Tuesday, 21 July 2009

Dah keluar tanduk ....

Walaupun asap berkepul2 keluar dari hidung dan telinga menahan kegeraman cik Selkom Brodben punya karenah, I masih tetap jadi manusia normal; belum ada ciri2 pucuk tanduk nak tumbuh. Dugaan, dugaan juga tapi aisayman .. nak cakap kang, buat tambah berat bahu kiri I aje. I sebut 'nak cakap' aje, I tak sebut nak berleter kan? So I acted as cool as a cucumber. I pilih Kyuuri, mentimun Jepun yang rangup tu, boleh? .. cumanya tak ketahuikah beliau bahawasanya jiwa I meronta2 tak dapat berkarya dan bukan mentimun Jepun yang I dambarkan?


kyuuri

Now tibalah masanya I nak menampal & menampal ... dan I nak menaip sampai kibod ni kehabisan dakwat..... hahahahaaa (ketawa puas!)


Ada orang tersangat gembira dapat tengok kaki2 matsaleh menyepak bola yang satu tu. Dan terlebih gembira bila .... heheh, rahsia. Anyway, takdelah kerja I nak bersesak2 cam tu unless .... heheh, juga rahsia. Semalamlah harinya orang tu membelek suratkabar dalam jangka masa yang sangat lama. Kalau tak, cuit pun takmoh. Alahai.. gamat satu kampong kekdahnya!

Pemandangan disatu pagi yang tak berapa pagi diShahAlam. Termangu2 seorang ibu menanti anaknya habis belajar. Diluar tu hujan tersangatlah lebat - 'it rains cats and dogs' gitu. Nasib baik takde guruh atau halilintar membelah bumi, cuma air aje yang turun melimpah2. Alhamdulillah, bersih kereta I.

Dari SJ cuaca elok bebenar but upon reaching SA, tetiba langit gelap .. tik..tik..tik maka turunlah hujan like there's no tomorrow, ohh no! I dah takleh escape, kena lalui jugak. Memanglah tersangat mencabar draib dalam hujan cam tu. Drop T kat biliknya sebab nak salin baju (whylah tak bersiap kat rumah tadi?) then I hantar dia @Menara (ada ke orang pi belajar kat menara? heheh). Terpaksa hantar kesana .. 1. kelas nak mula 2. hari hujan 3. kuyup kalau tunggu bas.

I tak berapa gembira drive dalam kawasan kampus sebab plateaunya yang berbukit bukau tu. T kata "kesian Umi balik draib sensorang, ujan pulak tu. Baik2 draib eh Mi" <- nyaman hati nih dengar kata2 cam tu, tapi sebenarnya .. sebak sebak! <- time tu sebak, now tak :-)

Dalam hujan cam tu maunya I terus balik? Haha.. sungguh tak sesuai so I park kereta kat main entrance aje. Tempat tu selamat takde pokok2 besar berhampiran (elak masuk sokabar front page 'kereta kesayangan seorang ibu dihempap pokok palma dan penumpangnya .....?'). Lagi pun lokasinya agak strategik dekat dengan guard house, so sesaper cuba nak kidnap I ke (ingat takde ke? haha), maka sia2lah percubaan diorang tu nanti :-)

Dalam pada tu mencongak2 camana nak balik? Tu dia! Tak sure nak ikut jalan mana. Setengah jam kat situ, pundi2 dah kasi warning, maklumlah hari sejuk. Bila hujan reda sikit, I patah balik ke bilik T. Apa2 hal, kat situ ada bilik air. Kalau tak kerana hujan, I memang malas nak drive balik keSJ memandangkan kelas T habis pukul 12. Tunggu 2 jam aje, OKlah. Kalau I balik, I kena datang semula sebab dia ada apoinmen dengan dentist kat SJ. Dah tu kan, lepas gi dentist tu, I kena hantar balik keSA, ada praktis hoki pulak. Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ............

Time checked: 1045, 11, 1130, 1140, 12 .. yeayyy! Maka @12.02 "Mi, sori Mi .. kena extend 1 jam lagi". Whaat!??!?? geram nih..

Camana I spent satu jam setengah duk dalam kereta tu? Nyanyi dalam ati "rain rain go away, come again another day", berdoa juga "yaAllah, redakan sikit hujan ni", bongkar2 my handbag, on/off ekon, on/off enjin kereta, pandang kelangit dengan perasaan sayu dan sedih (lagu2 kat radio yang kasi mood cam nih); dan last2 I ada teman untuk berbual pulak ..

I: Tigger, Tigger .. agaknya T sanggup tak tunggu I lelama cam nih?
T: Harap2 dia sanggup. Janganlah pikir yang bukan2.
I: Taklah pikir yang bukan2. Sekali-sekala yang dia temankan I gi Jaiyen, dia mesti tanya "Umi lama ke? nak beli banyak ke? nak beli ikan ke?"
T: Yalah budak2 muda sekarang, cam tulah
I: I pernah muda juga.. lagi muda dari T. Selalu aje I ikut mak pergi pasar. Pasar lecak dan beraroma lagi. Kadang2 pegi naik keta, naik bas, naik pakwancha pun pernah
T: Pakwancha tu apa ek?
I: Pakwancha tu taxi takde lesen, kereta yang rangkanya dah bergoyang2. Ehh.. takmoh cakap pasal pakwanchalah ..
T: Apsal? diorang caj mahal ke? Pernah eksiden ke?
I: Caj murah, 50 sen dah sampai rumah. Eksiden tak pernah tapi huwaaaaahhh sob sob sob, salah satu pakwancha tu langgar itik belaan I. Didik mati bawah tayar dia .... huaaaaa... ;-(

1.30pm Knock .. knock (kat tingkap kereta).

"Terima kasih Mi .. sori Umi tunggu lama" dan beberapa saat kemudian "Miii, singgah Petronas kejap boleh? pastu T boleh singgah kat k-ef-c sekali beli makaroni".

... kehidupan berterusan hingga kemalam .. ada2 aje.. alhamdulillah.

Alamak, dakwat kibod dah pun keringgg ...

10 comments:

Amy said...

Salam sis,
har3 i kan kalo bace u berceloteh mmg bergegar kusi i neh. Har3 sakit perut pon ade time gelak tuh pastu yg bestnya nk terkencing trus. Aih sume org duk komplen psl berukben nih.Apsal la erk problem sgt. Alhamdulillah kt tmpt i ok jek. Laju berdesum kalo bukak tenet. Kang blk msia sure segala binatang akan kuar dr mulot i sbb tenet problem har3..

Sis lg nak buat i terkencing bile tgk tanduk kebao tuh har3 tajam ngn bsr giler. Wakakaa ni kalo betul2 dpn mata harus i igt u keh3. Kuang asam i kan. Ya ampon kak oooi....

Spices of Life said...

jam di hand fon kul 9 pagi.. kekekekekeke ketawa kecik.. hmmm what is so funny, other half tanya.. new entry from somuffins again?
U buat ketawa.. malahan steve ketawa tengok i ketawa.. so today will be another great day for us.

somuffins said...

Salam Amy, u sure kusi aje yang bergegar tu? Yang lain2 tak ke? har3. Tang tanduk tu, u ingat kat I bila tengok pisang tanduk aje, kalau kebao nehi muhabbat :-)

Hi Azieda, Steve pun 'kenal' somuffins ke? hehe.. glemer I.

Spices of Life said...

hehheeehhehe sebab pembaca i sekerat jer..

kak ja said...

See? Saper ckp bila anak sikit, tak ramai, mak2 boleh relax goyang2 kaki? Letihnya lbh kurang je, kan? kan kan kan? Lgpun org yg anak ramai ni x tau, anak2 yg tau maknya anak tak ramai ni, depa demand yg bkn2 drp mak2 depa ni.. Paling depa demand, KESABARAN tahap langit ke tujuh!!

3E said...

wah...somuffins begitu setia jadi peneman anak.....tapi bila difikir2kan balik...adakah anak sanggup tunggu mak pulak....? anyway...i enjoy baca entry u....
bila nak jumpa2 somuffins? i dah jumpa dengan LG dah.....

dina said...

kak, saya sayu part akak menunggu T... kadang2 memang terfikir, adakah anak sanggup lakukan apa yg penah kita lakukan utknya (bkn minta balasan)... sanggup ke bila satu ari nanti kalau ibu dah tua si anak mencuci najis dan kumuhan ibu? sepertimana ibu penah lakukan dulu... huhuhu... sebab anak2 zaman dulu kini dan akan datang tak sama...

somuffins said...

Ja, tepat sekali. SABAR is the word.

3E, on the other hand, pada siapa lagi anak nak bermanja, kan? Sesuai ke word 'manja' diguna dlm keadaan ni?

Dina, soalan you tak mudah dijawab. Nak bayangkan keadaan tu pun rasa takut dan sebak.

Spices of Life said...

CIKSOM sa,
iM here alive and kicking.. knock knock.. ahh jemput masuk laa. driving test tak ambik.. cold feet sebab tak suka fail.. so konon nya sebok belajar road test sampai tak sempat nak blog. al kisah laa.

somuffins said...

Azieda, I ni hibernate kejap. Dgn brodben buat hal, dgn I kelam kabut, dgn I takde mood .. macam2. I'll be back ..