggu suara kata "masuk" sebab tu juga bilik I, khan?? heheh. Owhh, beliau sedang beribadat rupanya tapi "sori you, nak tanya sket .. you ingat tak ikan apa I guna untuk masak gulai asam tu"?. Jawapan2nya buat I "hahahaai" sambil pandang kesiling. Katanya "ikan tamban? ikan siakap? terubuk?".. "ehh takperlah, you pun tak ingat ehh"?.

Hadoii.. penat aje turun naik tangga, mengah!

Krekkk .. krekkk (bukan salah tangga dipijak, bukan salah ibu mengandong tapi dah nasib BADAN yang oooh so wow, maka bunyilah krekkk2 itu).

Masih tak puas hati lagi nih. Nak call siapa? Dah almost 12 midnite. OK kena tafakur kejap, Bismillah .. I mesti dapatkan nama ikan tu, if not kenot sleep.

Shhuuwishh!!! bayangkan kepulan angin putih seakan2 kapas berpusing2 keliling dahi I.. (yes, it's coming.. it's coming).

YaAllah ya tuhanku ...... Ikan parang! PAP! tepuk dahi kejap. Tak sampai 15 saat bertafakur terus teringat nama ikan tu? Masyaallah, the power of Bismillah... On the other hand, gitu agaknya kalau Allah tak benarkan kita ingat pada sesuatu n vice-versa. Kalau time exam tetiba blank macam tu, sure kena repeat paper, kan?

That brought me to think, no wonder I failed my Maths dulu, mesti ada gejala mental block ni tapi kalau I cuba2 cari pasal explainkan kat Bak, apa agaknya dia kata? Maaf, perkataan 'kata' perlu dipinda, sesuai ditukar jadi 'sembur'. Aduuhh Bak, sampai ati.. (praktis, hafal fomula, pahamkan, praktis, tak paham tanya).

Lepas kena 'sembur', I pun zzzz , tup2 dah pagi Kamis.

I gostan keperenggan Salvaged. Ikan2 tersebut I ghebus. Niat dihati nak sedekahkan pada 3-4 kucing belakang rumah. Depa tak bertuan, melarat2 untuk sesuap nasi. So semalam, dam2 dum bunyi mercun, depa berharirayalah. Ada 2 ekor tu macam nak ucapkan something aje. I macam terdengar2 "semoga auntie sihat walafiat dimurahkan rezeki dan muda selalu". Mungkinkah??

I ni ada penyakit yang bukan sakit; kalau ikan dah lama nyorok dalam freezer over a period of time, I dah geli nak masak. Once upon a time, I pernah buat serunding hasil dari ikan2 expired tu. Tough job kacau sorang2 sampai meleleh2 peluh. Esoknya I brought one big loaf dan serunding tu jamu kawan2 kat ofis. Kawan2 pun bukan main seronok lagi dapat breakfast free tapi I dah warn diorang, kalau sakit perut jangan salahkan serunding I tu, almaklum ..

Patutnya hari ni I keluar beli barang dapur, tapi I berkarya pulak. Malam nanti jiran jemput kemajlis doa selamat, itu sudah best tapi soalannya.. patutkah I masak untuk lunch atau JJCM/JJCL aje?
I better masak nasik kat rumah aje, jimat you. Baru tau diorang caj RM1.30 untuk nasi penuh sedangkan I selalu makan kurang dari 1/4 portion. Diorang pun tak pernah tanya "separuh atau penuh" sebelum kira dan I pun tak pernah tanya.

5 comments:

kak ja said...

Dolu2 I pun suka memeram sgl mak nenek dlm freezer, sampai dah hilang rupabentuk benda2 tu... Ikan pun skali pandang mcm ayam, dua kali pandang, mcm kain buruk pun ada.. wakakaka..

Skg I dah tak buat lagi.. sejak I nampak kucing2 melarat kat umah I ni gelak besaq menerima rezeqi yg ckp mewah masa I cuci freezer pd suatu hari yg indah tu..

I pun tak lalu nak mkn makhluk2 yg dah berubah warna dan rupa..

Spices of Life said...

ikan kat sini abis di togel for pasaran, siap bungkus tulis nama ikan kat package.. kalau tak buat sedemikian,mana boleh cam ikantu.. they all look the same.
so satu soalan sepumas.. cik tenggiri tu ari, u jadi masak ke?
same as me. if the ikan is more thn a month old.. keluar la dia tanpa tuan.

somuffins said...

Wah ladies, nampaknya KITA SEPAKAT untuk tidak memakan ikan yg lama diperap dlm freezer. Rezeki kucing atau rezeki tong? Apa pun, sucinya ati kita bersedekah, kan? hehe.

Soalan cepumas dijawab dengan senyuman melerek, yes Azieda, CT tu dikarikan akhirnya.

Cik Som said...

cik som.. sama la.. Pasal ikan lama tu. Ada juga 2-3 kes dimana ikan tu dibalut elok-elok dalam surat khabar sebelum diselamatkan ke brader tong sampah sbb takut kanda tau.. hehehehe

somuffins said...

CikSom, welcome to the Club. You pun buat kerja dalam senyap eh? You sure ke tong sampah you tu tak pandai mengadu? Kot2 kanda ada pasang cctv ke? hahaha.. habislah you.