Bendera sebagai lambang kedaulatan negara, simbol aspirasi rakyat, warisan dan kewarganegaraan semua kaum di Malaysia (kata2 yg senonoh tu dipetik dari sokabar). Selama 47 tahun bendera kita digelar Bendera Malaysia dan gelaran bertukar ke Jalur Gemilang sejak 11 tahun lalu (ni pun fakta dari sokabar, kalau silap, tutup sebelah mata ajelah ehh??)
.
Siapa yg bertanggung jawab mencipta bendera itu? Haa..nilah orangnya, Allahyarham Mohammad Hamzah. Pak Mat dan adiknya Pak Brahim adalah kawan baik Bak, diorang macam isi dengan kuku atau dalam bahasa omputihnya 'like flesh with nail', haha.
Dua beradek tu walaupun dari satu emak ayah, namun wajah diorang tak serupa. Rupa Pak Mat ada iras Arab cam Clark Gable manakala Pak Brahim cam Cina. Wife Pak Mat ialah Mak T, dan wife Pak Brahim ialah Mak P.
Tanpa orang luar or even Mak or Bak tau, kitorang panggil Mak T Siput Sarawak sebab persona dia serupa diva Malaya. Masa tu Mak T dah pakai spek vogue, designnya macam huruf 'HA' tak simpul, rokok ditangan dgn suara yg serak2 basah. Mak P tak terkecuali dapat gak nama pojokan. Mak P pulak kita gelar Lulu, nama kucing siam kitorang. Mak P anak angkat Cina, putih bersih, bercelak pantis, sopan berbaju kurung aje. Dua2 tu memang anggun dan demure sekali.
Nota: Kerja tak baik beri nama gelaran kat sesiapa aje adalah kerja abang2 sebab yours truly masa tu teramatlah suci kelakuannya. Ada sorang auntie kawan Mak nama CikSom tapi abang2 namakan dia Oscar Bonavena, nama ahli tinju femes masa tu. Kenapa? sebabnya teramatlah rahsia, suffice to say ada kena mengena dengan dagu orang tu.
The best Merdeka day was celebrated when I was very2 young! Suffice to say I seronok giler masa Merdeka yang itu. Mak & Bak teruja nak jual makanan sebab orang kuat F&B was Cikgu Aji Hafsah, besfren & kroni. Mak dan Chik jual karipap atau lebih dikenali di JB as tembosa aka samosa. Tembosa yg berintikan daging dan kentang perisa kormak dgn paras rupa bulat, not half moon shape macam zaman sekarang. Jualan teramatlah lakunya hinggakan anak sendiri tak dibenarkan beli. Muahahahaaa... kejinya mereka.
Aktiviti Merdeka dibuat di Dewan Jubilee Intan. Ohhhh, how I miss that dewan. Time tu semua mende dibuat kat dewan tu. Upacara lain tak payah cerita sebab minda ni lebih ingat pada makanan. MakAji Hafsah jual soto ayam. Terdetik diminda "kalau beli soto MakAji, mahal tak"? Memang tekak ni terasa benar nak makan soto MakAji. Dah rezeki, dapat jugak rasa semangkok soto setelah hantar bahasa badan kat kakak. Dah nama kakak, mestilah dia lebih betanggung jawab kat adeknya, kan? Semangkok soto taklah I hadap sensorang. Sharing is caring, khan? Time tu semangkok soto berapa sen aje ... Hehe, tekalaah.
Tapi yg teramat best bila Mak kata "Cxxx (my nickname), petang nanti tak payah pegi sekolah ugama". Suffice to say (sekali lagi), perasaan kita time tu hepi komain. Tak pernah Mak kata "tak payah pegi sekolah ugama", sebab all along Mak selalu kata "tak pegi sekolah ugama JANGAN pegi sekolah omputih". Itulah satu2nya ayat power Mak samada tujuannya nak naikkan semangat atau nak punahkan semangat. I wish I could ask Mak what she really meant then but somehow I know the answer now ...
THAT WAS THE STORY OF YESTERYEAR >> and NOW on 30th Aug 2008
I am all alone on Merdeka eve. Heard dentam dentum from afar.. that must have come from Sunway Pyramid's event. Why am I all alone? Where is everybody??
MERDEKA!! (sambil angkat tangan kanan pelan2 tiru gaya TAR)
No comments:
Post a Comment