Friday, 15 August 2008

Bomba & Phin ...

7am - 2pm - Wpun tak sihat tapi buat kerja rumah cam biasa. Kedengaran suara2 nakal dari corong telepon "rehat dan tidor". Suara2 tu bukan suara Ju-on tapi dari kakak2 yg ever so concerned dgn adek diorang yg NI. Bila hidung dah tersumbat, mata pedih berair dan tekak rasa semacam, ubat yg paling mujarab ialah rehat dan tidor. Long suruh minum air bebanyak, Ngah suruh minum air rendaman nasi yg dah dibiarkan semalaman, selawat 3x, Teh suruh makan ubat batuk cap ibu & anak dan Ndja sarankan makan bubur untuk hindarkan 'flem'.

Timakasih kakak2ku sekelian, adikmu akan cuba ikut nasihat ... (alaaa .. tapi malaslaa).

2pm jemput T di kolej, cuti seminggu. Habis segala manikam dihangkutnya balik sebab bilik hostel akan digunakan untuk homecoming. T ada mood nak bercerita itu ini termasuklah buat review filem robot "Wall-e". Dia ni pelik sikit, bila tengok lawak jenaka kat wayang/tv, jangan harap dia nak ketawa. Sengih pun tak.

Kawan2 semua dah maklum dgn pe'el T yg satu tu wpun by nature dia suka senyum. Tak ketawa kira oklah lagi, tapi lain pulak kesnya bila tengok cerita/wayang sedih. Bila tengok cerita sedih dan unhappy ending, maka mulalah dia. Bukan reti cover2, dia akan nangis dgn erti kata yg sebenarnya, siap dengung2 meleleh2 airmata dan ingos. Suasana yg sama bila T nampak kucing mati ditengah jalan, kucing tempang, kucing lapar, anak kucing; and the list goes on.

Digress: 2 minggu lepas T rescued sekor kucing dari Kolej. "Kesian Mi, dia tengok muka T cam ni Mi..huwaaaa", "dia lari turun tangga ikut T Mi..huwaaaa", "kesian dia lapar Miii...huwaaaa". Yours truly jwb short n sweet "yalaaah...yalaaah".

Sepanjang perjalanan SA-SJ, T bercerita kesah robot Wall-e, wayang yg dia baru tonton. Pada mula bercerita, kawalan suara mmg terkawal tapi lama kelamaan dah terover taken by emosi pulak, menangis sakan hinggakan tak boleh bercerita lagi "Umi tengoklah sendiri.., Umi mesti tengok tau.." , ngekngokngekk....


4pm selamat tiba rumah (clap3, dah berani tak nerbes drive ikut highway) tapi belum sempat upacara unloading barang2 bermula, mulut yg cute ni tergatal pulak bitau T, siPhin dah 4 hari duduk atas pokok tak reti nak turun sendiri. Aisayman, keadaan heboh dan huru hara .. tanpa berlengah T telefon 999 panggil bomba mintak selamatkan Phin. Pastu baru teringat "Mii.. kita kena bayar ke?".

Encik2 Bomba tu mesti terpikir kucing yg nak diselamatkan tu mestilah kucing cross-breed ke, persian ke, lynx ke tapi rupa2nya kucing pa-ri-ya jerr.. hehe.

Bomba datang in full-force, jangan memain. Bila tengok wajah encik2 bomba yg tersenyum dan sedia berkhidmat, T rasa guilty nak sembunyikkan diri. "Hello T, you have to face them" (apparently T pernah jadi ahli kelab Bomba masa sekolah dulu, kahkah .. tapi reti ikat tali simpul mati aje, selamatkan kucing belum belajar).

Upacara menyelamatkan Phin bermula dan berakhir dgn pantas. Ketua Bomba kata "awak guna hose air tu aje, kena air dia turunlah". Tak terpikir langsung, pulak2 tu hose kami kontot aje memang tak sampai pun. Bila adek bomba hampiri Phin, dia tetiba panik terus terjun dari pokok dan hilang lesap ntah kemana.

4 comments:

cibil said...

laaaaaaaa ciksom.. kite ingatkan pggil bomba kalo ada ulor masuk umah aje.. rupenye selamatkan kucing pon bleh ek?? sungguh kite tktau part tu.. hihihih..

ciksom kof n kols said...

Haa.. free plak tu tapi bomba tak tolong cari orang 'MIA' tau, hehe..

cikguliz said...

ari tu bilik wa dimasuki ular senduk @selar@cobra.Wapun panggil bomba tapi derang datang berdua jer dan naik van kecik. Taklah bawak vehicle gadabak tu. Walaupun ular tu kecik jer tapi bahaya tau. Lega apabila ular itu dapat 'diselamatkan' dari bilik wa. Tapi sampai kini wa terbayang-bayang ular tu. 'Seriau' jugaklah bila masuk ke bilik....

ciksom achooo! said...

Wa terpikir apa tau. Ahli2 bomba tu dah fedup duk kat station tanpa beraksi, tetiba dpt S.O.S. call.. kucing pun kucinglah.. haha..