Wednesday, 8 July 2009

CikJam, itik, angsa dan anj..

Pagi2 lagi dah hantar sms to Ndja, my sister yang kat Sban tu. Maklumlah hari ni harijadi dia. Kalau bukan harijadi dia, atau bukan juga harijadi I, kita tak dulik pun, bila2 teragak nak hantar sms kita hantar. Umur dia berapa tahun? hehe, kalau beri dia kek sepan sepaun, maka penuhlah kek tu dengan lilin2, kekdahnya. Muai dan meriah. In terms of banyaknya lilin atas kek dia, I tak berapa nak jeles sebab perbezaannya tak ketara, plus or minus, lebih kurang aje dengan I punya.

Jap eh, nak matikan api dapur kejap. My kuah mee hailam baru jer siap .. Nak celur mee pulak.
.

Gelap sikit almaklum dibawah cahaya neon ... (I tak blame my HP, kesian dia)

Berbalik pada my kakak tu, I syukur sangat2 I ada kakak cam dia (dan 3 yang lain), tapi tak ketahui pulak samada dia (dan 3 yang lain) juga bersyukur dapat adik cam I yang sentiasa ditiup angin bayu, fuuuh, fuuh.. Dia banyak sikap terpuji tapi I tak nak puji dia nanti bertambah2lah kembang semangkoknya. I kembang dia kembang, kenotlah! I nak reminiscing aje ...

Masa kecik2 dulu Bak & PakMok ajak kitorang berpiknik dan mandi manda di pantai Lido. Semua orang mesti mandi laut atau lebih tepat mesti berendam dalam air. M, K and I were excited nak tenggelamkan kepala dalam air. Common sense will tell us kepit hidung dengan dua jari dulu barulah tenggelamkan kepala dalam air, kan? Nampaknya Ndja dah tersilap teknik. Tenggelam kepala dulu baru kepit hidung. Menjerit2lah dia, air pun masuk dalam hidung. Maka tamatlah riwayat Mark Spitz wannabe.. (female version).

Iklan: Tuan besar gave a thumb-up to my mee hailam.. haha.. mesti ada apa2 tu..

Masa Ndja darjah 3, I darjah 1 (dah hint tadi, lilin atas kek dia tak banyak beza dengan I punya), kita sama2 jalan kaki ke sekolah samada ikut jalan pintas merentas semak belakang rumah jiran atau pun ikut jalan tar.

Ikut jalan tar cabarannya ialah anjing dan manusia halus bernama CikJam. Dalam pada tu terdapat juga satu kelebihan, nanti I cerita.

Ikut jalan pintas kena berdepan dengan 2 itik dan 2 angsa, kepunyaan siTipah. Gilerr you.. kitorang kecik aje masa tu, bila itik dan angsa terburu2 menyudu kearah kita, memang tak sempat nak lari tapi selalunya ada aje ahli keluarga Tipah yang tolong jaga trafik, kalau tak ...

Satunya bagus ikut jalan tar, sepatu tak kotor tapi kena berdepan dengan anjing liar. Ndja ni pulak bila nampak anjing, macam nampak rimau; cepat benar panik. Kalau dua2 panik, kita jalan berpegang tangan as if hantar pesanan kat anjing yang kita ni kuat. Bila anjing muncul out of nowhere w'pun tanpa niat menggigit, kita yang sedang perang dingin otomatik jadi baik semula.

Gangguan kedua ikut jalan tar mesti kena lalu rumah CikJam. W'pun dia sama kelas dengan Ndja, badannya amat halus. Satu hari tu ntah apa yang silap between CikJam dgn Ndja, tak pasal2 CikJam pukul I. Dia kata "tak dapat awak kita pukul adik awak". Sejak hari tu, I lebih takut CikJam dari anjing, itik dan angsa. Mana CikJam tu agaknya sekarang?

Apa pulak kelebihan jalan tar selain kasut tak kotor? Masa tu my jiran dan kawasan berdekatan didiami oleh omputih yang kerja kat Woodlands. Setiap pagi kalau 'nasib baik', dapatlah kitorang tonton free show. Free show either a peck on the cheek or on the dot3. Kitorang jeling aje tak nak nampak too obvious pulak.

Bila nak habis berkarya nih? Mata I dah mula pedih2 tapi banyak lagi nak tulis (untuk bahan bacaan G later on. G is Ndja's only son).

Bila free dan ada mood, Umi sambong lagi, ok G?

7 comments:

kak ja said...

Cik Som, citerlah lagi!! I suka!!

Cik Jam tu nama penuhnya apa? Jamilah? Jam Tangan? Jam Dinding? Jambul? (ada satu lagi Jam I nak sebut tp x sampai ati)

I bertanya bknnya apa, kot2 nnt I terjumpa sesaper yg nama Jam, bleh I tanya, "u ni yg dulu berjiran dgn Cik Som? Yg sekelas dgn kakak Cik Som? Yg pernah pukul Cik Som?" Tak sempat dia jwb, I nak bg kepala dia "gedegammmm!!!".. nak tlg balas dendam kat u.. Tp kalau I silap org tu, nasib dia lah, kan? kan kan kan?

*Sekadar hasil daya imaginasi org yg tgh pusing n pening..

Cik Lina said...

nyahatnye cikjam tuuu... kijammm...huhu..

3E said...

Sadiss betulla si CIKJAM tuuu....

Spices of Life said...

mengenai bab anjing kat malaysia , baik liar atau bertuan, memang garang semacam. so funny.. bila u and ur sis serempat anjing.. perang dingin boleh jadi we are the world gitue satu tangan gengam menghadap musuh..
Meehailam tu tak nak ke share resepi.. since ciksom org johor. ahh camner nak buat mee bandung?

somuffins said...

Ja, sebelum you gedegammm cikJam tu, tolonglah gedegammkan siSelkom nih. Dari semalam dia menduga kesabaran I. Hilang daya I nak berkarya, mencii!!
Nama Jam ni nampaknya amat sensitip untuk I, dari dulu hingga sekarang. Anyway, my sis pun tak tau nama sebenar cikJam tu; yg dia tau cikJam memang KakNam.

CikLina/3E, beliau seakan2 Hitler Jr, har3. But I think dia jeles dengan my pony tail, comelnya I ketika itu.. auwww :-)

Azieda, tulah. Blood is thicker than water.. we are the world, hehe. Bab resipi mee Hailam tu, I think lebih baik if you refer resipi dari yang bertauliah. I taknak u menyesal jer. Nanti I cuba carikan resipi yg baek punya, insyaallah.

G'Zain said...

Salam Cik Som,

Wa ingat lu seru wa ahakkksss tersedak sedak wa tau...

somuffins said...

Salam Gee, I pun tersedak-sedak juga taw. Lagilah seksa sebab kuah gulai asam tsruup masuk kat idong.