Friday 12 February 2010

Al-kisah

Dah 3 hari I tak menghantar kisah .. tak sangka windu pulak dengan Al-kisah yang banyak kisah tapi tak terkisah sebab lately I dah macam tak kisah gara2 bermacam kisah yang terjadi. Nampak aje macam tak kisah, tapi pada hakikatnya I amat kisah dan masih bersemangat agar Al-kisah terus berada dipersada siber (jap, nak senyum jap), dengan nukilan berbagai kisah kedada Al-kisah. Tak kisahlah kalau takde siapa kisah samada Al-kisah masih perlu dikisahkan lagi atau biar aje terkubur layu ... mati sebelum waktu ...

Phewh.. sekali sekala jadi ngeong2 cam tu OK gak tapi sebenarnya *sigh*

Salam untuk semua kawan2 dipagi Jumaat yang mulia nih.

Tarik nafas panjang .. 123 .. lepaskan pelan2 123 .. buat lagi .. inhale .. exhale ...

Inhale exhale .. nikmat tak terkira dari Allah untuk kita semua. Bayangkan semasa kita tarik nafas diiringi rasa sakit dengan nafas yang tersekat2. I cuba bayangkan I berada ditempat tu ..

Ada ketikanya satu2 musibah tidak berlaku pada diri sendiri atau pada keluarga kita tapi ia berlaku pada sahabat2 yang kita amat sayangi. Kalau itu tidak menginsafkan kita, tak taulah apa nak dikatakan lagi.

Kalaulah manusia ada kuasa putarkan waktu tapi malangnya takda. Manusia hanya mampu berdoa, ikhtiar dan tawakkal.

p/s: tiba2 naluri bertukar perisa pulak .. ingatkan nak bersendaloka tadi .. tapi ...

16 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

baca Tazkirah you pagi ni, I rasa sebak pulak.. banyaknya nikmat yang diturunkan olehNya, kita tetap mengeluh dek ujian yang setitik... aduhai...

Ibu n Abah said...

kakcik,
saja awal ker?
nak lumba yer...
saya dapat nombor 2...
adui... sakit jantungku...
berpinar pandangan mataku....

kak som,
kalau al-kisah tak da
i kisah.....

Kakcik Seroja said...

Dik Mah..

hehehe.. disebabkan hari ni dapur sendiri tak berasap, sajalah suka nak mengintai dapur orang lain.. tu yang pantang nampak pintu terbuka.. main serbu je...

you tak kisah kan CS? :)

PUTUBAMBU said...

tapikan...
kitorang kisah kalau akak tak kisah nak berkisah...

azieazah said...

Syukur alhamdulillahhhh....

akhirnya ada juga kisah baru dari Makcik Berkisah kita nihhh...:)

Terimakasih Kak SOM...

*ppstttt.. pandai tak buat Bubur Som-Som? Ahaks!

Queenie said...

hehehe....
ADA AKU KISAH? harharhar...

oops salam pagi Jumaat to you too..

Queenie said...

pssst....bubur som-som?
suruh dia tanam daun kesom dulu!
huar3..

CS said...

Salam :-) - jawab ikut turutan..

KakCik, tak semena2 I bertazkirah pulak, tetiba emosi mengetuk2 pintu hati :-)


Akak, I kisah kalau kesihatan you terganggu tiap kali masuk kesini. Taknak you sakit jantung dan asyik mata berpinar nanti tuan doktor K blame I plak ;-) but all the same tq sbb you kisah tentang kekisahan I, hehe.


KakCik, pintu dapur dan segala pintu terbukak luas untuk dibolos, hehe. You are welcome anytime.


Putubambu, kita kisah mengisahi k? tq.


Azie, orang yg berkisah ni termasuk dlm kategori bizibodi tak? Tak kan?kan?kan?
Bubur SomSom? Kita sukerrrr tapi seumur idop baru 100 kali buat (100 tolak 99 ok? har3)


QJ, terlampau tak kisah hingga you tersasyul .. dah ptg mana lak pagi lagi? Nih, dah mandi lum??
Tanam daun kesom pastu boleh tumbuh bubur somsom ka??? Yeayyy... nanti I cuba k? Thanks for the tip!

3E said...

Salam Jumaat buat Aunty Som dan para pengomen semua....

mudah-mudahan kita bersyukur dgn apa yang ada kat kita dan selalu2 la bermuhasabah diri sendiri...amin

FaAtip said...

You KISAH tak kalau I tak KISAH? Kalau you KISAH, I kenalah KISAH. Sebab kalau I tak KISAH bila you KISAH yang I ni tak KISAH, kesian pulak. Okaylah I KISAH lah. kihkihkih......

Anonymous said...

al kasih pada al kisah, maka janganlah tak kisah. :)

CS said...

3E, amin. Tq juga.

Fa, I kisah bila you buat I konpius tapi I buat2 tak kisah sebab POSLAJU dah menceriakan I hari ni, ehem..


Eleena, memang tak boleh tak kisah sebab I memang jenis yang ambil kisah..

Begitulah Al-kisahnya ...

ain said...

salam jumaat kak CS!!! suka baca kisah akak hari ni. ingat mengingati tentang musibah!!! kalau tak belajar drp musibah yg menimpa, tak tau lah nk ckp aper!!!

CS said...

Ain, waalaikumsalam. Sama2lah kita ingat mengingati diantara satu saama lain ... cewah!

kak ja said...

Actlly semlm I dah baca n3 u ni.. Tetiba ada hal, tak dan nak mengomen..

Dan ari ni I tatau plak apa yg patut I komen.. I mmg mcm tu, bila keinsafan menjenguk ati, I lbh suka berdiam diri..

Sepi itu indah.. cewaaaahhhhh!!

CS said...

Ja, pulak2 tu hati dah sejuk dek sebungkus nasi lemak, kan kan kan? Auwww..