Friday 17 July 2009

Jumaat yang mulia ...

Pagi lagi I dah mengukur jalan, maklumlah jawatan menteri pengangkutan masih digalas w'pun P.A.S. menang undi. Since jawatan nih bergaji, I mesti jalankan penuh tanggungjawab. Kalau tak bergaji? Kalau tak bergaji, I mogok masak, mogok senyum, mogok nengok tv, mogok basuh baju, mogok cakap dengan kucing, mogok berblogging <-- tapi yang last ni most unlikelylah kan?

Sebelum pergi breakfast, dari SA I balik rumah kejap hantar manikam T so that dia boleh ON washing machine. Dia ONkan aje, tapi kerap juga tetiba servis bertukar tangan dan sedar2 aje, I yang menyidai baju2 tu. Kadang2 I ofer servis menyidai tu memandangkan dia dah rajin melipat dan menyusun baju (siap kasi warning lagi "ambik betul2 eh T dah penat susun"). Warning tu khas untuk D, harus menerusi I supaya D takde peluang nak kata kat T "ala, tu pun kecoh".

Sambil tu I pun bersihkan kumuhan kucing2. Berekor2 tu bila nampak I aje memasing melompat2 ulur tangan ulur kaki. Ulur tangan tu mestilah ada niat apa2 tapi ulur kaki? Bila memasing ulur tangan, I pun happily sambut tangan2 lembut tu. Ada juga yang malas ulur tangan tapi gesel2 kepala kat tepi cage aje. I pun usap2 sekali kepala sekor dua ekor tu. Based on ngiauan, I teka berekor2 tu hepi dapat personal touch cam tu. Bila I mula panggil Pin, I kena juga panggil Put, Tam, Ham, Yam, Gate, Eva/Daud/Gremlin <- 1 cat with 3 names, Tote, Gege, Tin dan Bon. Semua nama kena panggil jangan sekor pun rasa terpinggir. Kesian taw..

I malas sebenarnya tapi terpaksa take over the job bersihkan kucing2 tu bila tuan besar kerja pagi. Lain hari dia in-charge. Rasa penat bila kena alih2kan cage sebab kadang2 ada taik keras tersepit kat celah2 jaring atau in-between. Terpaksa guna alat gardening untuk memenyek2kan taik tu biar leper dan bila dipancut dengan air, senang aje telus dari celah jaring. Haha, tough work kan? Kekadang I membebel juga "apalah korang ni makan, taik macam batu?" tetapi I insaf <- (asyik insap aje) bila terkenang kata2 Bak "bela kucing TAK wajib tapi bila dah bela, wajib beri makan".
On a positive note, maybe nilah salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecik we all; juga jangan kedekut, mesti berkongsi rezeki walaupun dengan haiwan. Wallahualam.

Masa I tengah sibuk dgn kucing2 tu, 2 mat.Bangla singgah dan beri salam - "rumput potong" .. "rumput panjang" tapi I goyang2kan aje tangan tanda tak restu. Pastu sorang lagi datang beri salam. Yes, yang ni I restu sebab dia dah biasa datang dan dia tau apa dia patut buat. Ya pun sebelum ni, dia dah 2-3 kali round2 depan rumah. I beri syarat kat dia "bila kereta ada (kat porch), tak boleh potong rumput". Kebetulan hari ni kereta 'tu' takde kat porch. Strange bila kita fikirkan rezeki seseorang tu, kan? Well.. Allah is Great!

Lepas briefing apa dia perlu buat, I nyatakan sekali upahnya. Hasan kata "saya tade mintaa, kaka kasi juga saya ambi". Sebenarnya I kesian dgn kata2 dia tu kerana beberapa sebab. Ada sesiapa minat nak tau sebabnya? Huh? takde? Takpe, I tak paksa, heheh. Anyway, income dia sebulan >RM2K ..
Dulu kala masa Wak dot2 potong rumput, I siap sediakan air teh-o lagi tapi tak terpikir pulak nak sediakan pada diorang2 nih. Hari ni pertama kali Hassan mintak air sejuk. Kesian pulak kan? So sebotol air sirap cap Kuda menjadi rezekinya pagi nih. I pun intai dia dari celah2 langsir .. wah, hepinya dia menonggak air sirap yang dingin tu disaksikan 12 pasang mata bundar!

Sementara tunggu taman sekangkang kera I siap dibega oleh beliau, T & I pun beransur cari breakfast kat Restoran Ubi.Kayu (sambil melaung: Gee?? lu jangan jeles ok?). T seakan2 kebuluran, sepinggan nasi dagang, paru goreng dan seketul ayam licin. Apa hal budak nih? Takde duit nak makan ke? "T last makan pukul 10 pagi semalam. Malas nak jalan jauh". Hmm, baguslah tu. Bila sakit perut talipon Umi. Kalau masa tu Umi tengah masak, Umi akan tinggalkan semua tu dan terus terbang tanpa kepak ke SA jemput T balik rumah atau bawak ke klinik <-- berleter dalam ati, tu pun sekejap aje sebab depan mata dah ada sepinggan pulut kuning, seketul rendang ayam dan sekeping roti jala.

Janganlah hendaknya ada sesiapa nasihatkan I cam nih "cikSom, you ni dah tak berapa muda, tak elok selalu2 sangat makan pulut. Pulut tu sejuk cikSom, nanti perut you berangin". Lagi pun I masih ada 3/4 kg stok pulut dalam simpanan, takkan nak buang, kan?

Akhir kata, I turut tapau 2 ketul ayam goreng berempah, sebekas pengat ubi, sekotak kecik kismis untuk memintarkan diri dan sekeping lempeng pisang RM2 sekeping. Mahal dan tak sedap angkara taburan kelapa parut. Pantang! I pernah bitau my tong sampah takde CCTV kan? kan?? Heheh..

8 comments:

kak ja said...

"Cik Som, you ni masih muda, eloklah pulun makan pulut sepuas ati. Pulut tu sejuk cikSom, jadi bolehlah menyejukkan darah muda you.."

Sporting kan I? kan kan kan?

CS said...

Ja, you are such a sport! Sangat memahami jiwa berpulut I, heheh. Paling best part 'you ni masih muda'.. Am I in denial? Of course not, kan kan? Alhamdulillah..

G'Zain said...

Salam Cik Som,
Hmm wa bukan aje jelez lu gi Ubi Kayu tapi jeles gak lu pandai masak pulut pauh. Dua mende yang wa tak pernah dan takut nak buat.
1. Nak kukus pulut
2. Nak buat rendang
Takut giler gagal dan yakin gagal so raya wa bantai masak Briani aje..Rendang and kuah kacang wajib untuk raya tapi wa pandai makan aje coz sister wa sponsor itu untung duduk dekat ngan kakak terbela nasib adik bongsu he he he..

Amy said...

Salam Sis,
pergh dgn pulutnya dgn dgn roti jalanya serta rendang ayamnya...huh kenyang tul kan. Haha sdp woo pulut kuning. Pergh!! Basah mulut tgk sume tuh..

CS said...
This comment has been removed by the author.
CS said...

Gee, wa kurang takut nak mencuba sebab wa buat untuk makan sorang2 aje, dan wa buat in a small portion. Really if the result is disastrous, wa hulur kat tong aje. Why not you try buat sikit dulu? Sama ngan kuah kacang n rendang tu. Buat small portion dulu (jgn lupa kasi wa semangkok, ahaks).

Amy, my diet has gone down the drain..

dina said...

kak, makan pulut banyak2 buleh buat awet muda la... akak tengok orang siam makan beras pulut, lembut jek kulit diorang... hehehee...

CS said...

Dina, benarkah bagai dikata? Cam tu, I stok lagi 10kg beras pulut. Thanks for the tip, heheh.