Tuesday, 16 February 2010

bi-bi-kiu

2 hari lepas D dan kawan2 buat mini BBQ ditaman rumah Ndja. Sibuklah anak2 bujang memborong apa yang patut. Setiap orang dikenakan bayaran RM15 tapi D bayar lebih memandangkan Umi dah berkira2 tak nak masak for dinner. Pukul 8 malam baru balik dari supermarket; pukul berapa pulak nak makan? Hmm..

Hasilnya? Quite remarkable sebab diorang berjaya sesama sendiri buat salad, mashed potato, garlic bread dan bakar daging kambing dan ayam (w'pun belum betul2 sebati dengan bahan perapan). D cuba masak couscous tanpa khidmat nasihat dari Uminya. Menurut T (spy yang membawa lapuran selari), couscous tu rasa hangit sikit.

Dah lewat 11 malam namun ayam dan kambing masih tak nampak batang hidung lagi; cuma dapat hidu bau asap yang menerjah menerusi tingkap. Pukul 11+ TB dah mengusap2 pewutnya tanda lapar. I pujuk tanpa rayu agar TB bersabar "kejap lagi diorang hantarlah tu.." tapi jawapan dari TB amat menggegarkan perasaan "I tak nak makan diorang punya, ntah macam mana diorang masak".

Hadoiii... my plan somewhat tak menjadi. Secepat kilat I melakar menu diminda .. telur mata lembu, udang goreng dan sayur air sawi + tauhu. Since TB tak nak makan daging BBQ, I minta spy T haijek untuk I seketul kepak ayam + salad + mashed potato (dimana brown gravynya ditaja oleh bonda spy T).

Tak sangka rupa2nya TB menyimpan hasrat nak buat BBQ sendiwi. Kiranya 'hari ini dalam sejarah' - pertama kali TB sebagai nakhoda kapal mengemudi anak2 kapal bekerja untuk satu visi dan satu misi. Kerja menyalakan api dan membakar diserahkan pada D&TB sendiri. Yang herannya, TB punya idea berBBQ tapi I pulak dapat kerja lebih seperti basuh bahan2, potong, hiris, rebus, marinate, buat coleslaw/mashed potato etc etc. Penat taw!

Oleh kerana dah letih, I amat fokus masa ngadap makanan tadi; tak kuasa toleh kiri toleh kanan. For once I terlupa jawatan yang dah lama I sandang as mama umirazzi hinggalah masa akhir2 membakar .. sebelum kita wrap up sempatlah tangkap gambar kat bawah nih (saja untuk tatapan rohani all my adindas and kandas, perhaps?).
.

Nampak tak 2 ketul drumstick yang hampir rentung, 4 biji kentang yang enggan masak dan jagung milik Spy T ? Ada hati nak bakar lagi jagung tu walhal dah setengah di'sengam'nya.. hehe.

11 comments:

Ibu n Abah said...

ALhamdulillah..
kanda som,
nampaknya laluan pertama memang untuk i jugaklah...
i nombor satu...
(sowwylah kakcik... kakcik dah datang tp gad tak kasi masuk...)
kenapa api bara u jadi unggu?..
u guna kayu unggu ker?
sure rasanya lain daripada yg lain...
:-)

somuffins said...

Salam ..

Mungkin Akak dah mandi? Tu sebab laluan mudah kesini, hehe. I dah mandi itik sebelum solat tadi. Ringan sikit rasa badan. Bara api warna ungu hasil dari tangkapan kamera HP aikoN yang sangat kreatip, kekdahnya, haha.

ibusinga said...

akhirnya...pukul berapalah dapat makan bi bi kiu tuu...???

somuffins said...

BuNga, dapat makan lbh kurang pukul 1130 mlm tapi my own bbq we all makan kul 9, hehe..

kak ja said...

CS, I suggest lain kali u rebus dolu kentang tu setgh atau 3-suku masak, bungkus dgn aluminium foil, baru bakaq.. Mak angkat I, Mrs Gardner slalu buat mcm tu.. Hasilnya, kentang masak elok, wangi n sidaaaappp!!

somuffins said...

Thanks Ja..
Tulah *sigh*.. Dah bitau MWkan dulu kentang tu barulah dibakar, tapikan.. dah ada yg rajin nak nolong, kalau I bangkang lain plak citernya kang...

QueenJah said...

Salam Cs,

nasib lah bi bi kiu, sekali pandang I ingatkan bibikku...heheee..
luv QJ.

3E said...

Aunty Som,
TB berBBQ pukul berapa tu???

somuffins said...

Salam ...

QJ, the real bibik duk dalam umah tak kuasa sedot asap.. tak biaserr laa.. hahaha...


Asilah, TB mula membakar just after solat Maghrib. Bersemangat dia malam tu nak berBBQ :-)

tunbegia said...

Sungguh nampak 2 ketul drumstick yang hampir rentung,

salamm,

somuffins said...

tunbegia,
Namun jangan sekali2 diambil 2 ketul ayam itu nescaya perang sabil akan meletoss!! :-)
Salam.