Friday 3 July 2009

Serimuka SeriWajah ...


Nasib baik takde siapa belikan I besday kek (haha, macam ada?). Bukan apa, I tak kuasalah nak tiup lilin yang berpuluh2 atas kek tu. Lagi banyak lilin lagi meriah tapi buatnya D&T berpakat dengan cina kedai kek nak dengkikan I, how? I ni punyalah beriya2 tiup lilin yang banyak tu, tersembur2 sampai nak putus nyawa, rupa2nya lilin tu jenis lilin yang tak nyah api bila ditiup. Kesian I..

So dengan bijaksananya I ambik langkah selamat buat kuih sendiri takyah lilin2 maka jadilah kuih SERIMUKA pengganti besday kek. Dah lama idamkan serimuka perisa gula Melaka tapi pendamkan aje hasrat, akhirnya buat juga. Adunan tak ikut resipi pakai hentam aje tu sebab kurang lemak. I buat kuih tu anggaran untuk seorang tapi boleh dimakan berhari2. Apa maknanya tu? hahaha ..

I saja buat serimuka dengan harapan seri dari kuih tu beralih ke muka I. Berjayakah I?

Semalam I temankan T beli henfon. Aduhai letihnya .. lepas satu kedai kesatu kedai ditinjaunya, balik semua kekedai asal pastu pusing2 lagi. I perhatikan penuh lesu bila T dan Cina kedai ber Q&A. Lesu sebab I tak tau apa yang diorang cakapkan. Diorang tak guna banyak perkataan malah diorang sebut abjad dan angka eg W705, W995 dan macam2lah. Impressed juga dengan bakat T tu, adakah cita2nya nak bukak kedai jual henfon? haha..


Malam sebelumnya T check internet for the latest model etc.. Dengan ceria dia melapurkan "T dah ada 6 calon". I pun kata "T kalau nak kawin, make sure bitau Umi mana satu yang T betul2 berkenan tau. Siapa yang datang meminang dulu, Umi terima". T pun ala2 terperanjat what's-the-matter-dengan-Umi-nih? Tetiba cakap meminang pulak? "Mi, beli henfon takde kena mengena dengan meminang Mi". I pun kata "T tak boleh guna 'calon' untuk pilihan henfon tapi untuk bakal suami, boleh".

Anyway, something is not right, how come besday girl tak dapat hadiah? Dahlah tak dapat hadiah, I kena top-up some more on top of the $$ yang tuan besar beri. Oleh kerana T was adamant nak model tu juga maka dah over-budget jadinya. Dia sanggup bayar the difference tapi tak bawak $. Kesian punya pasal, I bayarkan dulu "balik nanti jangan lupa tau".

OTW home T kata "Timakasih Mi tapi kesian Umi .. besday Umi, T pulak yang dapat hadiah. Takperlah hadiah besday T in advance eh eh?". Pandainya dia merancang 3 months in advance. I usik lagi "jangan lupa bayar ye?".

Petang semalam I dapat surat, dalamnya ada RM20 voucher redeem kat Jaiyen. Petang tadi I terima satu lagi surat dari LHDN. Apa halnya, dah 15 tahun kami saling tak bertegur saper tapi tiba2 eiii, what a surprise!

Alhamdulillah.

No comments: