Wednesday, 23 March 2011

Pancake tu lempeng ...

Semalam I tersangat rajin buat breakfast, pukul 8 dah siap ever ready to ngap! Masa makan tu pulak takde nak toleh belakang, tak pandang kiri tak pandang kanan cuma pandang depan dan bawah aje. Pandang bawah tengok makanan, pandang depan tengok tibi, hehe.. tapi pagi nih I buat secawan teh bujang aje ...

Hari Senin lepas sebelum hantar T balik ke SA, terpikir juga nak buatkan dia b'fast tapi dengan T tu, kalau dia tak mintak janganlah pandai2 nak buat. Bukan dia tak suka dengan masakan I yang ever so lazzzat tu *pun intended* tapi mood dia yang selalu berombak2 tu, susahlah I nak mengagak "dia nak makan ke tak?".

Selalunya dia buat atau cari sendiri apa2 yang dia nak makan tapi pagi tu niat dihati nak buatkan dia pancake atau lempeng dalam bahasa omputihnya, hic! Bila pasang niat murni dan pada waktu yang sama Uminya tengah berkarya, maka niat murni tu would take a back seat ajelah. Lagi pun dia tak tau apa2 so I tak rasa guilty sangat kalau tak buatkan pun *tak bagus kalau ada Umi kat dunia cam nih kan? haha.. no, memang tak bagus, no good*.

10 minit sebelum bertolak ke SA, T bersuara "Miiii ... kalau buat pancake cara Umi tu, senang tak?". Dush!!! semacam satu tamparan puting beliung hinggap kemukaku u'olls. Now, I dapat baca gelombang minda dia atau dia yang dapat baca gelombang minda I? Very the twilight zone, kankankan??

*dengan rasa bersalah tapi tak tunjuk* "kenapa? T nak makan dengan syrup tu ke?". Jawapannya positip! Terus jer I bingkas berdiri w'pun masa tu I tengah perah otak cari idea for my next entry. Hmm.. gitulah pengorbanan seorang emak (@seloroh donia) terhadap anaknya; adakah anak akan buat pengorbanan yang sama untuk emaknya nanti?? Insyaallah ..

8 pieces of plain pancake ready in a jiffy! Bermain2 api masa menggoreng, kejap pelan kejap kuat maka tercoklatlah rupa pancake tu. 4 keping dimakan bersama maple syrup/butter, 4 keping lagi dijadikan bekal. Puas hati bila tengok dia makan, if not I'd feel guilty for the rest of the week.

Sebelum bid good bye with hugs n kisses, I keluarkan cerita "masa T sebut pasal pancake tadi, Umi dah tau dapat agak T nak makan pancake dengan syrup yang abah beli tu, kan?". Dia angguk pastu boleh ek dia keluarkan stetmen lawan tokay "tulah, T dapat baca fikiran Umi, hehe ". Ya-yaa.. (kot betul? wallahualam).

I think dalam satu famili, kita selalu aje dapat baca atau rasa hal2 'anih' cam tu, tul tak? Between TB n me, kita selalu juga terfikir hal yang sama dan salah sorang akan 'luahkan' blablabla. Dengan anak2, adik beradik dan dengan kawan2 rapat, hal 'anih' ni berlaku juga.

My 'attachment' dengan D lebih kuat dari dengan T. Bila D keluar rumah macam tak ingat nak balik, terdetik dalam hati "manalah budak nih tak .......", tetiba dengar krek2 bunyi pintu dibukak. Bila dia bertapa dalam bilik.. "budak nih tak ...." tup2 bunyi tangga macam dilanggar geruda (bukan tau slow motion bila turun tangga), muncullah dia "hi Mi". Kadang2 stetmen tak habis diungkap lagi. Strange but true ...

Breakfast semalam I makan pancake secara pukal. Terliur gak masa tengok T makan hari tu ...

Versi anggun, auwww ...


T's ...versi terlebih main api


Minggu nih haruslah jadi isteWi mithali .. masuk dapur awal, masak sedap2 dan harus siap segala ready for lunch by 1pm.


Bukan mudah tapi tak juga susah jadi ala2 mithali, kaanz??

17 comments:

Mira Marlena said...

Wa...kita pun nak ada umi cenggini..boleh?Heheh...Dapat baca firasat anak2 memang best cuma kadang2 tu memang terasa 'ketwilight zonenan' dia...(ehehehe habis rosak bahasa kalau camnih)

Sama macam my daughter..kadang2 belum dia cakap apa nak makan...saya dah tau apa yg dia nak..same goes with my hubs..sebab haritu teringin nak makan KFC (tapi x cakap dekat dia) tiba2 bila dia balik bawak KFC hot and spicy..yay!Apalagi amik pinggan terus mengadap..hehe

ChefMama said...

Aunty Som,
Kita suka sangat kalau Mama kita masak lempeng, makan dengan kari sardin. Alah....buat kari dengan sardin dalam tin tu aje. Sedap hingga menjilat paws and tail and fur....purrr....meow!

zarin said...

anak i slalu cakap, "i love u laa mommy coz u always can read my mind" bila i buatkan pancakes for her...errr seminggu skali memang buat pancake pun hahaha
kembang semangkuk i rasa bila anak i cakap mcm tu.. agaknya gelombang tu kuat kot between me and her tapi i ngan my hb pun kuat jugak..selalu terpikir benda yg sama je..

Lili said...

CS,

I pindah sebelah umah you-lah cam ni!. Kita makan lempeng you buat hawi-hawi. Tapi boleh tak you buat laut tipu-tipu depan umah you? Lagi best makan lempeng lepak tepi laut. Hmm...camno? ngeh18X!

word verif yg sngt cun kali ni:
quisessi...hehe!

DeLancrettLurpak said...

I rasa I prefer pancake yg terlebih main api itu... tapi kan, I tak leh makan la with maple syrup, tidak boleh tahan manis loo..

I prefer lempeng with sambal ikan bilis, hehehe.. tekak belacan kannn?

somuffins said...

MIRA
Umi yang ini bukan boleh diharap sangat. Mood asyik melambong2 aje, heheh. Once a while kejadian 'anih' berlaku, best juga kan esp kalau dapat makanan yang lama kita idamkan.


CHEFMAMA
Meow!! Sedap ke kari sadin? I tak pernah masak kari guna sadin. Tererlah you dah pandai makan lempeng ..

somuffins said...

ZARIN
Gelombang firasat nih memang exceptionally marvellous tapi ada kalanya gelombang beritau sesuatu yg tak berapa syok. Tiap minggu you kembang semangkok, kat mana yg lebih kembangnya??


LILI
Caner nak buat laut tipu2? Takat swimming pool bolehlah I buatkan *har3 bbpj* tapi mcmlah depan rumah tu sebesar padang bola. Apa kata I ajelah kesana???

somuffins said...

DLL
Ekceli sebelum I makan dgn maple syrup, I dah ngap dengan sardin. Pastu barulah I cuci mulut dgn lempeng with syrup, butter n beberapa titik lemon (supaya rasanya tak manis melekit). Vijak tak I? hehehe..

Rima said...

Memang rasa macam kat kayangan bila anak cakap yg shiok shiok kat kita.. sonia nowadays suka come to me and touch my hair at the same time says.. love u mama.. awwww

Me and hb selalu jugak encounter like that.. we can read each other thoughts.. :op

kakcik said...

Salam CS...

kenapalah I ni tak boleh tengok makanan? Kalau tengok, mesti terliur. Penkek you tu nampak sungguh menggiurkan.... :)

somuffins said...

RIMA
Betul betul betul .. Rasa macam kat kayangan, sama level langit ke-7 kekdahnya, hehe. Sonia touch2 your hair tu, gaknya ikut style papa dia kot? Auww..
I think 'close encounter of the 3rd kind' memang dialami oleh kita semua just to show that Allah is Great!



KAKCIK
Bukan you sorang yg kaki terliur, I pun sama. Kita seruuupa, hehe..

Ibu n Abah said...

kak som ...
i suka yang pancake versi 'terlebih main api'... wooooo daripada mengatakan pancake tu hangit... boleh bagi alasan nada professional gitu....
i like... bila2 nanti i masak terhangus.. i akan guna alasan yang pernah diguna oleh U...

ahkakbatik said...

ciksom ciksom.... ciksom nk jadi ummi saya takkkk....?

-cakap sambil gedik2 manja...-

somuffins said...

AKAK
Kalau ikut kawan I, dia akan kata 'terlebih koko' dek terlebih main2 api. Pancake tu nampak jer cenggitu tapi belum masuk dlm kategori hangit lagi. Boleh ke I blame kamera hp sebab penataan cahaya kurang memuaskan? Heheh.. cian my Wolverine.


AB
Boleh, I boleh aje jadi Umi you tapi you kena isi borang dulu. Borang apakah itew? Jeng3...

zarin said...

CS
i terlebih kembang tang vontot tuuuu hahaha
btw, i dtg sini memalam ni nk bg phone no i ni, 0123325458
mana tau nak panjangkan biz deal ke silaturrahim ke ;-)

Sizuka said...

salam CS,

I found the recipe that u;ve been looking for. cuba this recipe.

http://www.maangchi.com/recipe/vegetable-pancake-with-asian-chives

betul tak?

somuffins said...

ZARIN
Kalau kembang tang vontot aka montot, I tak cayer. I tengok you selim river jer, hehe. AND thanks so much for the phone no. Insyaallah kita panjangkan apa2 yang patut dipanjangkan ehh??


SHIDAH
Thanks so much n sorry to trouble you. Nanti I check. Rasanya macam betul jer..