Friday, 3 December 2010

Ziarah dan bergumbira ...


Kat Sban tu macam takde bakery yang rotinya sedap2 sebab tiap kali Ndja datang menziarah adiknya (I-lah tu, heheh), dia sure singgah kat bakery nih. Pilihan rotinya berupa bun yang ada rye dan segala bijiran dan bijirin. Dalam pada tu, muai juga dia membeli roti beranika jenis. Ada bun inti keladi (ugh!), bun raisins dan bun perisa cinnamon. Bun-tal aje dia tak beli, ngeh3.

Sebelum kebakery, pastinya dia hangkut I dulu. Niatnya nak ke PJ untuk menjemput G yang berhari2 ditumpangkan kat rumah Teh masa dia berhoney-mooney untuk kesekian kali kepulau nun diutagha.

Dengan Ndja mesti ada detour dan U-turnnya. Ekceli sebelum kebakery dia dah bitau hajatnya nak selesaikan satu hal yang dah bertukar jadi masalah. Agenda tu takde dalam itinerary. Kalau I tak ikut sama tak patut juga sebab dia nak selesaikan satu masalah yang juga menjadi masalah I. Macam besar aje masalah tu ek? So lepas kebakery kita menuju ke airport lama di Subang.

Kita tau hala tuju ke airport lama tapi nak mencari that particular building, letih wa cakap lu. Habis segala jenis manusia kitorang tanya camana nak ke tempat tu. Parking pulak komain susah as semua parking lot ada tertulis plet kereta.. maknanya sesiapa langgar peraturan, siap!! kereta akan diclamp. Eleh.. eksyenlah tu!

Berkat kesabaran dua beradik warga keemas2an tu akhirnya terjumpa juga satu spot baek punya dibawah pepohon rendang. Alhamdulillah dah dekat sangat ketempat yang kitorang nak tuju. Dipendekkan cewita, masalah mungkin dapat diselesaikan dengan jayanya, insyaallah.

We had lunch at Teh's house. Lauk kat rumah Teh tak boleh dikira dengan sebelah tangan unlike kat rumah adik dia yang kengkadang ada satu lauk aje, har3. Lepas makan kita perlu rihatkan badan dan minda kan?? So berkumpullah kita berbaring2an atas lantai yang dingin bertemankan sebijik bantal seorang mengadap beberapa majalah terkini.

Bila dah dapat bantal dan majalah, paham2 ajelah. Siapa yang tak kuat imannya akan berlayar jauh tak sempat habis baca satu muka surat pun. Tak lama pastu kedengaran sayup2 dengkuran. Yang mahalnya dahlah dia berdengkuran, boleh pulak dia menyahut bualan kita. Terel ek orang itew?

Macam tak kenyang2, kejap aje terhidang teh/kopi dan roti rotan yang Teh beli kat d'Loaf sebagai hidangan petang.

Suka tengok Teh punya kitchen roll holder. Senyum jer lembu tu maknanya dia happy to be in Teh's kitchen kot?? I buat nyebok kat dapur dia .. Ekceli dah banyak kali I tangkap gambar all her fridge magnets, tapi semua tu gone diangin lalu masa my notebook pengsan hari tu.

Nak meramble lagi tapi ntahlah ... jus berkarya kian pudar. Satu jer nak bitau, masa Ndja hantar I balik, dia tetap singgah sekali lagi kat bakery tu. Haishhh ...

Dan I ada berita gumbira, heheh.. Tak lama lagi Ndja akan jadi jiran I semula. Sewonoklah I jenjalan kesana kemari.. Takyah I potel kekunci J-gua lagi, yeayyy...

Nota: J-gua vukan Jaguar ya.. vukan.

10 comments:

kakcik said...

Kalau ada yang sudi menjadi pemandu, banyak kerja jadi mudah, kan CS?

kak ja said...

Ndja nak pindah balik duduk umah dia ke u yg nak pindah duduk sebelah umah dia, Kak Som?

Ataupun u pindah duduk sebelah umah Cik Ja je lah, Kak Som.. Boleh kita main pinjam2 bawang..

Ibu n Abah said...

hahahahahaha...
pinjam-pinjam bawang...
lepas bawang??????
tepong????

kak ja said...

Akak, lps pinjam bwg, I tak pinjam tepung, I tanya, "Kak Som, boleh tak I usung bangku pi makan kat umah u?"

Ibu n Abah said...

ja..
akak dah agak dah... cumanya you lagi cepat dari yang akak sangka... hehehehehe...

azieazah said...

SOM.. I ngantuk.. Esok saja I komen lagi, bleh?

Anie said...

Somuffins...

hehehez....org melayu slalu ada MPV (Melayu Punya Van, tapi kalau dkt NZ jadi Maori Punya Van) tapi untung lah u Cik Som ada Jgua...I like :D

I miss rotiiiiiii, I like all the chicken floss buns, dkt johor, city square ada satu kedai bakery yg I slalu pegi...tapi dah lupa namanya. hmmmzzz sedappppnya ;p

somuffins said...

Salam

KakCik
Betul tu hendak2nya kalau pergi kekawasan bandar yg sibuk .. kat situ ada bank, kat situ tempat makan, kat situ tempat bershopping. Kalau takde yg menolong, letihhh !!


Ja
Kerajaan N9 dah takmoh kawan dgn Ndja so I nasihat agar dia balik aje duk sebelah rumah I.


Ja/Akak
I taknak pinjam bawang atau tepung tapi nak pinjam yang dah siap dimasak, boley? Kena bayar pun I sanggup!


Azie
Tidur lagi afdal so you sambung komen dalam mimpi jerlah. I terima seadanya :-)


Anie
MPV = soMuffins Punya Van, hehe I like. You selalu ke JB ehh? I ni orang JB tapi I dah menderhaka you..

azieazah said...

Bakal jadi jiran?
Hmmm nampak gaya lauk pauk rumah U or rumah dia, tidak lagi boleh dikira dgn satu jari.. kena lebih dari sebelah tangan...

Pastu jangan lupa, bantal kena standby selalu, samada di living room dia or yours...

maklum, nanti boleh berbalas-balas pantun sambil berdengkuran...

somuffins said...

Azie
Malangnya .. yg nak jadi jiran I tu, sama 'rajinnya' dengan I, caner??

Bantal memang sentiasa standby. Top priority nih :-)