Wednesday, 28 September 2011

Trauma serviette berkecai & kutipan sampah ...

7am today: Had 3 pcs mini karipap, 1 piece roti canai cicah samtum bilis n a mug of mild neskopi. Alhamdulillah. Lunch nanti makan leftover dinner semalam. I sorang aje yang makan pun ...

Rezeki tengahari semalam ialah mcgee goreng. Yes, mcgee lagi. Tak bubuh sawi or udang tapi bubuh daun bawang, daging n 2 biji telur. Rancang nak goreng sepeket terus jadi 3 peket sebab tetiba D muncul. Ditakdirkan masa dia balik sepeket aje yang siap digoreng, memanglah I makan senyap2 sensorang dalam belakang esbok tapi tak baik lelokek, rezeki harus dikongsi bersama, kan?

Al-kisah semalam yang tragis ... Bila I kuak penutup mesin nak tuang S*flan tetiba "ohh man!" .. basuhan dah bergesel bahu dengan serviette pink yang dah berkecai! Baru 2 hari lepas I bersihkan segala manikam yang terperangkap bawah perut mesin .. segala kerak, selut, intan batu permata habis dah dikeluarkan cuma kalau dijual sesen pun tak laku, haha.. sebab yang ada hanya selut, keji sungguh!

Dalam keadaan taring dan tanduk nak tumbuh tak tumbuh, I hangkut basuhan terus hum-ban dalam bilik air! Kekdahnya kena bilas satu persatu dalam baldi dengan air mengalir tapi I tak buat a.s.a.p. as I ain't got the mood! Sebenarnya serviette tak sesamseng tisu. Bila tisu berkecai dalam mesin basuh, for sure it's sheer hell esp kalau ada baju hitam! Tobat tak nak basuh baju selama setahun (kalau bolehlaa..).

Membersihkan bagian perut mesin bukan kerja yang menyeronokkan. Kena bongkokkan badan 90 darjah, kalau tak jangan harap tangan pendek boleh capai bagian bawah mesin. Bila membongkok, perut/lelemak surely berlaga2 dan terhimpit tepi mesin, sumpah sesak nafas! It's quite hazardous to health makanya kerja nih tak sesuai untuk orang semput, gendut dan osteoporosis. Serius nih *berkata dengan muka ketat*

In the first place, apsal I rajin sangat nak basuh perut mesin tu? Memang tak rajin pun tapi bila basuhan putih dikotori by some kind of brownish n blackish particles, memanglah hati ada panas beb! Maka haruslah atasi masalah hingga keakar umbi (ishh..macam cakap orang politik plak ek?).

Manual says to 'tub dry' lepas selesai membasuh tapi I jarang sangat buat cenggitu sebab I degil. Mesin berpusing 10 minit tanpa basuhan, rasa macam membazir aje. Dahlah rate letrik semakin mahal.

Tamat cerita tragis serviette pink berkecai, sekarang cerita pasal sampah pulak. Plastik2 sampah yang diletak dalam kawasan rumah akhirnya dikutip pukul 3 ptg semalam. Schedule kutipan sampah kerap bertukar. Kejap pagi, kejap tengahari, kejap petang. Soon, diorang kutip sebelah malam kot? Sigh and looking at those men yang kutip sampah2 tu, terbit rasa insaf.

Hal plastik2 sampah dicarek2, dirobek2 dan dibiarkan bersepah oleh 'scavengers without wings', gambar bawah adalah buktinya (bukti orangnya aje tapi takde bukti sepahan sampah, hehe).

Susah juga jadi Magnum P.I. pengintip amatur nih... terpaksa panjat kerusi berdiri gigil2 & semunyik belakang langsir tak basuh setahun. Camana I tau kehadiran orang itu? Petandanya senang aje. Bila anjing jiran menyalak goong goong, taulah I .. hehe..

Kebetulan jiran sebelah caught that guy red handed (pakai baju merah lagi, kan dah?) bila dia mula capai plastik sampah yang jiran letak depan gate. I decipher body language jiran: lepas ambik apa yang patut, buang selebihnya dalam tong kat depan tu (yuhuuu achi.. itu tong gedabak bukan untuk buang 'sampah kita' taw, you ada tau ka?).

14 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Semedang dah menyorok belakang fridge tu, apa kata lastik je scavenger tu? purrr...meow!

somuffins said...

CAT
Esbok kat dapur tapi I menyorok belakang langsir kat living room. Kena fokuuuus... kalau tak gambo tak jadik kang..

Anonymous said...

Cik Som, ai ingat ai sorang je kena. Pagi tadi depan rumah ai tu siap cantik cantik kotak washing machine besor isi segala benda plastic nak buang. Terus masuk rumah.

Sedang sidai kain dlm 7.30 pagi ai dengar tok tek tok. Ish! nyirap darah dah. Selamba badak ai sound dia. Dey tamby! saya sudah susun, U jangan selongkar lagi! Dgn muka poyo dia terus je jalan tapi sempat juga sambar plastic container. Tapi scavenger tu baju oren. Balik kerja tengahari kotak itu masih terletak disitu. Sabo je lah

Ahkak

Anonymous said...

Cik Sommmmmmmmmm
kalau naik komuter dari Batu 3/SJ dan benti di KL Sentral. Keluar je dari pintu beso Flatform 5/6 kut, terus ke kanan.

Ada faham ka Cik Sommm...larik

Ahkak

Noir said...

CS, you're one hell of a writer, tak bedek! i yg tadinya boring kini kembali ceria, cewah!

btw selut tu apa?

Ibu n Abah said...

Kak som..
U tahu kat mana i baca al kisah ni? Kat kedai tutti fruitti... Rupanya best bertemankan al kisah bila u duduk diam2 menikmati frozen yogurt then u baca al kisah... Cbalah sendiri...
Enjoy...... Dan paling terbaik......Tahniah pada editor al kisah.. Sempat i mengekek2 sensorang......

somuffins said...

AHKAK
Kita sekampong kan? Schedule kutip sampah area you bila? Mon-Wed-Fri ke? Sampah apa yg you buang dlm kotak mesin basuh tu? Psst.. does it mean ada owang baru beli mesin basuh baru ke? Auww..

Nak bitau you samting..
So far I naik komuter 2x dan LRT sekali. Pengalaman sungguh tak menarik sbb komuter stuffy n I mabuk cam nak pengsan. Makanya, memang I tak faham..ekekeke..

somuffins said...

NOIR
Selut is mud so when you eat choc mud cake, bayangkanlah juga mereka yang sedang membajak sawah, k?
Hmmm...mekasih (sebabnya rahsia)


AKAK
Bak semangkok tutti prutti tu. Tak aci aaah makan sensorang aje. Editor Al-kisah berpesan LUEM (sbb terlebih puji dia), hehe..

zarin said...

i serik sungguh kalau serviette hancus berkecai dlm washing machine..harus ku ganti washing machine baru kot..eh, ada kawan kita di seberang tambak baru tukar washing machine tau! tk sempat i nk jumpa dia semalam ;-)

p/s
u guna s*fl*n ye? i dah boikot sbb mahal sgt. i pakai d*ia ajek..murah skit tp waangi bangat!

PatinPasta said...

Cik Som,
Rajin sungguh basuh mesin basuh bagai. Kain baju kena serviette hancur pon rajin bilas (memang kata-kat Cik Som yang Cik Som ni tak rajin adalah nista semata). Kalo saya la, sidai jek. Bila dah kering nanti ketuk-ketuk dengan apa yang patut, kasik luruh suma. Huhu!

Mcgee Cik Som nampak seksi la dengan daging gitu!

ahkakbatik said...

oo CS tak rajin cek kain le ni... serviette pun sumbat...(dengki org dok kata CS rajin??!!)
saya pernah basuh kain dengan diapers sekali...kehkehkeh... kenalah basuh ssekali lagi...

kakcik said...

Oh! komen kakcik semalam masuk spam juga rupanya! :(

somuffins said...

ZARIN
Memang betul. Bukan aje rasa nak buang basuhan yg tercemar, malah kalau boleh dgn mesin2nya sekali, kan? Psst.. mamanya Sonia ke yg baru beli WM tu?
I pun nak try Da*ya.. I will say no to Sofl*n plak :-)


AIDA
Kata2ku nista belaka? ekekeke.. Betul I tak rajin tapi kerja yg I buat tu seolah2 fardu kifayah; kalau tak buat, I tak dapat tidor nyenyak kang. Ehem..mcgee goweng kelihatan sexy ka? Yg menggoreng tu pun apa kurangnya, har3 <- ni baru betul stetmen nista)

somuffins said...

AB
heheheh.. selalunya kita check sebelum sumbat basuhan dlm perut mesin tapi hari tu tak syak apa2. Sah serviette pink dari kedai mamak sibujang punya kerja!


KAKCIK
Macam2 masalah siblogdotcom nih ek? I punya masalah pun masih tak selesai lagi :-(