Thursday, 22 September 2011

150 vs 50gm less ...

Tiap tahun, hati I bersemarak nak beraya kerumah dia, dia & dia namun hajat masih tidak kesampaian. Persoalannya kenapa hajat masih tak sampai2??

Kenapa ek???? *sambil mengusap janggut halimunan lalu melontarkan pandangan tajam kedinding sopak tanpa pembelaan dah 4 tahun* kahkahkah.. <-kensel gelak sebab tak lawak!

Dia: don't ever blame us if you chose to live like a recluse
Dia: sikap terpuji memaafkan orang tapi jangan lupa you juga perlu mohon maaf!
Dia: be fair to me afterall I was only and still am a bystander

Isshhh...nyampahlah! tak bestlah nak citer something yang akan membangkitkan emosi dalaman. Lebih baik kita tukar kemudi citer pasal my rendezvous with my sisters mengumpul lelemak. Lagi berpekdah!

Bila jenjalan dengan Ndja, ucapan sulungnya mestilah kat mana nak makan? Since I ada 'niat murni' and sort of ada idea hebatlah jugak nak makan kat mana, I cadang kita pergi dengan Teh sekali. Jom bergumbira bersama kekdahnya.


Kita kerestoran Kelantan Del*ghts yang baru dibukak berhampiran Sub.Pred n Empire. Our order was taken by one good looking lad and later one pwetty lady served us the food. Those two are natives from negara 'stan-stan' tulaah. We are the kepo lots, that's why we know they came from something 'stan'.


As expected if the food originates from Kelantan, kan?? You'll get 'free' drinks n dessert should you choose any of the set lunch offered. I did a quick congak, hehe.. bolehlah save RM2, har3..


Cone daun pisang menyajikan nasi himpit diselang seli dengan serunding daging, samtum udang (sekor jer), telur dadar from 1/4 telur & secebis ikan masak lemak kot, hehe. Kalau dilebihkan serunding n kuah samtum, gerenti rasa Nasi Tumpang lebih ummph! Dahlah saladnya makan gitu2 aje tanpa sos, hehe.. If only they are a bit more generous.

A set lunch offers 3 different desserts/drinks. Choose one each takleh lelebih, hehe.. Paling berbaloi adalah kuih lopes 9/10. Sagu gula melaka dapat 6/10 tapi bila kita tuang sos gula melaka cilok kuih lopes punya, ratenya mencanak 9/10 (pekat gula melaka really does wonder). Last but not least tanpa rasa belas pada sira pithang, kita rate 4/10 aje. Keputusan adalah muktamad! No rasuah okay? nonono!

Bila waitress manis bersumbi gigi emas hampiri Ndja, I pun signal kat dia mintak dihantar bil. Least expected dia dah siap bawak bil untuk Ndja yang licik itew! Pergelutan siapa patut bereskan bil berlaku, har3.

TCTSSES, segalanya kembali tenang. Dalam setiap sengketa, haruslah ada satu pihak yang mengalah dengan rela, tak gitu u'olls? heh..

Nota: TCTSSES = to cut the short story even shorter ...

15 comments:

kakcik said...

Kalau dalam bab membayar bil, kakcik rela jadi 'pengalah'! Tak baik rebut2 mengeluarkan duit di kaunter pembayaran, kan? Takut nampak riak. Hehehe....

kakcik said...

Eh... cermin mata tu dibuat penyendal kon daun pisang ke?

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Hamboi! Hamboi! (marah orang yang K'tan Delights KL Sentral hanya sepelaung jauhnya). Tak ajak kita ye? purrr....meow!

Anonymous said...

I pun suka mengalah...
manjang mengalah...bila bab bayar bil-lah...

bab makan...ahem, TST-lah....

syok ker bergelut kat restoran?
tak penah terai-lah...QJ

somuffins said...

KAKCIK
I suka gak jadi pengalah. Suka bila dengan TB tapi kalau dgn adik beradik timbul rasa segan sebab selalu sangat kita jer yg menerima. Cermin mata tu penyelamat kekdahnya sbb tak nak tersilap oder makanan. Tersilap kalu, muncung tok panah kedepan 4inci kang, haha..


CAT
KL Sentral kat area KL, kan? Apa2 yang kat KL dikira sangat jauh, maka tulah kita jerit lolong2 awak tak dengarrr... :-)


QJ
Kadang2 nak juga rasa tangan yang memberi, tak gitu?
Bergelut penuh keanggunan. Takde naik tangan, naik kaki, naik selipar maupun tumbuk2 meja, har3..

Anonymous said...

Cik Som, short form tu harus masuk Dewan Bahasa atau Oxford Dictioary.

Desserts tu sah penambah gula, tak takut ke kena potong kaki. Nanti menung sendiri.

Cite pasal makan kat Kelantan Delight's ni. makanan sedap tapi outlet dia kat Sooka Central tu awatlah kotor nya. Kalau tak caya cuba tengok kat "Smoking Area" menghadap jalan. Raya lepas saya pergi makan. Nasib baik tertengok lepas makan, kalau sebelum makan guarantee cancel! I even complained to the outlet manager but lack of workers was the reason.

ahkak

azieazah said...

Kawan baik lagi pemurah I pernah pesan, kalu ada orang murah hati nak belanja jangan disekat jangan dihalang. Dia pun nak buat amal sedekah juga.

Hhehehehe... tapi kalu tiap kali pun camtuh, apa hal lak, kan?

ahkakbatik said...

kelantan delight di klcc tu slalu kosong... maka bila kosong org anggap kureng thodap.. termasuklah saya almaklum saya jawa kawen jawa..takde darah kelantan langsung...

cekian salsilah saya...

Yat Maria said...

Cik SOm

next taim ai ke SP, akan ku masuk itew restoran...and to save 2 ketul, ku nak gak order that set lunch...& nak order yg dalam daun pisang cone jugak!!itew specks sebelah daun pisang free gift ka??ahaksss!!!

Noir said...

last para confirms my 'andaian' Cik Som berhati mulia dan berhemat dan funny at that!

btw is Sub. Pred Subang Parade? i dah mengidam.

Maya Marisa said...

Awat tak ajak cik som? Maya dah lama aim nak pegi, tapi takde gang. Laki ku kan jawa....tak reti mkn kelate punya dishes.
Lenkali kita dating situ yea!!! :-P

PatinPasta said...

Cik Som,
Restoren taraf elite gamaknye kot? Sebab tu hidang cenonet jek dalam pinggan sebesor suku meja :D

somuffins said...

MAHAP LEWAT MASUK OPES.. TUAN RUMAH BIZI LIKE A QUEEN BEE :-)


AHKAK
* you ada orang dalam @DBP tak? Harap usulkan idea bernas you tu
* Sekali sekala haloba dgn manisan, okaaay waaat :-)
* Sooka Central tu katne? I nih mengalahkan katak dibawah tempurung


AZAH
Memang betul jgn sekat orang nak buat amal jariah tapikan tapi kalau kita asyik menerima tak reti memberi, jawabnya "where got best like that?".

somuffins said...

AB
Apa ada hal orang Jawa makan makanan orang Kelantan; sedangkan ramai orang Jawa dah duduk obersi. Duduk kat Texas lagi, auwww...


YAT
Ekceli I tak tau restoran tu ada kat other part of KL (gue katak bawah tempurung). Maybe you can try kat KLCC juga tapi tak sure masih beroperasi ke tak :-)
Psst..kacamata itew adalah part of nyawaku kekdahnya *wink*

somuffins said...

NOIR
I hope your 'andaian' tepat; anyhow mekasih ehh (dowan to say why) :-)
Yup! SubPred is Subang Parade. Make sure kalau you kerestoran tu, jangan cari waitress manis bersumbi emas taw..


MAYA
Kita nih dekat tapi jauh kekdahnya ek? Hmmm.. nak ke you jenjalan dengan I? Nanti org ingat I nih maid you, tercalar aura I, huwaaaa...


AIDA
Muahahahaaa.. dah mejanya cenonet maka pinggannya tak boleh tidak nampak cam besar n lebor juga, hehe. Restoran taraf elite? Tak juga cuma harga makanan ada sket nyampah n mencii, haha..