Saturday, 18 July 2009

Belated birthday gifts ...

My adopted daughter gave me this card through the mail this morning. Ngader betul dak tu tau. Banyak kali I kata tak payah, jangan susah2, I tak nak, nehi nehi; simpan aje duit tu, TUP2 PostoLaju dengan lajunya dah tiba depan gate dengan sebiji parcel.

It was an honour to receive such card
eventhough tak berapa sahih kebenarannya
TuanBesar was pointing at 'interior decoration'
haipp.. perli I lah tu?

Nouvelle cuisine? Me?
Unbelievable!

Relationship counselling
Me?
Romantic literature
Hmphh...
.
Pagi tadi I pergi kemajlis potong jambul cucu sulung HjhPah. Ada marhaban dan berzanji sekali. Kumpulan nasyid mak2 dara dari ShahAlam tak datang on time. Janji pukul 10 pagi tapi tiba almost 12 noon. Ada sikit miscommunication. By 1030am 5 mak2 dara yang tersangat punctual pun berlenggang kangkong kerumah HjhPah tanpa sedari majlis bermula lambat.
.
1 jam setengah kitorang duduk bertimpuh. Penat bertimpuh, bersila; penat bersila, bertimpuh; penat bertimpuh sengetkan punggung. Pastu picit2 lutut sikit, picit2 jari kaki .. KESIAN ek kat depa2 tu semua? (tak terkecuali cikSom tu...shhhh thiam2).
.
I berbisik kat Hjh.Zai, I pernah belajar berzanji dan marhaban masa I sekolah ugama darjah 4 dulu tapi apakan daya, bakat tidak menyebelahi I. Bila Cikgu Tik ajar berzanji/marhaban, I mesti tension, takut dia suruh I melagukan 'al-jannah' ke apa; tapi rasanya Cikgu Tik tu pun tau I memang takde bakat. Bedah dan Raja aje yang boleh diharap so kitorang yang tak boleh diharap ni, bersemangat laungkan 'Allah' sekuat yang mampu sebaik saja satu phrase habis dibaca oleh Bedah atau Raja. Masa kat rumah Hjh.Pah tadi, bangga gak dapat laungkan part 'Allah' tu.
.
Raja tu sebenarnya darjah 6 whereas kitorang darjah 4. Bila cikgu PahGayah pilih I dan 7 yang lain sertai nasyid sempena Maulud, Raja ditugaskan ajar kita bernasyid. Tiap petang Jumaat kita berlapan pergi rumah Raja, almaklum, practice makes perfect kan? Kitorang belajar dengan tekun sekali, tak tekun kalu cikgu PahGayah ngamok kang. Beliau guru besar lagi pun dia kenal dengan Mak. Taknaklah Mak malu dengan komen PahGayah "CikNah, anak dara awak tu ......", bila2 jumpa Mak kat pasar.
.
I nak cuba bernasyid sekarang.. wonder whether I masih ingat liriknya lagi .. Ready??
Yaa syabaa baa Malaysia yaa alu... (sumpah tak ingat)
then chorusnya
Fayaa wattani innani ya rabath.... (ooooo tak ingat dah tapi kena repeat 2 kali tu)
tetiba I ingat ..
Ifdhil bilath ..
.
Heehehee ya-ya aje I, ntah betul ntah tidak bahasa Arab tu. Yalah pun dah lama berdekad2, surely tak ingat lagi bait2nya tapi syukur I masih ingat doa Iftitah. Alhamdulilllah ...
.
Happy birthday to Ngah .. Love you and thank you very much sebab pernah jaga my well being satu ketika dulu. May Allah bless you.

6 comments:

Cik Som said...

Kak som tak rasa sebak ker masa baca card tu... very sweettttt... Wonder if satu hari nanti I pun dapat card macam tu? ekekeke. Iman, hani and sarah kecil lagi.. Nak tulis nama sendiri pun belum reti lagi... :D

Oo yer.. kumpulan berzanji tu, datang pakai boria sekali ker? Sebab my mum and kumpulan dia.. ada uniform you.. siap mcm-mcm kaler, ikut theme yang ditetapkan tuan rumah.. mcm-mcm aktiviti mengisi masa lapang..

somuffins said...

CikSom.. (bila nak bitau camana nama you sedemikian bunyinya?? hehe).
Pasal kad tu, sebak gak (sebab ianya dtg dari kacamata lain dari keluarga sendiri); tapi oleh kerana dak tu degil, org kata jgn kasi, nak kasi jugak, maka my sebakness tak berapa menjadi.. but all the same, I appreciate the thought/effort very much.
Kumpulan berzanji tu kaan, memang komain lagi. Memang sedondon habis nasib baik kaler baju diorang tidak menyakitkan mata cam baju2 boria.

kak ja said...

I ingat lg, tecik2 dulu, Tok Guru I ajaq marhaban.. I main miming je.. mulut bukak punya luas, suara langsung tak keluaq!!

Cik Som, I dgn ini 'melantik' u jd anak angkat I.. Bday I tak jauh dah.. I tunggu bday card u.. I nak sejibik mcm yg u dpt ni gak!!

somuffins said...

Ja, boleh aje kasi kad cam tu. You nak berapa? I boleh fotostetkan, pastu I boleh rona-roni makaronikan. You nak rona apa? Ada tema tertentu ke?
Harap2 I dpt benefit ber'emak angkat'kan you. Hehe.. beshhh..

dina said...

Happy Belated Birthday kak, semoga panjang umur murah rezeki dan jodoh berkekalan dengan Tuan Besar...

somuffins said...

Dina, tq. Senyum I bila you tulis 'tuan besar' tu, hehehe..