
Dah seminggu sejak balik dari Ja-Saint (googlelaa.. JS memang tak jauh dari LA) keadaan perut masih meragam. Bajet sekali sehari tak cukup, mau 2-3 kali berulang alik, penat taw. Semalam cam tu juga so bila tetiba demam, I cepat aje buat pengumuman bisu pada pots n pans, suruh diorang berihat aje. T volunteer belikan ayam kolonel (peluang untuk dia beli egg tart sebenarnya). Hari nih kesihatan 95% cerah kembali, alhamdulillah.
Cerita minggu lepas semasa di Ja-Saint:
Hari pertama ialah majlis nikah. Siang dan malam kita dijamu lauk2 kampong masakan chef tersohor, Mdm Rubi. Lauk paling yummy ialah kari dagingnya yang wangi hasil rempah yang dibuat sendiri serta lauk masak lemak betik muda dan cendawan tekukur belakang rumah.
Hari kedua berlangsungnya majlis resepsi. Rasa seronok sebab nak pakai baju batik sedondon ala boria, heheh. Sepatutnya kuncu2 makan semeja tapi tak menjadi sebab masing2 sibuk dengan tugasan melayan tetamu. Somehow I terpaksa makan dulu dalam keadaan tak selesa sebab menemankan MakJah (MJ okay??).
MJ ialah jiran sebelah rumah. Usianya dah lanjut dan dah mula lupa2 namun dalam terketar2 tu, dia tetap hadirkan diri juga. Kita sarankan dia jamu selera dulu tapi katanya dia tak nak makan sorang2 lagi pun dia belum lapar lagi. Memandangkan keadaannya yang dah uzur tu, I take the liberty lantik diri jadi chaperonenya. I suruh dia duduk dulu sementara I melaram dengan baju baru habiskan tugas tanpa portfolio.
Sambil hulur cenderahati pada tetamu dan tolong tuan rumah dengan hadiah kaut2nya, I perhatikan juga MJ sambil buat bahasa isyarat 'nak makan?'. No angguk cuma geleng2 aje. I masih tetap buat2 sibuk, sebelah tangan pegang cenderahati, sebelah tangan lagi pegang kipas kertas sibuk mengipas diri sendiri, kah3. Panas you .. kang gua cair, siapa yang susah??
I tengok MJ cam dah boring duduk sensorang so I terus ambikkan dia sepinggan nasi, lauk pauknya dan segelas air sirap "aaaahhh lega". MJ eksyenlah pulak, dia tolak jer pinggan tu "tak naak makan kalau awak tak makan sama". Alahai kesiannya.. namun demi MJ, terpaksalah I ambik sepinggan nasi dengan lauk2 yang ala kadar untuk temankannya makan.
Belum pun habis makan, I terpaksa take 5 bila perasan Jana datang kemajlis (my old friend's sista whose husbeng sedara tuan rumah), so kita berbual lebih kurang halal w'pun masih banyak stori tak terkaver. Anyway, selesai dengan Jana, I teringat kat MJ.
Woit? mana MJ sudah pergi? Dia masuk kedalam rumah kah?
Sah, MJ diantara tetamu yang berpusu2 masuk kedalam rumah. I cuba pegang bahunya supaya dia berhenti berjalan namun tak sempat. MJ gigih melangkah setapak terus menjunam dan gedebuk cam nangka busuk. Terlebih ouchh bila kepala MJ terlanggar kerusi dan badannya berpusing 90 darjah. Dia terlupa living room tuan rumah bersplit level. Tulah yang I nak beritau dia awal tadi tu..
Tentunya I rasa bersalah dan rasa ralat betul, apa punya chaperone I nih? I tak perasan siapa 2 orang yang sama2 tolong 'tegakkan' MJ kembali berdiri. Rupa2nya dia masuk kedalam rumah nak jumpa pengantin so I pimpin dia kebilik pengantin untuk sampaikan hajatnya tu. Dah jatuh tadi tu, MJ masih steady berjalan (mesti dapat tenaga lebih dari nasi beriani atau dari papadom .. sebelum tu MJ kata dia sukerr papadom, hehe), cuma dia kata "kepala sakit sikit, nasib baik tak patah".
I cuba bayangkan camana keadaannya bila I mencecah umur MJ nanti. Ngeri juga. As it is MJ dah tak boleh letak nama pada wajah seseorang sebab dia plain lupa. Pada mulanya dia memang tak kenal I tapi bila I sebut "Som", dia tersenyum. Boleh pulak dia relatekan siapa suami (auww) dan mentua I. Psst.. ada rahsia nih, rahsia okay?. Ekceli kaaan, TB tu nyaris jadi menantu MJ, hehehee...
Kat atas tu kisah mishap MJ. I pun ada gak cerita mishap2 masa kat Ja-Saint sanaa, hehe. Insyaallah mood menulis masih mantap, tu pun kalau kibod tak buat hal like takde dakwat atau takde reben. Cerita selanjutnya ada kena mengena dengan perenggan pertama dan gambar kat atas tu, hehe..
HJL ...hingga jumpa lagi ..