Monday 3 May 2010

3rd May ...

Salam dan selamat pagi kawan2 :-)

Tak sempat buat entry tajuk '1st of May' sebab on that day I was poofed, lembik dan semangat hilang gara2 sorang budak tak jawab my sms dan beberapa panggilan telefon. Hari Buruh tahun nih I diduga; dugaan yang disamakan (sepatah kata Mak) "kering darah kita dibuatnya".

Tarik nafas, hembuss .. tarik nafas hembuss pelan2 ...

Dah seminggu nikmat mengunyah tak dapat diaktifkan namun tak pulak I berlapar. Makan bukan nak kenyang (ya ke?) tapi sekadar alas perut sebelum makan ubat. Bad timing sebenarnya, perut pulak buat hal maklum pengaliran makanan tak seperti hari2 biasa.

Sepatutnya simulut beritau siperut, "hang on there .. we should support each other and not to cause further discomfort to our boss". Terang lagi nyata, siperut enggan bekerjasama. Dia lebih suka sedut angin pus2 ntah dari mana. Bila perut dah masuk angin timbullah rasa mual, lidah rasa tawar, nafsu makan terus hilang dan badan rasa sakit2 (demam urat kot?); ditambah dengan denyutan sigusi, kepala pening dan seterusnya hari2 suramku ...
.
Aktiviti didapur masih diteruskan al-maklum kata nak rebut pintu no. 2, kan? Sempat jugalah masak beriani dan lauk pauknya. Lauk pauk? hehe, macam meriah aje bunyinya tapi mana adaa.. Ada 2 lauk aje, udang goreng butter tabur bawang goweng dan lauk beriani ayam. Kalau ada acar dan dalca mesti lagi kapow!! tapi tu aje yang sempat dan terdaya, alhamdulillah.

Sunday: D's bfast - leftover

Semasa orang mula mengulit mimpi (TBlah tu), I kat dapur berlelehan peluh mengacau puding semolina @ suji. Mood memuding datang juga akhirnya setelah sekian lama T meminta dan mengugut merayu agar I buatkan puding tu. Sambil menyelam minum air, dengan keadaan gusi yang oh so so, memang sesuailah makan makanan lembut. Selalunya I buat sos kastad tapi kali nih makan dengan aiskrim aje (kerja mengelat beri kat I). Sedap juga kalau dimakan dengan buah2an dalam tin.

Sarapan pagi nih .. bermula dengan manisan ...

Puding semolina + aiskrim

"aumm chaaak?"

menepati citarasa, lala-lalalaa...

Hari Ahad dalam sejarah. Dah berkurun tak buat ikan bare-back nih tapi semalam macam terajin pulak. 1 setback: minyak mengoreng cepat hitam tak best digunakan untuk goreng kali kedua. Inti ikan: kelapa parut, cili boh, kunyit, bawang, serai, gula, garam, perahan limau nipis dan tidak ketinggalan belacan <- puas I geledah freezer, nasib jumpa.

Dah lama belacan tu kecik hati dengan I sebab baktinya tak diperlukan untuk meng-umph-kan my asam pedas dan sambal tumis.

*kedengaran belacan dan asam jawa berbisik2 .... * Mengata kitalah tuu ...

7 comments:

FaAtip said...

nak rebut pintu no. 2? you story story me! :D

Kakcik Seroja said...

You simpan belacan dalam freezer??? tak jadi aiskrim ke??? ish ish ish....

Ibu n Abah said...

salam Kak som,
makin lama, makin lambat i sampai umah u... owang tengganu ni, licik betul....
Dalam banyak2 masakan u... i minat puding semolina...@ suji... nanti nak cuba buatlah...
selamat menikmati makanan semula dan semuga gusi you dah makin semboh...

FaAtip said...

akak!! (tengah mengah ni...tengah berlari2 setempat...tengah kumpul lagi staminaaa...sambil renung2 kasut baru Reebok tu) bukan licik laaa...laju! haa..laju!!!

Anonymous said...

i...pung...me...ngah...ni fa...
i lari.... la..ju... jugak ta..pi...lambat...sam...pai...

wah som, you kalau breakfast dasyatlah som. i ingat lepaih ni i nampak org pakai baju bare back, i akan teruih teringat ikan you ni. :)

azieazah said...

Simpan belacan (or yg kuat bau macam tempoyak) tu memang akan efek bau pada makanan lain terutama pada telur.. Tapi kalu boh dalam tepawer mahal yang kedap udara tu, tak ada masalah punyaaaa...

eh ni komen ker nasihat? hehehe soli.

CS said...

Salam semua ...

Fa, dikatakan jika kita taat pada suami, kita diberi peluang masuk kesyurga maka terserah pada kita untuk memilih mana2 juga pintu yg kita suka. Pintu no. 2 sounds great kan?


KakCik, belacan tu lebih suka duduk kat tempat sejuk so, I turutkan aje, hehehe.


Akak, biar lambat asal selamat. Orang Tengganu tu guna kasut berkepak, you jgn tak tau.
Puding semolina makan dgn aiskrim ditaburi dgn buah2an dlm tin, nyum2. You cubalah buat ..


Fa/Akak, jangan pulak jenama Reebok bergaduh dgn Croc pulak. Nanti kena sue, aha.. tak tauu..


Eleena, alahai kesiannya you dtg tercungap2. Nah, I beri you jamah semangkok puding semolina. You sorang jer yg dapat, hehe.


Azieazah, I setuju dgn komen/nasihat you tu. My belacan hanyalah seketul kecik aje; simpan dlm freezer 'untuk ada2' bila teragak nak guna. Dah bertahun2 I tak beli belacan sbb yg ada tu pun, my sis yg beri.