Wednesday, 7 September 2011

Croquette it is!

Thought of puasa 6 tapi kekuatan dalaman masih ledut cam lengkong terlebih ayer. T dah selamat puasa kada', dah dapat 8 hari termasuk hari nih, insyaallah. Dia teragak2 samada nak himpunkan puasa kada' dan puasa 6. Makanya, dia ikut nasihat ustajahnya aje ie buat yang wajib dulu, baru yang sunat.

BTW, apsal I eja ustazah jadi ustajah? har3 .. saja teringat kat my step mum yang susah bebenar nak sebut nama TB n my BIL yang bermula huruf Z, ngeh3.

Perihal kekeliruan samada boleh dihimpunkan puasa kada' dan puasa 6 nih kaaan... Kebetulan plak (alhamdulillah Allah permudahkan nikmatnya) 3 hari lepas, ada sorang hambaAllah bertanyakan ustaz kat program Ask d'Ustaz, soalan yang sama.

Ustaz janggut ciput kata ada 3 pendapat. I simpan pendapat pertama (haha, saja dengki gitu); tapi I tetap kongsi yang 2 lagi tu. Pendapat #2: Bayar kada' puasa dulu pastu buat yang sunat. Pendapat #3: Boleh himpunkan puasa kada' + puasa sunat dengan satu niat kada' puasa Ramadhan (pahala puasa sunat akan dikira secara otomatis).

Ustaz janggut ciput pilih #2 tapi I sangat setuju dengan #3 tu. I have that program taped so that T could be convinced. Senang sikit kerja Umi dia takyah nak convince apa2 lagi.

Lepas hantar T balik ke markas semalam, I terus ke Mydyn. Pukul 9 pagi on weekdays memang ada ample indoor parking space. I was a happy woman! Jimat sket peluh, heheh. Beli lebih kurang jer pastu singgah kedai magazine to get my fav BBCGF. Ada macam2 resipi termasuklah yang kat bawah nih ...


Macam dah berjanji... Chef yang buat peppered mackerel fish cakes nih mesti dah baca my entry pasal my disaster bagedil turned croquette; terus dia dapat idea buat fish cakes ala croquette. Who knows kan? Sesiapa kata I perasan, siap! Kita baru jer jilo-jilo, kaan??

My version of fish&chic croquettes dengan 2 penataan cahaya yang berbeza, cewah! Resipinya, I concocted sendiri. I rebus sekeping ikan tenggiri dan seketul isi ayam in one pot (jimat gas n jimat masa).

Lain2 bahan: kentang goreng, lada sulah, garam, daun sadri/sup, cili merah, bawang, telur n sikit tepung gandum. Bentukkan ikut firasat samada bulat leper, lonjong leper atau bentuk mini hot dog. Sebelum goreng golek2kan dalam bekas berisi breadcrumbs (I tak lumur dalam telur sbb tak suka messy). Gently shallow-fry them.

Tip: Bila dah siap digoreng, makanlah senyap2 kat dapur dulu. Bila dihidangkan pada keluarga, biarlah kononnya kita sentuh sekeping aje; kekdah berkorban apa saja untuk family. You get me dear friends?? aaahahahaa....

Did spring cleaning to my pantry last week... segerombolan bahan buat kuih terpaksa diusung keluar sebab dah over expired! Membazir kawan syaithon tapi I nekad, takut gak nak consume mende dah bertahun expired. Since syaithon diikat dalam bulan Ramadhan maka I bukan tergulung dikalangan mereka, kaaaan?

Masih dalam simpanan ... lambat lagi nak expire, hehehee ...

Jangan berkemas masa anak2 berkeliaran dirumah sebab tu akan melengahkan kita buat decision. Nilah jadinya bila T ternampak pistol tu "simpan Mi .. buat kenangan". Yaaa, masa T dara sunti, dia memang main pistol, bang bang!! Last2, pistol tu dibuang jugak, alhamdulillah.

A few garbage bags full of nonsense selamat dibuang. Nasib baik D&T takde rumah masa tu so takdelah sesi memunggah berlaku n thank god, takde juga sesi siNaga tua keluarkan bola2 api ... rohrr...rohrr..

14 comments:

zarin said...

selamat hari raya Cik Som
laaama tak datang sini..lama sgt balik kampung ehehe
ganas gak T masa dara sunti dulu ye, siap main pistol pistol bagai ;-)

somuffins said...

Zarin
Same to you.. ewah2 lamanya awak balik beraya ek?
T main pistol, dah abangnya secret agent 007, kaaan? Main pistol tembak benda2 tak bernyawa. Dua beradik main game. Selalu gak T menang, hehe..

blu4sky said...

salam CS,
i pakai kaedah no 3.. seingat2 i dulu ustaz ckp mcm tu.. whichever it is..dapat ke tak pahala puasa tu Allah je yang tau..
kalau ikut kiraan puasa 6..i ada 3 hari lagi tinggal br raya..insyallah..
tp kalau ikut kiraan puasa ganti..uwwwaaahhhh banyak hari mau kena ganti..

Noir said...

i knew you are talented, sama je rupa croquettes tu!

i sokong pendapat #3 pasal when mrs posa, i ikut sama. tak larat :)

somuffins said...

SUE
I suka penjelasan dari ustaz janggut ciput sebab dia bitau ketiga2 kekdah dengan terang. Tak suka kalau ustaz beritau pendapat dia aje; not letting us know that there are other options. Selamat berpuasa dgn gigihnya Sue ;-)


NOIR
heheh...tq. Buat something new untuk makan sendiri mmg no hal. Buat banyak2 yg tak berapa nak sanggup tu..

Mira Marlena said...

CS,
Rasanya dekat MHI TV3 hari tu pun ada pasal qada' puasa and puasa 6 ni...my plan to wake up for sahur dah terbabas pagi ni sampai ke pukul 6 pagi..isk!
Chop,resepi croquette tu kurang difahami la CS...CS guna ikan DAN ayam ke?
Eh,ada Vanilla essence/ Rose essence dah expired?Jangan dibuang dulu Cik Som, buat lap lemari dapur dgn petiais,wangi semerbak nanti!

Yat Maria said...

Cik SOm

tak leh angsssss sampai tersedak kat opis...disebabkan minum ayaq sambil baca citer cik som & terketawa....leh tahan cik som cam penangkap gambo propesonal dengan oenataan chaya lain ..komain u!!! kah18x... err.. kita dah dapat topeng sesuuuaaaaiiii utk Rima nyer open haus... :)

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kalau agaknya a can of wetfood yang memang berisi fresh mackerel and chicken, dikepal-kepal dengan kentang rebus, golek dalam breadcrumb bagai, lepas tu goreng....hmmm....Brad aje kot yang makan. Dia tu kan, ibarat Alam Flora. Ish...apa melalut sampai ke catfood croquette ni? purrr meow!

Queenie said...

Cik som, kalau tak celup ke telur, breadcrumb tu still senang melekat dgn jayanya ker? sure you seorang yg penyabar eh? rugi jer Tengku Yem halau you dulu...

kalau arini you buat WW, sure I ingat dua gambor tu si gendang kasturi dek perbezaan penataan cahaya gitu...

tapi akhirnya, nanges jugak I di sini (belum nanges lagi, baru rasa macam nak jer) bila tengok you buang bahan2 buat kuih tu...dulu beli tak hagak2 eh... sayangnya... kesian dia tsk!

ahkakbatik said...

CS!! awat gambo first lg cantik dari second ngan 3rd?? wai!! wai!!!??

betui banyak pndapat pasal poser... saya nak ganti dulu... sunatnya slalu terbabas sampai taun depan. dan depan lagi... dan lagi.... haish!! yok insap sama-sama....

Lili said...

Kander Som,

Kita pung penah buat croquettes ni...tapi guna ikan tenggiri semata mata. Nanti nak kene korek itu recipe.

Rasa nak start pose and ganti awal...tapi mengenangkan berbelas-belas hari... harus break break! ekekekeke)))

somuffins said...

MIRA
Croquette versi CikSom telah diubah suai. I campur ikan n ayam sekali. Both direbus pastu dicarek2 manja. Re: essence tu kan, I tak buang esen vanilla cos tulah satu2nya esen yg kerap I guna but mmg sayang, masa buang esen ros, tak teringat plak that it can be used to harumkan dapur.


YAT
I enjoyed bermain dengan kata2, auwww.. 'Penataan' gitu, kah3. I tak minat photography per se but I enjoyed taking pics using my hp cap kijang, muahahaa.. Psst.. topeng you sedondon dgn baju ke?

somuffins said...

CAT
Catfood croquette? Ehhh.. why not, mesti sedap punya tapi takyah golek2 dlm breadcrumbs n takyah goreng pun. Soklan cepuk mas: your mama ada masa nak ber'kroket' bagai ke? heheh...


QJ
I sorang yg penyabar? Ngeh3.. Sangat tak sabar sama cam daddy Tengku Yem, maka tulah I skip proses melumur mende tu dlm telur.. TAPIkan tapi, breadcrumbs tu jenis mengikut kata wpun dah expired, haha.., patuh jer dia melekatkan dirinya ke'kroket' itew.

Dah nanges lum? haha.. bahan2 yg dibuang tu dah disimpan lama; since awal n middle 2000. You nak suh I berbuih mulut makan mende2 dah expired ke? Silap simanufacturer lerr sebab diorang bubuh expiry date, betul tak? Betullll...

somuffins said...

AB
Gambar 1st lebih cantikkah? Mestilaa you.. Gambar tu diselitkan dalam mega-jin seantero baca. The fact that it looks cantik; credit oso wajib diberi pada CikSom sebab beliau tangkap itu gambar dari kamewa HP dia, auwww...
2nd/3rd gambar tu menggoda selera you, kankankan? Cepat ngakuu :-)


LILI
Bila dah korek resipi, sudilah kiranya you share it with us, boleh? I kinda lega dari membayar hutang puasa; kena focus jadi orang baik2 buat yg sunat pulak.