Monday, 13 July 2009

Hmmph.. aaarghh... mmm...

Dari tadi I tenung aje skrin laptop nih. Penat dah mundar mandir dari satu blog ke satu blog namun idea tak juga datang. Yang datang ialah perasaan sedih, sesal, pilu yang amat dan macam2lah yang boleh mengundang tertumpahnya airmata ke bumi. Selalunya memang tak sempat cecah kebumi pun sebab lengan baju lagi dekat.

Dah lama I cuba jauhi dari satu blog tu. Blog pengidap barah. I cuma intai2 dari jauh. She looks happy. She looks well. She looks as though she has conquered her sickness. Alhamdulillah and I am happy for her and her family.

Baru2 ni ntah macam mana I terdorong ke blognya juga. Allahuakbar! Benda yang selama ni I elakkan, I terbaca juga. Selepas beberapa waktu dia sihat walafiat, sekarang ni dia alami a relapse. Untuk penyakit seperti kanser, once a relapse occurs, peluang untuk sembuh seperti sebelumnya memang sukar. Saat yang mendebarkan dan saat yang kacau bilau, bukan hanya pada sipengidap, malah pada seluruh ahli keluarga terdekat. I dapat rasakan anxietynya bila itu berlaku pada keluarga blogger tersebut sebab I sekeluarga pernah alaminya dulu.

Minggu lepas broadband yang dikasihi mengidap virus H1Na <- latest virus. I takdelah nak menjerit2 kegeraman sebab mood berkarya I terputus. I redha dan pasrah dengan dugaan dan ketentuan dariNya (ada unsur bertaubat nih). Setelah melayan perasaan gumbira pergi makan2 menyambut besday Ndja on the 8th, 2 hari berikutnya 9 dan 10 Julai adalah hari untuk I menyedihkan diri dan beramal lebih dari biasa.

Masa tengah bersedih nilah I baca blog pengidap kanser tu yang betul2 buat I kembali ke alam silam. I only read her last two posts. Ni juga sebabnya (untuk pengetahuan Fify) bila I tengok drama kat tv tu I dapat menjiwainya. Segala perasaan pilu, sedih, geram, sakit hati dan hambar semuanya bersatu padu, maka tersangatlah valid tumpahnya airmata suciku ketika itu. Kalau saja2 tengok drama tanpa terbit emosi luaran, takdelah I nak nangis2. Sekadar bergenang2, tu harus :-)
.
Al-kisah ...
.
Mak dan Bak meninggal dunia kerana kanser (lain jenis). Mak alami relapse tapi Bak tidak. Sebelum dibedah Mak dalam keadaan mencemaskan. We all tak pasti Mak boleh bertahan lama tapi dengan kuasa Allah, Mak tiba2 kembali sihat. Setahun Mak dalam keadaan sihat walafiat walaupun dia tak boleh berjalan seperti biasa sebab tulang 'femur' patah sebaik saja dia dibedah.

Selama setahun while recuperating Mak duduk di hospital. Ndja, Chik dan Bak bergilir2 jaga Mak sepenuh masa. Adik beradik yang lain termasuklah I berada di KL. Now and then we all balik ziarah Mak. I tak boleh balik sesuka hati sebab I baru aje kerja dan Bak larang balik selalu2 sebab kata Bak "kerja tu amanah". I dah congak2 nak cuti tanpa gaji sebab nak jaga Mak (macamlah masa tu I ni ekzekutip) tapi tetiba dia sihat walafiat. I pun batalkan niat (yang murni itu).

Lepas setahun barulah Mak teragak nak balik rumah. 1st week at home Mak was in joyous mood tapi semuanya bertukar begitu cepat sekali. Mak takde selera makan, tak nak bercakap dan susah nak tidor cos she was in great pain. Ndja berusaha masakkan dessert kesukaan Mak to boost up her selera tapi Mak jamah sikit aje. Tak lama lepas tu Mak terus koma. Her last word was terima kasih, diucapkan pada Ndja. Doktor dah pun menjangkakan Mak hanya boleh bertahan 2 minggu. Wallahualam.

Pada malam Mak meninggal dunia, I tengah solat Isyak dalam bilik Mak. Selesai saja solat, I dengar Chik dengan cemas panggil Bak, Ndja dan K kebilik, tangan Mak dah mula sejuk. Malam tu kakak2 baru aje berlepas balik ke KL.

Malam tu Chik masak mee PK. Mee PK yang menjadi kesukaan kami sekeluarga tiba2 terasa hambar. Tak tertelan tekak nih. Tiap kali I masak mee PK, mesti teringat malam 10 Julai tu. Pagi nih I masak mee PK untuk bekalkan T balik ke kolej. :-(

Al-Fatihah untuk Mak dan Bak (10th & 9th July respectively).

17 comments:

Amy said...

salam sis,
wah i lak nak nangis bace kisah abt ur mom. Sis be strong yah. I tau ni da lame berlaku tp kalau u tgk or makan or whatever yg bersangkutan yg akan mengingatkan u pd seseorg mmg sedih la kan. Tapi kte kne redha. Al-Fatihah tuk arwah mak u. Smga die tenang disampingNya.. Amin2

Tapi dlm sedih2 i scroll up bace psl broadband kelakar lah pulak. Hik3 kelakar la u sis. Im sure kalo i jmpe u msti i gelak jek. Hik3. jom dating oct nnt??

Mrs Ceriawan said...

Al Fatihah tuk kedua2 arwah..tiba2 terlintas kat kepala..adekah sy dh bersedia nak hadapi kehilangan mcm tu..huhuhu..

Spices of Life said...

al fatihah to both of your parents. I cant say no more but to thank you for sharing a very emotional turmoil of your life. I still have my parents around, alhamdulilah but I cant loose them as now. I want them to be around forever.
once again , thank you for sharing.

dina said...

alfatihah untuk kedua2nya. sedih lak saya baca, tapi serius nak tahu, mi PK tu mi apa, sejak dapat baca blog ni, saya baca dari mula ada je mi PK ni? mi fikir2 ke?

kak ja said...

Alfatihah utk ur Mak n Bak, Cik Som..

Tersentuh membaca n3 u kali ni.. Sebak.. Tp kelemahan I, Cik Som.. tak pandai nak mempamerkan kesedihan dgn airmata..

Mebi utk releasekan kesedihan u, u boleh bagi resipi mee PK tu..

somuffins said...

Amy, thanks. I ni kan, bila virus sedih melanda, sambil tongeng2 bukak esbok nak cari sayur pun I boleh nangis. Maka I taulah betapa buruknya wajah I ketika itu (tengok muka pada sudu, heheh). Patutkah kita berjumpa2an? I ni pemalu orangnya dan sangatlah pendiam (betul tak tipu). I pun heran mana datangnya part kelakar tu? Gaknya, you yang kelakar tak Amy? Hahahah.. but just between you and I, ada satu kelompok manusia pernah kasi I 'award kelakar'. Kelakar kan?

somuffins said...

Mrs CW .. masa I berdepan dengan saat2 kesedihan tu, I rasa I boleh aje tahan apa2 dugaan yang mendatang, namun itu tidak berlaku. Kita ni lemah.. dan ramai yang kita sayang. Untuk setiap pengalaman duka contohnya bila mak meninggal, pastu bapa .. pastu mmm (takut nak sebut), perasaan tu walaupun SEDIH dan MERUNTUN, namun tahapnya berlainan. I hope you dpt gambarkan maksud I ni ..

somuffins said...

Thanks Azieda. I cuma ceritakan sikit aje tu but the actual experience was OMG! Parting seems to be the hardest act.

Thanks Dina n Ja ..
You berdua curious pasal mee PK tu ke? Mee PK tu macam bihun goreng biasa tapi mana datangnya tulah yang menjadi igauan.. (ejaan igauan bila kita balik2kan boleh jadi iguana you, hehe, kreatipnya I). Nanti I bukak satu post pasal mee PK tu k?

Cik Lina said...

Kenangan ciksom lebih kurang cam wa jugak. Wa tgh sibuk prepare nak jadik host open house utk family belah cik nan, dpt call bertalu2 pasal ayah masuk hospital. Nak potong timun pon menggeletar, last2 wa balik jugak ke kampung. Mak tak bagi balik sbb nengok ayah cam dah ok. On teh way balik, terima panggilan kata ayah dah meninggal. Since then wa tak mau lagi buat open house. Teringat tangan wa menggeletar, hati tak tenang, tahan menangis.

Alfatihah utk Allahyarham Ishak bin Yunus. Semoga amal jariah & ibadat ayah diterima Allah swt. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aminn...

somuffins said...

CikLina, sedih kan? Mesti sampai sekarang pun bila lu potong timun, masih teringat kejadian hari tu, kan? Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. Amin.

Cik Lina said...

ye Cik Som.. Amin ya rabbal alamin..

Spices of Life said...

parting is so hard. as for me tiap kali parting kat klia cam drama hindu top rate.. i menangis u sehingga polis jaga gate tangga turun escalator nak ke imm sepi and sedih.. i gropped my mom and dad. my anak pun sedih teresak esak.. we just dont know when we can see each other next.. ):

somuffins said...

Azieda, I can imagine camana keadaan u all masa tu, but at the same time rasa nak hehehehe pulak. Kelakor!

G'Zain said...

Salam Cik Som,
Air mata wa terhambur, I know how u feel. Wa harap lu terus tabah. Al Fatihah for your parent..

somuffins said...

Thanks Gee but u take it easy ok? Dugaan yg lepas tu, masih kekal diminda, dan yang mendatang lagilah banyak tak terkira. Semoga kita semua tabah. Amin.

Spices of Life said...

hahahhaahahaha memang sedih but to my family dah buat bab lucu at the dinner table talk.. my dad selalu refer me as lucy ball. oh well.
oh yes why cant i read your jumaAT hari yg mulia... hmmmm geram nya.. i saw the intro kat my reaDIng list tapi bila click tak de pulak.

somuffins said...

Azieda, Lucy is hilarious kan?

Oit, janganlah gerrrram. It was due to some technical errors. Hehehe.. sometimes I can do magic; kejap ada kejap takde.