Tuesday 14 July 2009

Pulut masuk mulut..

Wah! mempersonakan...

Petik dari kedai


Tak pernah terfikir I larat dan rajin dan 'sangat pandai' buat kueh ni.. hahaha .. At last, takdelah meleleh air liur anak ...... tekak I. Maka malam ni at 1045pm I indulge myself with Pulut Pauh (nama mengikut resipi) which in Thai it's called Thom Thrart Thaat <-- sebutan untuk Thaat biar panjang sikit, ok?

Hehe, susah nak sebut ke? Kalau susah, cuba sebut yang nih pulak -> Khao Neow Mamuang. Ni nama sebenarnya ... yang memula2 tadi I reka sendiwi.

Sesiapa berhajatkan resipi, jangan segan silu meminta, cumanya I tak ikut resipi sebenar sebab resipi kata 1 kg pulut tapi I guna 1 pot rice cooker yang secoet tu aje. Selebihnya ikut firasat main agak2. Since my kitchen takde CCTV, I taklah rasa risau kalau masakan tu disaster ke, kena marah dengan TB @ tuan besar ke. Takkan tong sampah nak mengadu kot? Dia pun takde CCTV. Selamat I.


Sejak I sebut2 mee PK dalam banyak post (eh.. banyak ke?), ada jugalah kira2 100, 200 orang bertanyakan asal usul atau apa makna PK yang I padankan dengan mee itu. Terima kasih pada yang bertanya.

Al-kisah ...

Terdapat 2 jenis mee fevret kitorang adik-beradik sejak dulu.
1. mee PK ... 2. mee KP.
Nota: Anda tak silap membaca. Memang wujud mee PK dan mee KP.

Satu malam my Bak n Mak menziarah kawan lamanya kat Pandan, JB. Mereka dijamu bihun goreng. Balik dari sana diorang pun bercerita tentang kesedapan mee tu kat we all (the last 4 siblings). Soon after that Mak pun masak mee tu (malam tu semestinya Mak or Bak dah ngecek resipi, kan kan?). Since then terciptalah nama bihun goreng tu sebagai mee Pak Kassim (memang beliau yang memasak).

Nak cerita sikit pasal Pak Kassim tu. Gaya dia very English or Scottish kot? Smartly dressed, suka pakai seluar pendek, pakai stokin hingga kebetis, pakai beret dan hisap paip <- bukan paip air as in pili air ok? hahaha... paip yang ada tembakau tu ler. Handsome man. Cara pakaian macam Duke of Edinburgh cuma dia tak pakai 'Kilt' aje. Hohoho..., pakai kilt kalu, datang angin topan tiup kencang, bahaya O!

Mee KP derived dari nama my kakak ipar, Kak Piah. Nama dalam surat beranak Sofia. Sedap nama dia, kan? Tapi bila jadi Piah, macam dah tak sedap pulak. So dari saat ni I akan glamourisekan nama dia as Pia <- bukan Pia Zadora yang oolala tu ok? Mee KP guna spaghetti juga. Orang Perak & Johor bertemu jodoh (spaghetti dan spaghetti, almaklum laksa Johor pun guna spaghetti, kan?).

Hingga berjumpa lagi ... (sebenarnya I belum habis berkarya lagi. I tak elaborate pasal resipinya lagi, kan? Tapi perut rasa semacam pulak dah.. mesti pulut pauh punya hal nih).

TERKILAN: Bab 100-200 orang yang bertanya tu, heheh.. sebenarnya hanya 2 orang aje pun ie Ja dan Dina (tapi mana tau ada 300 orang yang curious nak tau tapi malu bertanya, kan?). Salam mesra ..

10 comments:

Spices of Life said...

i was also curious but i thought Pk stands for fikir.. cam when i goreng mee or meehoon i akan fikir apa bahan ada di fridge to goreng mee . rupa rupa nya mee pak kassim.. so cute..
ok what is the main ingredient there? care to share?

dina said...

hahaha... gitu ke jawapannya kak...mati2 saya ingat mi fikir2 tu jadik mi pk... hahaha... TQ untuk penjelasan tu.

CL said...

Cik Som, makan mangga ngan pulut eh? Nak citer ni, first time wa nengok makanan ni masa kat Perlis in 1996 tak silap. Masa tu baktisiswa. Kena plak time program tu musim buah mangga. Perlis kan femes pasal mangga harumanis, mmg kenduri mangga la kitorg. Yg wa memula tak leh terima, org kampung paksa makan mangga ngan pulut. Wa mcm org bodoh jek sbb first time jumpa. Member2 ckp, bukan ngan mangga je, ngan durian pun sedap gak...

Lagi satu, kat Perlis gak ni, mak angkat wa buat salad guna kulit putih tembikai. huhuhuhu.... pengalaman.... best sungguh...

CL said...

nak tambah, salad tu makan ngan nasik.. tapi diorg tak panggil salad laaaa... patah nama resipi tu...

atuk wa punye resipi, timun dipotong halus, letak garam sikit, gila sikit & gaul ngan sos tomato & air... hmmmm.... slurrp slurrp dia makan ngan nasik...

CS said...

Azieda/Dina .. hehe. Make sense PK jadi pikir, kan? (as for the recipe, nanti I bitau later, eh?)

CikLina, memula wa pun heran makan pulut dgn mangga. Mcm tak in sync kan? Makan pulut dgn durian, wa dpt A1, auwww.
Resipi timun, garam, gula n sos tomato tu makan dgn nasi putih kah? Waah, cant imagine but sounds like good appetizer jer.

3E said...

Somuffins...akhirnya terbongkar sudah rahsia mee PK dan KP tu yea. I pun tertanya2 la mee apa PK dan KP tu....

kak ja said...

Cik Som, I tak gemar mkn (actlly tak pandai menikmati kot) pulut dgn buah apa2 pun.. Tp sesekali nak pekena tu boleh je I menyeportingkan diri I mengikut selera org lain.. Tp jgn hrplah I nak mkn bnyk, ckp setakat meraikan teman semeja.. And my anak bujang dr kecik tak suka pulut sbb dia kata pulut tu mcm nasik yg sgtlah dia memusuhi masa kecik dulu..

U tatau, Cik Som.. Yg lagi 98-198 org tu ada antaq email kat I, suruh I mendesak u bg resipi mee2 tu.. Depa bkn malu nak tanya, tp malu kalau u tak jwb... I jugak yg jd muka tak malunya.. hehehe..

CS said...

3E, gitulah cerita ceritutnya. I ni banyak simpan rohsia tau :-)

Ja, I tak tau hingga kini that I like pulut. Hendak2nya pulut kuning yg baru dimasak oooooh sungguhlah .. am speechless of its sight. Pulut makan dgn mangga ni pun tetiba jer ngidam. Since I ni berdikari orangnya (auwww); maka I cuba masak benda alah tu secara kecil2an (gitu), afterall I sorang aje yg makan. I rajin kankankan???
Saperlah 98-198 org yg rajin anta email kat u tu? You bitau diorang yg I ni mengamalkan open door policy tak? I ni approachable w'pun angin bayu sering bertiup dari arah kiri kanan atas dan bawah (auwww tersingkap kainku).

Unknown said...

Resepi pulut ngan mangga tu kekal resepi kat dalam buku resepi yang dibeli masa pesta buku last year.. kekeke. kalau ikut buku, masak pati santan n tuangkan kuahnya masa menikmati pulut dan mangga tu. Pulut+durian adalah pencuci mulut rasmi di rumah MIL. Tapi, sampai sekarang, selepas 5 tahun join family mereka, masih tak boleh "pergi" menu itu. Mungkin kiter tak cukup adventurous kot.. untuk mencuba benda baru. hehehehe

CS said...

CikSom, I think buku tu mesti meronta2 mintak dibelai2 :-)
Ya betul, masa nak makan pulut n mangga, kuah santan dituang sekali (u perasan tak kat gambar pulut pauh I tu ada kuah santan? hehe, for once I follow instruction).
Pulut+serawa durian? nyam2. You mesti adventurous Cik Som if not kita 'tak kembor kang' :-)