Thursday, 30 December 2010

Rimau menang!

Alhamdulillah Msia menang, yeayy!! Ekceli I tengok sipi2 aje match tu semalam. Tension2 cenggitu I tak sker .. so I aleh arah menikmati dabel cis beger dihiasi jeruk lada hijau. Satu Msia tengah sewonok ngadap tivi, tak kan I ngadap dapur pulak kan?? So sahihlah makanan sekeluarga ditaja oleh Mek Dee belakang rumah.. heheh.


Rentetan dari entry semalam, rambling selanjutnya berkisar hal JJTW pulak. Ntah apa mimpi, dia ajak I tengok wayang (maka terciptalah JJTW). Dia yang tak suka tengok tivi let alone tengok wayang tetiba pelawa I kepanggung (tapi sejak dah pencen, komain leka dia folo drama Melayu, hehe).

The last time kitorang kepanggung was years ago tengok Dustin Hoff jadi pempuan. Apa nama citer tu ek?? mmm jap nak google jap .. Yess Tootsie dengan lagu tema yang teramat syahdu "it might be you".. owhhh.. <- feeling kejap.

Bulan nih dengan tak sengajanya I dah tertonton 2 wayang. Temankan T punya pasal, boleh I tengok Harry Pot??? Selama2nya memang I tak folo pun citer tu tapikan tapi ... hehehe.. ensem ek si Harry Pot itew? Best jugaklah citer tu tapi lepas tengok tu I rasa risau, kesian, takut, gentar dan juga sewonok! Kenapakah??

Sewonok sebab ada magik2 but for sure I tak nak hidup dan jadi kawan2 Harry Pot pada zaman tu, takot ahh nyawa asyik terancam jer! Wpun I blur dengan nama2 pelik ciptaan JKR tu, I tetap TAHU identiti siensem tetiba herot berot mukanya (psst Aida, I wasn't as bad as Tomi yang tak kenal sape simamat herot berot tu, kan? ngeheheh).

Rambling di FFkan, theehee ..
Maka berdedailah kita2 menuju kepanggung. 3 mak dara bersama 2 anak sedara masuk panggung sementara sorang mak dara n sorang lagi anak sedara just JJST (JJSyopingTingkap @ window shopping). 2 dara nih tak terkesima ponn.. nak nengok wayangnyaaa .. ponnnn (Fa, if you read this, I think you tau camana nak bacanya ponnn, kan? kih3).

Almaklum dah berpuluh tahun dia tak masuk panggung wayang maka tak perasan panggung ada sediakan tempat letak minuman/botol. I selamatkan keadaan yang mengaibkan itew bila dia baru nak letak air mineral kelantai, kih3kah3 .. jom kita gelakkan dia!!! Pastukan, dia asyik sigung2 lengan I "bila nak stat nih? lamanya iklan..." <- dasar tak sabar, kekdahnya nih.

Gelak tawa jugalah kita dalam panggong tu. Member sebelah I tu sejibik cam T, susah nak gelak bila tengok lawak tempatan (ngader ek?) namun tersengih jugaklah dia. Bagus ke wayang tu? OKlah kot saja nak tolong naikkan filim Melayu tapi kalau tak beriya2 memang I tak kuasa sementelah masih ada sisa2 fobia bila berada dalam panggong wayang.

Lepas jamu mata harus jamu selera, kan? So kita bertujuh makan2 dengan girangnyalah. Terlebih girang sebab takyah masak dan takyah berkemas basuh pinggan segala. Terlebih-lebih girang sebab ada orang belanja. Alhamdulillah semoga dimurahkan lagi dengan rezeki halal, amin.

Dah kenyang, maka memasing bersurai. Sebelum balik rumah, kononnya nak juga tinjau2 bagian supermarket tapi bila nampak stall tako, kita kesana dulu. Sedang menunggu tako siap, alamakhai.. pewut I sudah meragam! Nak 'disimpan', haru jadinya kang tapi nak 'dilepaskan' macam tak biasa pulak buat cenggitu kat public toilet namun kita mampu merancang ..

Goodbye tako I have to do what I have to do .. macam tak cukup kaki I marathon ke toilet. Aaargh lega beb! Kalaulah kejadian tak diingini berlaku masa tu, mampukah I capai alas meja Delifrance yg kotak2 biru putih tu untuk menutup keaiban?? Ngeri nak bayangkannya ..

Eh eh eh .. ramahnya menaip tak sedor dah berkajang rupanya I duk meramble. Perlu berhenti sebab Tuan Besar dah kenyit2 mata dah tu .. ajak suh I mandi bersama, suh I bersiap .. ehem ..

Alaa .. bersiap nak keluar beli groceries jer (terlanjur dah keluar tu haruslah jelen2 cheri meken, maka I bermurah hati beri cuti rihat pada pots n pans didapur sempena Rimau Malaya merangkul trofi, roarrrr ...). Rangkul? auwww..

21 comments:

kakcik said...

AsSalam CS...

Kakcik pun dah 'termasuk' panggung baru2 ni gara2 melayan BC dan BS yang nak menonton HKLBR - tapi, rasa macam nak lelap je dalam gelap tu! ;-)

Lili said...

CS,

Kira you lasatlah jugak masuk panggung kembali... I dah berkurun-kurun - last tengok masa sekolah citer Superman! wahahahaha)))

*cuba nak ceriakan diwi dengan gelak tawa di blog Al-Kisah...but... *

Ibu n Abah said...

kak som...
kiranya kisah i berlari kat stesyen petronas tu terkena jugak kat you...
keadaan begitu memang umpama hidup dan mati kan...
aib dan malunya tak terkata kalaulah takdirnya ter c e c e r.....

dina said...

saya sejak anak dah pandai nak pegi2 panggung ni yg dah termasuk panggung balik...kalau dak masa zmn dating2 dulu, bofren selalu majuk sebab taknak temankan dia nengok wayang... i tak minat le nengok2 wayang bagai ni... tapi nengok bola i suka... hehheee...

Tie said...

Alaahai... kita dah kecur tengok lada jeruk tu, huhu...

Ibu n Abah said...

kak som...
teringat kat cili jeruk tu...
tapi bila dah sampai bawah u cerita pasal ..... lupa pulak...
cili jeruk tu yang selalu bagi cili jeruk untuk dimakan dengan burger ialah carls junior....
tempat lain memang takder...
itu burger carls junior yer....

azieazah said...

Sungguh la jelez bila baca sana sini geng makcik makcik pun dah ramai ligat rajin masuk panggung wayang menonton dengan anak dan anak sedara.

I tak ingat bila kali akhir I tengok wayang. Nak tunggu orang belanja, ntah bila. Nak tunggu diri sendiri yang belanja? laaaaaagi ler ntah bila.

Anie said...

Somuffins,

Ehem ehem mandi bersama?? hehehez haruskan entry ini di rate PGR :D Wah bestnya dpt JJTW and JJCM I dah lama tak pegi berdating dgn hb...ohhh my mummy biler kah kamu akan dtg lagi ke sini dan jadi babysitter kita?? hehehez

Malaysia mmg boleh...roarrrr!! Menang Suzuki Cup dpt cuti umum sehari, kalau menang World Cup confirm cuti seminggu plus kenduri 7 hari, 7 malam sponsored by the govt...I like. Apa2 pun tahniah Malaysia....hehehez ;)

somuffins said...

Salam semua ...

KakCik
You tengok HKLBR?. "Cer citer.. cer citer", hahahaa..


Lili
Once a while kena layan juga 'keadaan semasa' supaya boleh juga kita tengok budaya orang masuk panggong samada diorang tu civic conscious atau sebaliknya.


Akak
Sekurang2nya sekali seumur hidup kejadian lari-tak-ingat-donia pasti berlaku kat diri seseorang, kan? Aiyoooo... pasrah ajelah ek?

somuffins said...

Dina
Salah satu jawatan chaperone ialah menemankan anak kepanggong wayang atas sebab2 keselamatan. Baik punya alasan, kaan? :-)


Tie
Lada jeruk tu I buat sendiri, tak ikut piawaian dunia. Sendiri buat, sendiri makan dan sendiri kutuk diri sendiri, wakakakaaa.. (gelak cara Tie nih).


Akak
I makan burger Mek Dee bukan C Jr. Restoran Mek Dee belakang rumah aje tapi restoran C Jr jauh nun kat Sunway Pyramid sana. Tak dan merayap jauh cenggitu saja2 nak makan burger :-)

somuffins said...

Azie
Makan2, bual2, jalan2 sambil hiburkan hati.., nilai positipnya dapat merapatkan silaturrahim
:-)


Anie
Mandi bersama as advised by Datuk Fad Kam tapi Ham Gurkha komen "aaah merepek", kih3. I tulis cenggitu to catch you sebenarnya, har3. Niway, I tak JJTW with hubby. Dia pun dah berdekad2 tak gi cinema.

Msia beri sehari cuti umum sebab dah menang tapi 'kita the so-called the lady of leisure' dapat cuti 365 hari sekali harong, hehehe beshh.. kan?

zarin said...

salam somuffins
i pun nak wish you happy new year jugak! ehehe semalam jenjalan cheri meken kat ner?
eh, hari public holiday plak..haruskah jenjalan cheri meken lagi?

3E said...

Salam Aunty Som,
Happy New Year 2011 buat aunty sefamili ya...mudah2an semuanya yang baik2 belaka utk tahun 2011 ini....amin!

Rima said...

CS
Rupenye u also watch movie eh.. semalam my hb aleh aleh pi book ticket.. dah lama tak gi dating tengok wayang.. semenjak ku preggie lagi so bila dia kata dia dah book lover seats.. tersedak ku dibuatnye ahakkkss. ape ape pun memang shiok.. rasa macam waktu kita dating dating 10yrs ago lol

Rima said...

Eh eh belum next year dah jadi pelupe.. ni lah my new year resolution.. tak nak jadi pelupa hahaha

Happy New Year CS.. hv a wonderful year ahead yah!

Yat Maria said...

Cik Som,

leh tanya what is that food with my fav thingy di atas, ai kenot tell..looks good though..

sgt jeles ai, my jb, kl opis tutup holiday esp on a new year's eve...ai harus keje gak even though 1/2 ari jer..btw Cik Som, here's wishing u a wonderful 2011, keep all the entertaining story mory coming ya...ia menceria kan ai.. :)

Uncle Lee said...

Hi Somuffins, wishing you and all at home a very happy new year.
Best regards, Lee.

somuffins said...

Salam semua ...

Zarin
Thanks for dropping by and happy new year to you too. Hari tu jenjalan ke OU jer dan cuti umum hari Jumaat pi jenjalan ke kopi tiam, hehe.


Asilah
Happy new year to you n family and all the best in your biznes, amin.


Rima
Feewit, nengok wayang kat lovers seat meh? Wow, so romantika d'amour kekdahnya. Tersedak you tu ada dua makna kot? hehe ..
Happy new year to you n family n not forgetting happy baking (menci taw).

somuffins said...

Yat
Tq for the wish n kata2 perangsang (cewah) and may you have a wonderful 2011 too.
Nak tanya nih, you tak nak buat biznez jual jeruk cili hijau ke? heheh. Re: the food yg I tampal tu kaan, I dah bitau kat 1st para. that the food is called 'dabel cis beger' buatan Mek Dee :-)


Lee
Thank you and may you have a wonderful 2011 with your loved ones. Thanks for dropping by.

Yat Maria said...

Cik Som,

sorry arrr....tak ferasan..tak nampak cam DCB, sah I potek...wlpn ai FAV gilos tu CJ, tak pernah lak ai makan bubuh dia kat DCB or beger2 lain for that matter...east meets west fusion la ni ek :)

somuffins said...

Yat
Kononnya fusionlah tu, hek3. Ekceli if you go eat kat Carl's Jr, diorang punya some sort of burger disediakan cili cenggitu. I think fusion ala Mexican kot?

Tak silap kat Chilli's pun ada cam tu tapi takleh cakap banyak sbb I baru sekali jer ketempat tu, heheh. Tak kuasa nak discover dgn lebih mendalam (sebab tempat tu tak pasal2 mahal bebenor.. mencii)