Thursday, 24 March 2011

Pulut Kuning ...

TNB hantar memo dan masukkan dalam our letter box memberitahu penduduk setempat bahawasanya hari nih dari 9 pagi hingga 2 ptg takde bekalan letrik atau karen (vukan karen carpenters taw).

Yo!! DPB, can I have my 'e' with tanda back, please? Susah taw orang nak bezakan 'karen' nama orang atau 'karen' = electricity. 'e' tanda & e teleng takde beza pada rupa tapi sebutannya sangat berbeza *sigh*. Kita2 yang dah reti nih, takde masalah nak menyebutnya tapi bila tulis "rasa nak sepak aje dia" ... terpaksalah tulis dalam bracket (sepak kat muka) atau (sepak kat montot). Pembaziran perkataan tak bertempat namanya tu, hmpph! <- ketahuilah saya sedang berleter!

Anyway karen berjalan seperti biasa dan dengan baik hatinya I gosokkan baju kerja TB pagi tadi (well .. since kawin memang dia menjawat jawatan menggosok baju sendiri). Since dia kerja petang, tentunya pukul 9 pagi dia masih zzzzz berlayar kat Lautan Andaman. Dia terlupalah tu nak gosok baju sebelum tidur semalam. Baju tu I gosok to spare him from gelabah bila bangun tidur nanti. Am I not thoughtful? haha... yes I am (tho sometimes,hehe).

Pagi tadi bila tengok black velvet cake kat my previous entry, I teringat plak kat RVC. Dah teringat kat dua kek velvet, tetiba teringat kat National Velvet (pls google kalau curious). Bila teringat National Velvet, tentunya terbayang wajah manis ElizabethTaylor. Pastu bila I surf d'internet, terferanjat jugaklah sebab baru jer terkenang kat dia, rupa2nya dia dah passed on. Kebetulan ke?

Hari nih tajuk entry Shidah ialah pulut kuning. Ehhh.. terperanjat kali kedua nih. Macam pakat2 pulak sebab I pun nak buat tajuk entry yang sama. Shidah dah lama buat pulut tu tapi baru tampal gambar sekarang. I pulak buat pulut kuning (PK) masa weekend baru nih dan Lili d'emily nak buat PK esok atau lusa. Nampaknya gelombang aura PK memang pawerr!


15/3 SMS dari T "alhamdulillah, T dah khatam. Nanti weekend Umi tolong masak rendang transparent eh Mi? Hehe..". Rendang daging transparent (RDT) berasal dari daging yang ada urat, bukan daging pukal. Komain dak tu ek?


Takkan nak makan rendang aje? Tak nak pulut kuning ke? Khatam Quran sinonim dengan PK, kan? T kata RDT wajib tapi PK optional. Maka gigihlah I masak RDT n PK malam Sabtu lepas.


Presentation wise, memanglah tak ikut cara Mak buat. Takde telur dadar, takde timun dan takde 'lauk' dibuat dari keledek (salah satu side dish wajib tapi tak ingat plak dulu Mak pernah masak ke tak, hehe).


Ahad: T hampa tak dapat naik hot air balloon kat PutJaya, dia luahkan kehampaan indulging in PK & RDT. Berselera betul dia, alhamdulillah ..

.

19 comments:

Sizuka said...

CS,

you kan, tempek gambar pulut kuning malam2 macam ni membuatkan i sangat lapar. huwaaa... nak nangis la mcm ni. rasa mcm nak je telepon my mom sekarang, mintak dia masakkan pulut kuning. Eh! takleh! nanti dia kata i buang tebiat.

suprise suprise! i buat RVC hari ni... how come we think alike? :D

DeLancrettLurpak said...

rugi i tak tempek gambau PK i last weekend, kalau tak buleh sama2 berPK, hehehe..

CikSom, apakah PK makan dgn telur dadar? Tak pernah tau makan cenggitu.. tapi dengan telur rebus adalah.. lauk apakah lauk keledek itu? cer bgtau sikit..

Yat Maria said...

Cik SOm

apa kata u hantar setupperware PK tu kat ai disini...komplit ngan tu RDT...sebab RDT memang jadik kegilaan ai sensorang...yg lain kalo nampak DT, dia orang tak ngam, dia orang kata lemak...asal bule hembosss jer dia orang kan...walhal, DT tu yg paling lajattttt...

somuffins said...

SHIDAH
Jom sama2 kita nangis.. you tak dapat PK n I tak dapat RVC, huwaaa... Niway, best tak rasa RVC tu??

somuffins said...

DLL
Ekceli kita berPK sama time ek? I ingat baca citer you masa jamuan makan2 TID (tak ingat donia, hehe). Hmm.. yes, sepatutnya mmg ada telur rebus dimakan dgn PK tu, I lufer nak mensyen.

Telur dadar tu pulak dihiris2 biar nampak berjurai2 pastu hias kat kaki pulut kuning; and as for keledek tu, hadoiii.. I ingat2 lupalaa but I think keledek dimasak bubuh udang kering serupa cam nak buat isi karipap/tepung bawang/karipap.

somuffins said...

YAT
You minat daging transparent jugak kah? Cam nih kita harus gaduh tarik2 rambut sbb berebut d'best part of the transparent thingy. Camana? Haruskah kita sign Treaty RDT? Kalau setuju, sila isi borang, heheh.

kakcik said...

Salam pagi Jumaat CS...

minggu lepas I beli pulut putih+pulut hijau+mangga+santan = RM5 depan p/raya Tesko. Baru puas hati, lepas rasa mengidam I. Nak buat sendiri? Alaaa.... bukan nak makan banyak punnnn... :)

Mira Marlena said...

CS
Melawat aje page ni terus rasa lapar balik tau!(baru aje makan scrambled eggs dengan toast tadi..hehe)
Saya pun terkejut Liz Taylor passed away..my husband yg bagitau..she looked stunning even at 79..
Belum pernah cuba masak pulut kuning..nanti nak kena try buat ni!

Ibu n Abah said...

kak som...
i tak fernah.. buat/masak pulut kuning...
i mmg kena belajar buat... boleh i berguru dgn u?

Lili said...

CS,

Kali ni I pengkimeng yg ke sepuluh? Sungguh tak aci... :'(

Takpe...semalam angin tofan kencang melanda jiwa. Tidur awal kekdahnya! :'(

Nanti Lili de'Emily dah siap masak pulut kuning, she'll come up with the same title for her posting...

kak ja said...

Nak tumpang rostrum sat Kak Som, na?

Lili, u last nite tdoq awai sbb angin topan ka sbb ari ni ari jemahat?

Kak Som, kekdg I tingin gak nak mamam PK, tp skali mamam setakat sesenduk je lah.. Jd padan ke I nak buat syendiwi? Anak2 plak tak suka..

ahkakbatik said...

CS.. umi AB..hek...

den pelik awatnya pulut kunin nampak thodap dari pulut putih walopong rasa sama jer....
pe kata next time buat pulut pepel ke.. belu ke..

Ribbon Clown said...

I pun nak buat PK and RDT jugak lah..and nak letak title sama..kira cam entry blog berantai..hahha esok pagi gi pasar..*gigih*

Maya Marisa said...

cik som,
ada balance lagi tak?? maya sudah lapo tengok gambar pulut & rendang tu...
itu ler sedih i dengar my beloved cleopatra has been called by the lord....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak,

Percayalahhh..(gaya Siti Norhaliza)

Dah sepuluh tahun lebih kawen, saya tak pernah masak siPK ni.

Sukalah sangat tapi hangen naik sampai kepala kalau makan. Abg pulak tak biasa makan tapi yg feliknya si Along pulak suka bila dapat makan free di surau. Kalau nampak di gerai jual kuih, mesti dia nak.


Jadi, kena belajar buat lah kan?


*genti kena tahan tinga kalau tanya emak saya nanti...huhuhu..

somuffins said...

Kawan2 ...

Nanti kita jawab segala komen kawan2 eh eh eh?? Sabaq na?

Timakasih sudi singgah, baca n komen. Kita nak buat satu entry baru jap, hehe.

somuffins said...

KAKCIK
Kadang2 memang berbaloi beli aje apa yg kita idamkan. Pulak2 kalau makanan tu kita aje yg suka, tul tak? Tu sebab I sker jjcm, hehe..


MIRA
Dah tua2 nih barulah teringin buat pulut kuning sendiri. Tu pun buat satu dua pot aje. B4 this I pernah guna m'wave masak pulut putih (tak guna steamer). Anyhow using steamer is still the best.


AKAK
Alamak, you nak berguru dgn I? I buat thru trial n error jer. I sarankan lebih baik you belajar dari guru yang berpengalaman.

somuffins said...

LILI
Oleh karna I dah lewat menjawab your kimeng, maka your PK dah terlebih dulu made an appearance in your blog. Mengancam PK you itew.


JA
You makan pulut sesenduk BESAR atau sesenduk kecik? hehe..
Kalau sesaja nak makan sikit apa2 yg diidamkan, memang tak berbaloi berpanas peluh meleleh duk kat dapur. Lebih baik jjcm/jjcl, kan Ja kan??


AB
Takat pulut putih n kuning aje I makan. Pulut biru/purple kalu, nehi janggeli kahe. I donch like *geleng kepala selaju jet tudm*

somuffins said...

RC
Now dah 29/3. You jadi buat PK n RDT tak? Somehow aroma rendang dah menyelinap masuk keblog I nihaaa...


MAYA
You langkah kirilaaa.. Rendang n pulut kuning bertahan 2 hari aje, hehe..


AZRINA
Samalah kita. 10 thn pertama berkahwin I pun tak bercita2 nak masak pulut kuning sendiri. Lama kelamaan bila anak dah besar dah katam quraan, diorang mcm tau2 aje memintak..