Thursday, 30 July 2009

... helelem ria ruil ...

Tulah kan? Kata2 yang kita ucap serupa doa. Orang Melayu pulak kata "mulut masin" w'pun masa berkata tu gigi dah siap bersih diberus dan digilap. Nilah yang terjadi kat I which pada mulanya nak berjenaka rama dengan CikSom Jr bila I balas komennya pagi tadi at 10.02am . CikSom.. alamak..alamak.. boleh tak I kata chef tu kensel kelas masak tu? :-)Dah mula terasa earth tremor..

Baru jer dapat sms dari Mr Teng dari kelas memasak; dia in-charge of students registration <- cewah macam nak masuk unibersiti Glasgow jer. Dia kata apa taw ?? . Dear Kelly <- saja tulis nama glamer nih untuk mengingati zaman cute I dulu. Jangan meluat tapi teruskan baca ok? Due to power shut down by Ti-En-Bi to carry out repair this Sat 1/8, our shop will be closed n baking classes has to be cancelled. Sorry for any inconvenience caused - 9.05pm.

Inconvenience caused? Huwaaah .. I memang nak nangish. For the first time in my life, I am looking forward to real STUDY <- baca resipi pun study gak kan? *deep sigh*. Tuan besar tak suka dengar I mengeluh tapi proses mengeluh ada baiknya juga. Tak percaya, tanya Inahar dan MamaDiny <- moga2 both of them tak kata "you ni merepeklah cikSom".
.
I explain kat tuan besar "mengeluh adalah tafsiran kata2 yang tak terucap" tapi dia tak pulak komen apa2 sebab masa tu dia tengah berhempas pulas menggosok baju n pants kerja. Too engrossed menggosok kot? Mesti tekun so that the lines kat pants tu tak berdabel trebel pulak. 'Side' mesti sempurna.
.
BTW, tentang menggosok baju suami nih, I mesti puji isteri2 mithali yang take real trouble gosokkan baju hubby (macam Amy Germany yang gigih tu, auww) . Sejak mula kawin sampailah sekarang dah bercucu cicit <- bbpj - tugasan I tidak termasuk menggosok baju tuan besar. MOU dah dimeterai dari dulu, so tak eloklah I mungkir janji atau sesuka hati batalkan MOU tu, betul tak?
.
Ada lagi satu yang I tak buat, heheh <- cam megah pulak dah? Bila nak jenjalan esp balik raya, dia sendiri pack n unpack baju. Isn't it marvellous? a.t.a.u. rugikah dia beristerikan I yang kurang rajin nih? Wallahualam. . Diharap kawan2 alam maya tak hampa atau keciwa dengan I (ya2 aje I nih) sebab tak dapat share kuih muih yang macam sedap aje bunyinya tu. Apapun, silalah jamu mata ...

Cream puffs with custard sauce fillings

Cream scones with blueberry jam

Eclairs

Green Tea Buns
.
Cream puffs: Pernah buat sekali masa Form 5 dulu. Masa tu bulan puasa dan keputusan cream puffs kurang memberangsangkan. Geram aje nak rasa walhal berbuka lambat lagi. Masa tu kan, my abang yang curang tu tak puasa (YaAllah, ampunkan dosa aruah) so I macam suka aje dia tak puasa (selfish I kan?) terus I sogokkan krimpaf tu sembunyik belakang pintu bilik. Kalau Bak or Mak tau, mam*** I. I juga tak ingat apa feedbacknya samada sedap/tak sedap.
.
Cream scones: Tersangat ingin nak buat scones nih. Hari tu makan kat Tea.Pot macam pelahap jer. I ni kan gila dengan dessert omputih cam nih. Influence dari kecik akibat baca Women's World/Women's Own - recipe section.
.
Eclairs: Juga tersangat ingin nak cuba yang nih. Choux pastry .. pernah tengok Long buat dulu kala. 1st time makan nih memanglah I teruja. Zaman kita kecik adalah zaman penuh kehairanan dan kejakunan. Lama dah tengok dalam majalah tetiba ada depan mata .. tak ke I excited? Tak ke? heheh. Majidee Cafe was the place. Tak tau ada lagi tak cafe tu.. Kat cafe ni juga I dicemburukan dengan cupcakes kupu2 ... bau roti yang baru dibakar ... ooh, syahdunya bau tu!!
.
Green Tea Buns: Yang ni kurang heran sebab I dah ... (bercakap sambil tutup mulut) terrer! Banyak kisah suka duka I dengan roti moti nih.
.
Patut tak I ngecek bread maker dari tuan besar sempena besdaynya yang akan menjelang? Tapikan, betapa banyaknya pahala kita bila kita menguli tepung sambil disertai selawat berkali2. Sunah Nabi saw.

9 comments:

Spices of Life said...

memang masin mulut ni bila ckp jadi nyata esp benda yg tidak kita ingini.. tapi bila ckp benda yg kita suka like... terhempas duit dua juta rgt kat riba kita ... tak pernah berlaku.. terhempas cawan kopi panas kat riba kita ada laa..
ohh i can feel your pain. i know u were looking so the forward the cooking class. I hope ur class resumes balik and soon u be masak dgn chef wan.,,,,di kaca tv malaysia

kak ja said...

Berdosa besaq tau, pepagi buta Jumaat yg mulia ni, u menggoda napsu serakah I dgn makanan yg boleh melemahkan iman I yg tak penah kuat nih..

Tok Ketua iron baju seluaq tak cantik.. Kekok semcm dia dgn iron, rimas I tgok org left-handed ni buat keje..

Jgnlah mintak breadmaker kat Tuan Besaq.. kurang peluang u nak buat pahala.. Mintak je Jaguar ke sebijik dua..

dina said...

rajin Tuan Besar ye kak, meringankan bebanan kerja rumah si isteri... aduyai! Cream puff tu memang saya suka, kat PJ Oldtwn ni ada kedai roti yang buat creampuff yg sgt2 best... nak2nya creampuff durian dia... makan sekotak (sekotak ada 5bijik) nak lagi sekotak...

3E said...

Wah....bertuahnya u somuffins sbb u punya TB gosok baju sendiri dan pack and unpack baju sendiri....waaaa...i pulak since kawen....(this 31 August..cukup 6 thn kawen..) my hubby tak pernah la nak buat tu semua....fyi, baju kerja pun I yg siapkan bersama2 dengan stokin dan underware gitu.......rasanya kalau my hubby buat semua tu sendiri...buang tebiat kuts....

Anyway...i hope that ur baking class akan diadakan balik yea....
nanti boleh la u jamu I dengan that foods....

somuffins said...

Azieda, apa kata mintak terhempas 50K dulu? hehe..
I? masak dgn ChefWan n masuk tv? Nak dgn Nigella, can or not?

Ja, napsu serakah tu napsu makan ke? Bukan napsu dot3 tu ke?
Breadmaker tu untuk buatkan tuan besaq roti kesukaan dia yg ada kismis bagai tu.
*whisper* J-gua punya rona silver.
Lama dah dia belikan, nak tengok x?

Dina, bolehlah dipuji sekati dua kati, hehe. Alhamdulillah.
Cream puffs sedap kat PJ OldTown? Kat sebelah mana tu Dina?

3E, I memang hepi dia take care buat kerja2 tu. Life is such, kita dapat ni, kita tak dapat tu. Kena syukur selalu.

Spices of Life said...

Sure CAN.....with nigella. ala si manis pemasak hebat dari britain. you ada separate show specialising asian cooking and cream puff under her rights. pee wwwit gitu.

somuffins said...

Haha..peewit jgn tak peewiit.. Jadi assistant Nigella pun OK gak. Kopek kulut udang, kulit bawang dan basuh pinggan. Pastu dpt makan sedaps..nyum.

Uncle Lee said...

Hello Somuffins, hari raya coming soon?
I lost touch about all these festive seasons here.
Oh ya, I love creampuffs, can easy polish off 7 with iced coffee, ha ha.
You have a nice day, Lee.

somuffins said...

Hi Lee, yup hari raya is round the corner. I am dreaming of some new bling bling see-through kebaya.. hahaha... wishful thinking here..