Saturday, 20 February 2010

Same o, same o

Sedang Sheila R membaham anak bujangnya yang degil tak dengar kata, I pulak berulang alik kedapur menyediakan bahan mee udon (beli 2 peket 2 minggu lepas). Pukul 1130 malam, I bertiga indulged in mee udon. TB tak berapa layan mee udon w'pun dia kaki mee, lagi pun dia dah kenyang makan nasi dengan lebihan lauk tengahari (psst.. TB merajuk dengan I, hehee ..).

Siang tadi dengan cekapnya memasak 4 jenis lauk. Ni bukan statement riak tapi vangga, haha. Terasa efisien sebab I masak awal dari biasa dan hari nih terlebih 1 lauk pulak (TB kuatir kalau depan mata dia ada lebih dari 3 lauk sebab dia 'cepat pening'. Hehe.. kesiannya),


Mee, sawi, cendawan, ayam, udang, tomato, bawang, cili padi, cili merah dan perisa yang diizinkan bersatu dalam kuali tanpa-lekat tapi kadang2 melekat juga maklum dah seasoned, heheh. Nak guna yang baru (kirim Ndja beli kat Langkawi) rasa sayang pulak. Tunggu hari raya ajelah (kah2, very typical orang2 dulu, ek? Bila ada yang baru, tunggu raya baru boleh guna).

Salah satu dari 4 lauk. Sayur campur gaya Jaworld - tempe, kacang panjang, daging, udang, kentang dan so-oon. Kesian tauhu dan tauhu kering tak dapat bersama :-( 3 lauk lain sawi air, ayam black pep dan samtumbil.
.
Janji dalam hati nak buat bingka jagung hari Jumaat tapi D duk nyebok aje kat dapur. Nak juga buat 'crumbles'. Nasib baik ada pisang kalau tak dia nak makan crumble cam tu aje (ada ke? mentang2lah kemaruk makan apple crumble hari tu). Dia buat ikut citarasa dia - pisang, jem stoberi, butter, serbuk kayu manis dan gula. I tolong buat crumblenya aje (ikut resipi tak berani main campak2). Komen D: Bestnya Miii... tak sangka (yalah tuu).


Yeayyyy ... terjadi juga akhirnya, alhamdulillah. I minat nak cuba 2 resipi bingka ubi tapi kali nih I cuba resipi chef Hanieliza dulu. Terima kasih chef .. semoga Allah melipat-gandakan pahala amal jariah Chef, amin ;-)
.
P/S: Alamak hai, tersilap taip kat atas tu .. hehe, takperlah. Ada ke yang perasan? Harap takde.

14 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som,
U berjuang masak 3 jenis makanan i berjuang nak mendapatkan nombor satu lagi...
yeah... sekali lagi...
kira u dah tahap sifu lah masakan u ni... apple belakang umah dah habis buah ker?..

Ibu n Abah said...

kak som,
i cepat2 nak postkan komen sampai terlupa nak bagitau...
nanti i nak try buat mee udon lak...
u beli betul2 mee udon ker?... kat jusco sure ada kan....
nampak sedaplah mee udon you...

QueenJah said...

Salam Cs..
I tak tergamak tengok citer mlm tadi, sebaldi airmata tumpah weii... nasibla arini ada meeting PIBG sekolah n I kena wat kapkek n karipap, so I leka lah dlm dapur.... tatau apa kesudahan citer tu..
tak sker tengok org2 susah n sedih camtu ek? - luv QJ.

somuffins said...

Salam ..

Akak, mmg betul2 punya berjuang bila masak 3 lauk; apa lagi kalau 4. Mee udon boleh dibeli kat s'market dan ada berbagai jenama. Epal belakang rumah dah BERBUAH kembali.. nanti I tunjuk kat you eh?


QJ, citer malam Sabtu tu I kurang menghayatinya sbb 1. kuar masuk dapur 2. bila anak tengok, diorang siap buat lapuran selari tentang drama tu (mati mood nak berfeeling). Apa pun I suka citer yang happy ending w'pun hero/heroinnya dah takde kepala tapi masih hidup ala2 filim hinGustan.. haha..

kayteeze said...

Aderk ! Teringin nak makan mee udon. Tak pernah rasa laa.. kita dok ganu ni macam dok bawah tempurung, huhu..

MamaFaMi said...

Wah ni mesti terlebih rajin ni, menu pun dah terlebih satu!

somuffins said...

Tie, kalau teringin sangat pergilah singgah ke restoran Jepun kat sana tapi best kalau masak sendiri sebab kita boleh ikut citarasa sendiri.


MamaFami, hehe.. gitulah nampaknya. Kadang2 kudrat mengizinkan, mood pulak takde (vice-versa).

G'Zain said...

Salam Cik Som,
Maaf lama tak jenguk umah wa pun dah bersawang. Ha selera wa terbuka nengok Mee Udin riang kejap hati lara wa..

Sizuka said...

salam cs. lama betul tak jenguk cs. cs sihat? i went back to terengganu for more than a week. duduk rumah mak kat tempat jin bertendang, takde internet connection. apa tajuk cerita shiela rusly berlakun tu? mcm menarik je :)

Cik Som said...

lauk tempe itu fav saya. Kalau balik kampung, musti request mak masak.. Bukan tak boleh masak sendiri tapi somehow mak masak rasa mcm extra sedap..

ijan said...

Wah macam-macam ade nie... lauk macam2 lauk kuih pun bagai-bagai. kie suka bingka ubi jugak. faveret sampai boleh makan sampai kenyang tanpa makan nasik.hehehe

somuffins said...

Salam ...

Gee, kenapa you berlayar lara? Sebab kerja dan orang2 sekeliling ke? Sabarlah kalau masih boleh sabar. Mmm.. kat hotel you ada serve mee udon tak?


Shidah, dalam pada bercuti pun you masih gah memasak ya? Semoga lebih gah memasak setelah bateri dicharge, hehe.
Tajuk cerita Sheila tu? Alahai tak ingatlah Shidah .. sorry.


CikSom Jr, I mmg suka sayor jenis tu. Kenapa masakan emak kita sentiasa best n superb pada tekak kita ek?


Hi Ijan, you bawa nasi Mandhi untuk I ke? hehe. Kat sini I tunjuk makanan biaser2 aje tak macam you - masakan you best2 belaka dan 'photo shoot' semua masakan nampak superb dan very artistic.

Uncle Lee said...

Hello Somuffins, ada lagi ke tu makanan? Saya suka kueh bingka..kalau ada durian lagi sedap tu, ha ha.
You have fun and keep well, Lee.

somuffins said...

Hi Lee, yes ada lagi sekeping dua. I tunggu you datang okay??

You have fun too and have a nice day :-)