Wednesday, 13 August 2008

Time out ...

Dah janji dgn Z nak belanja pi breakfast sempena besday dia semalam. Jemput PM & S sekali. Masa my besday, Z hadiahkan evening bag, so in return I gave her telekong made in Batu Pahat. Telekong dari Batu Pahat ni dijamin keselesaannya. My fren's wife kat Birm. pun kata "sedap dipakai".

4 dara pingitan bergerak ke Restoran Ubi Kayu. Makan, bual, makan, bual, bual dan makan. Hala balik singgah kat butik sebelah restoran tu. Baju cantik2 namun jamu mata ajelah. Z tanya kat mana nak beli pokok bunga kertas? So, I offered to drive her to Giant. Tiba Giant .. ehhehh.. tapak nursery dah lesap. Tak perasan nursery tu dah pindah namun kalau dah pandai tetap pandai (haha), keluar dari Giant terus menuju ke Subang Mewah. Nah kao .. bapak segala nursery ada tersembunyik kat situ rupanya.

Z beli 5 pasu bunga kertas dan PM beli 2 pokok untuk digantong. Merayap punya merayap dalam nursery tu, rupa2nya diorang ada tanam berbagai jenis sayor2an termasuklah cauliflower@bunga kobis. Settle di nursery, kitorang pun balik.

Tiba rumah S, kami dipelawa masuk. Dapatlah kopi secawan dan biskut kering. Sedap pulak cicah2 cam tu. S baru aje pindah dari KL, kiranya baru 3 hari kenal dia ni. Rumah baru direnovate, so kita dpt peluang 'touring' d house. Bestnya bila ada duit, segalanya possible. Sigh...

Tetiba "thot..thot" bunyi sms .. "Umi, pls belikan nasi goreng tomyam yg mcm aritu..nak 2". Ambhoi, sampai 2 sekali? 2 means RM14 tau. SMS to D "xboleh belilah sbb kat umah jiran ni". Tapi hati emak mana yg tak kesian bila anak nak makan walaupun anak tu 'teramat bertuah', khaan?

Dari rumah S, hantar PM dan Z kerumah memasing dan terus pi beli nasi goreng tomyam kat restoran Strawberry Fields (nama sempena lagu Beatles).

Tiba rumah terus bersihkan kucing2 tu. Alahai kesian hari panas.. haus ya??? Masuk rumah jer terus ketok kibod ... BEST takde saper nak marah... Bliss..

2 comments:

Dicken said...

Skarang ni dah tak wujud ke nasi goreng RM5.00? Macam harga KLCC Suria je.. BTW, kat Landen ni dalam £5.50 - £7.50. Lagi biol ye dak? Nanti esok2 you test la anak2 you. Masa diorang tengah naik kereta kat Tanjung Malim ke, Sg Congkak ke .. mintak n.g. tomyam 2. Tengok .. beli tak utk bonda .. heh he.

ciksom merenung jauh said...

Kat fudkot Mydin masih ada n.goreng RM5.50.

Dicken, 'nanti esok2' ya? Haha, most unlikely the bonda will ever ask for it. Mana ada bonda yg nak menyusahkan anak2 (for fear the rqst gets rejected).

Que sera sera ...