Sunday, 28 June 2009

Majlis khatam Quran/makan2, 6Jahanam...

Sat 27/6 8.30am - Majlis khatam Quran di rumah my jiran Hjh S. Jemputan terdiri dari jiran2 perempuan dan kenalan Hjh dari masjid dan grup yasin. 4 orang berkhatam serentak dibawah tutelage Ustaz muda yang berbaju putih tu. Tentunya ni bukan kali pertama mereka berkhatam tapi kali pertama khatam setelah membaca Quran dengan teliti seteliti2nya (maaf I tak reti nak huraikan).
.
Amat panjang doa yang dibaca khas untuk khatam Quran. Ustaz beri tazkirah pendek dan manis, diantaranya.. siapa2 yang berada dalam majlis seperti itu tersangatlah beruntung, doa yang dipohon kepada Allah, insyaallah dimakbulkan (disaat itu mata CikSom yang agak layu terus bercahaya bersinar segar pugar, terasa semacam satu semangat baru meresap kejiwa..).


Majlis diakhiri dengan menikmati juadah2 yang melimpah ruah tak cukup meja, seolah2 'tiada esok bagimu' atau 'tiada cahaya diufuk senja' (haha, layaaanz). Para jemputan masing2 bawa pot luck, tulah yang menjadi2 sampai tak cukup meja tu. There goes everyone's diet.
.
Semoga Hjh S sekeluarga diberi kesejahteraan dengan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki, dijauhi dari keresahan dan kerisauan. BTW, meh sama2 kita amalkan Ya Razak ...


Fri 26/6 8pm - Majlis tahlil di rumah my jiran juga, Shi. Sila perhatikan alat diatas tu. Apakah? Haha, alat tu bukan penimbang buat kueh atau berat badan tapi alat mengetest paras tekanan darah.

Alat tu diperkenalkan semasa sesi bersantai dimana mak2 dara sedang bersandar didinding, mengemas-kini kedudukan tudung, re-adjust hook kain dan ramai nampak cam mengah dan pucat. Mengah sebab paham2 ajelah dan pucat sebab lipstik dah tak kelihatan dibibir. Dah kenyang baru teringat hal diet yang dah kecundang, sigh..


Tuan rumah ada darah tinggi, tu sebab perlunya dia simpan alat tu. Pada malam tu dia jadi misi/doktor quack kejap. Habis semua orang ditestnya. Alhamdulillah, each and everyone of us has normal BP reading except of course tuan punya alat. Dia dah pening2 lalat sebab cuit ikan masin masak lemak.

Terima kasih kerana menjemput kami semua. Doa yang sama seperti diatas ditujukan pada Shi sekeluarga.

Oh ya, I nak share satu insiden ngeri told by another jiran. Masa dia drive depan Sum*it dalam keadaan jem, cermin keretanya dihentak kuat lalu dibolosi oleh tangan 6-Jahanam (gelaran untuk orang jahat). Secepat kilat beg tangannya diragut dari tempat duduk dan dilarikan (naik motor). Nasib baik my jiran dan ketiga2 puterinya selamat (bawah umur 7 thn).

Insiden yang sama berlaku disaksikan oleh another jiran (jiran2 I nampaknya layak masuk rancangan 999 tu kan? hehe). Dia nampak 6-Jahanam terkekeh2 ketawa sebaik saje berjaya merampas beg tangan mangsa. Insiden berlaku depan SubParade.

Modus operandi: 6-Jahanam beraksi naik motor tatkala jalanraya sesak dan tentunya semasa kereta bergerak perlahan.
.

13 comments:

Cik Som said...

Bagus betul aktiviti hujung minggu.. Lepas makan-makan, check bp .. memastikan tak terlebih makan.. :))
Eh.. Kak Som, kes 6jahanam tu kaedah klasik sebenarnya, Mak Long saya pernah kena copet mcm tu gak.. kat Melaka dua tahun lepas. Cuma bezanya, bukan masa jammed, tapi masa lampu merah. Kira berbudi jugaklah 6jahanam tu sbb depa bukak pintu, bukan pecahkan tingkap. hehehehe

kak ja said...

Mujur I wasn't there.. kalau tak pakat terkezut tgok I punya BP yg mgkn sama naik dgn tuan umah.. Tok Ketua nak belikan I natang tu, tp I tak nak.. Nnt dia asyiklah nak mengecheck BP I.. Lps tu asyiklah nak mencatu makan-minum I.. Tersiksa I nanti, Cik Som!!

Hmmm.. Cik Som, jiran u nama Hjh Som.. Reader u pun ada nama Som.. Ke Cik Som dan Hjh Som tu org yg sama, wahai Cik Som?

6 Jahanam tu nnt mati masuk neraka, kan? kan kan kan?

Spices of Life said...

it has been a long time since i attended any of majlis ugama.. at the moment im going through kelas hafalan alquran di islamic center. it is true masa pi ke majlis on allah's cause, beriburibu malaikat will be there.. and they only will pray for us what ever in our heart at that time. allah makbur malaikats prayer all the time..
Back to kes meragut beg, in KL my sister in law terlupa kunci her car. at the traffic light near sime darby ada mat fun opened her car door n took her bag. pastu said thank you and ran off.

Spices of Life said...

ciksom, one more thing, how do you ost pic pastu write entry below it?

somuffins said...

Ladies, hangat dada I bila system 'hang' lepas I berhempas pulas menjawab segala komen namun I tetap senyom (yg x bersimpol).

CikSom.. apa kata kita usulkan lampu trafik hanya ada warna kuning dan ijau aje. Kasi chance 6Jahanam bertobat sket.

Ja, untuk memeriahkan you n hubby masuk pasar borong udang n sotong sama2, I think u shd buy that alat. Menjamin keharmonian, auww.
Hjh Som lain dari CikSom ni. Ejaan nama dia Kalthom whereas mine is Kalsom jer. Tak sure plak dgn ejaan Cik Som Jr tu (psst.. entah nama dia Somaliza kot?).

Azieda, 6Jahanam tu dalam pada samseng, ada juga sopannya ye? Insyaallah, depa cepat bertobat.
Your last question tu, do you mean to know how to write the caption in small letters just below the picture ke?

Spices of Life said...

my last question, you upload photo ,pastu boleh sambung tulis kat bawah photo tu.. how did u do it?like the question on tag.. u upload a pic then u followed by question three after tht.. same as the pic of the Bp apparatus.. how did u do it?

Cik Som said...

hahaha. Nanti I cerita asal usul nama Cik Som tu kat blog kay.. :D

somuffins said...

Azieda, I xtau camana other people do it, tapi I buat cam nih. Lepas gambar yg ditampal ada dalam blog, you kena edit sket. Do you notice on top right hand side ada column 'edit html', 'compose' n 'preview'? U klik at 'edit html' .. here you have to be careful. You kena copy html meant for the pic and paste to in between the text that you want. After you dah berjaya, you may delete the html meant for the pic (on top). Waaarghhh... pening meh? Huhu, sorry kalau my explanation memeningkah..

CikSom.. cepat..cepat.. tak sabar dah nih.. :-)

3E said...

Somuffins...my mother in laws tu pun ada that gadget...sbb nak monitor BP tu la.....bagus la u takde BP. kalau tak kena makan ubat...

Spices of Life said...

thanks, will try after boss goes to work,,

kak ja said...

tumpang nyampuk..

azieda, u can also drag the pic yg u dah upload n place it kat tempat mana yg u nak.. or u bleh copy the pic yg u dah upload, then paste kat tempat yg u nak.. Selesai tu, u bleh delete mana yg dah tak berguna utk ur n3 tu..

adakah I menambahkan pening u? pening tak? I pun pening!! wakakaaka..

Spices of Life said...

ja ..ohh dah pening lalat daa.. i dah cuba drag tapi tak berhasil.. i should try somuffins way.. n drag it too..
thanks all

somuffins said...

Ja, I pun nak coba cara you. Apa pun, nampaknya Azieda dah berjaya mengupload gambar/text sebagaimana yang dia kehendaki. Syabas