Friday, 24 December 2010

AGM ...

... bukan annual general meeting tapi apam gula melaka jer.. , heheh. Buatnya dua hari lepas, makan tanpa kelapa parut sebab takde siapa nak disuruh belikan kelapa. Kalau kat kampong hari tu, mungkin boleh suruh simonyet muka putih panjat pokok kelapa kot?? Tak tau monyet jenis apa, tapi memang kiutlah muka monyet tu macam siapa ek?.

AGM 2 versi - kukus dan bakar atas hotplate. Gitulah kekdahnya kalau ahli keluarga berbeza selera.



Top pic: my version


Jangan tak percaya, hehe. AGM kat atas nih dibuat oleh my youngest brader. Dia memang terer buat AGM sejak umur 17 tahun lagi ie soon after Mak meninggal. Masa Mak meninggal, rumah kat JB tu hanya ada Bak n 3 hungry bears.

Sebelum Chik dipanggil balik kesana, diorang semua tu pandai2lah masak sendiri. Masak gulailah, masak apamlah dan ntah apa2 lagi. I think adik I buat AGM sebab kesiankan Bak kot? At least bila Bak makan AGM, sambil konyel2 tu boleh juga dia mengimbau kembali kenangan lama dengan Mak.

Sekarang nih bila adik I buat AGM, dia ada 3 assistants yang rela tolong menyibuk. Mungkin diorang amat terkesima sebab Bak diorang reti buat afamgulermelakerr .. yummy!

Nota: Disebut 2 Bak .. diharap pembaca tak konpius which is which, hehe.

18 comments:

kakcik said...

Digaul dengan kelapa - alangkah! :)

Anie said...

Salam Somuffins,

Lamanya I tak mkn apam....takde org nk layan apam dgn I hehehez. Nanti lah 1 day tgk mood camner I nak try buat yg kiut2 buat mkn sendirian berhad :D hehehez

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

As Salam Kak..


impress tau...

kita tak pernah buat walaupun sekali AGM ni..

huhu...

Sizuka said...

I want! sedapnya makan time sejuk mcm ni. pulak tu dihidang dgn kopi panas. pergh!! memang meletops :D

mokjadeandell said...

Petang petang ni ,sedapnya kalau pekena apam cicah nyok dengan kopi pekat makan atas pangkin bawah pokok.Teringat kat kampung dulu dulu.

Lili said...

CS,

Boleh habis ke? Banyak tu weh! Kalau rajin, jamukan kami2 ni kat Kelab Haus kita ek! <3

kak ja said...

I sgt setuju dgn Lili, cuma tak brp setuju part 'kalau rajin' tu je.. I tanak tunggu u rajin baru nak dpt rasa AGM u tu!!

Ibu n Abah said...

kak som..
i setuju sangat saranan lili dan ja...
bawak2lah malam ni ke klub haus... I dah suruh bibik buatkan cekodok udang utk petang ni... i bawak chekodok dan kopi o... u bawak AGM..kita duduk makan2 kat klub haus sambil borak2....

Hann said...

Salam singgah dan salam kenal.

Personally, saya sangat suka any kuih yang bertajuk apam.. macam sesuatu yang boleh membuatkan badan kurang menembun.. :)

somuffins said...

Salam semua ...

KakCik
.... alangkah nikmatnya? :-)


Anie
Kalau takde yang sama selera, memang tak best ek? Just like my hubby.. masa mula2 dulu nak juga dia makan pizza n spaghetti tapi skrng nih nehi nehi ..


Azrina
Cubalah buat kalau you suka makan AGM tu. I tak reti nak buat apam-versi-canggih so I stick to AGM ajelah.


Shidah
I cuba nak buat apam mekar tapi tersangkut2 aje niat tu so AGM nih the easiest. Takde kelapa parut, I cicah dgn gula melaka cair :-)

somuffins said...

Mamason
Sekarang nih tak dan nak parut kelapa sebab mim alif lam sim (I lah tu). You masih rajin parut kelapa ke? Selalunya I guna kelapa parut yg dimesin dikedai pastu I steamkan kejap (bunuh kuman kekdahnya).


Lili/Ja/Akak
Mahaplah, nampaknya you all langkah kiWi (tetiba jadi Maori, kah3). DHW club ada dapur tak? I buat kat sana ajelah heh?? heheh..


Hann
Salam kenal juga. Mekasih singgah kesini. You suka segala jenis apam?? I punnn....
Jom kita buat kelab apam? :-)

Maya Marisa said...

Cik Som,
meli klismas yea cik som! celebrating or not, maya nak jugak wish kat cik som..hehhe
err bole suruh mr claus anta agm tu kat rumah maya mlm nie? :P
p/s: apa jenis apam pun sodap. and maya tak suka letak kelapa. "sungguh enak di makan begitu saja"...(frm the theme song of gardenia)

fa*atip said...

ada tak apam labu? kihkihkih

kak ja said...

nak tolong jwb soalan Fa, bleh Kak Som?

Fa, labu bila dibuat apam, namanya bukan apam labu, tp apam labutbut..

ngeh ngeh ngeh..

Rima said...

cik som
How are u dear?? lama tak dapat berdating with cs.. busy bangat lah when the other half kat rumah.. nanti tahun baru he balik work so tak de chance lah i wanna go around and ketuk all house.. anyway happy hols CS!

Lama tak bikin apam.. :o(

somuffins said...

Maya
I dah suruh CS.. eh *SC antar sepiring AGM. SC kata dia dah gantung kat luar gate you. Dapat tak?
*SantaClos :-)


Fa
You nih dah terlebih kreATIP taw therefore pls share resipi apam labu kat kitorang..


Ja
Acih beri jwpn pada Fa. Apam LabuButBut mesti berminyak2 ek Ja ek??


Rima
Cik Abe ada kat rumah eh? hehe, kenalah you masak bagai. Masak sedap2 biar naik markah; tahun depan boleh jenjalan makan angin lagi :-)
Happy holiday to you too.

Mama said...

Salam CS

Bila U kata SC sangkut kat gate I perasan pulak pernah jd SC.... kah kah kah

somuffins said...

Mama-mia
Waalaikumsalam ..

Kah3 .. you lagi hebat dari the real SC, kan Mama kan?