Wednesday, 27 August 2008

Blue black @ lebam ...

Ini adalah bukti kecederaan yg menimpa sipenulis. SiBon dan siTin terlepas dari kandang. Siapa yg cuai tak tutup kandangnya tu? Hmm..hmm (sambil pandang kekiri dan kekanan) siapa ek?. Diorang tu pulak, kalau dah terlepas cam tu, mesti lari pecut lintang pukang punya (jgn harap nak jalan lenggok2), tapi mujurlah diorang baru aje pecut beberapa tapak kat rumah jiran sebelah ..

Minda terus bergerak .. camana nak entice siBon & siTin balik kekandang? Kalau sipenulis aje yg dok mengejar siBon & siTin tu, nampak gaya takkan berjayalah. It's just impossible. Nak entice diorang ni mesti dengan bait yg kow2. Korek esbok dapat sekor ikan bakar, tapi ikan ni untuk Phin. Takpelah pinjam kejap.

Sesi kejar mengejar bermula tapi taklah sampai ke luar jalan raya. Diorang lari2 diantara kedua buah rumah jiran aje. Kecederaan terjadi pabila si Tin dan sipenulis berada pada spot yg terhadang oleh gate karat bentuk square2 tu. Sipenulis hulurkan ikan ke Tin dan Tin menghidu2 ikan tu. Wah..best ni..kepala Tin dah dekat boleh grab aje.. Itulah yg dibuat oleh sipenulis.. Grab she did but Tin was quicker, so it was quite an unsuccessful attempt. Dlm pada tu, lengan sipenulis yg LEBAR tu terpelesok dalam salah satu square gate tu.

2 hari selepas kejadian, semasa mandi manda (auwww), sipenulis terperanjat amat bila dapati lengan yg lebor tu ada tanda lebam. Orang2 tua kata kalau ada lebam dibadan, maknanya ada gangguan pelesit@setan. Ye ke? Tapi hati sipenulis tak terpikir pasal pelesit langsung tapi mungkinkah penyakit? Oh tidaak..

Alhamdulillah, tetiba sipenulis teringat kejadian tug-of-war dgn si Tin. Aaahhh...lega. Seminggu berlalu, tanda lebam masih belum hilang, malah berubah rona keungu2an dan timbul pulak a patch of rona kekuning2an.

Apa komen dari MOTH1 dan anak2 sipenulis? Pertama, diorang terpempan rasa nak tabik giler kat sipenulis sebab berjaya menangkap kedua2 hyper tu dgn mudah tanpa perlu bersilat cekak. Doa pada setiap solat "permudahkan segala usaha" memang sangat mujarab.

Komen kedua? Hmmm...

2 comments:

dukes said...

Nasib baik lebam tu kat tangan.. kalau kat tempat lain..wa dah pikir LAIN dah.. Lalalalalalalalaaa

ciksom marah kang! said...

Haipppp!!!!