Thursday, 23 December 2010

Hi ...


Salam ..

Bersiaran kembali dipagi yang amat dingin dengan harapan salji akan turun setitik dua tapi yang turun cuma salji yang dah cair. Alhamdulillah.
.
Cuaca pagi nih: Suhu 23 deg C - hujan 'ringan', angin bertiup manja dan pecahan awan bertompok2. 9 pagi mentari mula tersenyum riang so sesiapa nak basuh kelambu, cadar atau langsir sliding door, dipersilakan. Cepat tau sebab by 3pm mentari nak beri laluan pada simega mendung plak.

Ramalan keadaan cuaca untuk besok? Bukan aje besok, lusa dan tulat pun I nak bitau nih supaya senang kita merancang aktiviti berjemur bersama basuhan.

Jumaat: mendung --> mentari akan tersengih riang --> mendung
Sabtu: mendung + salji cair + mentari --> mendung
Ahad & Senin: Sediakan payung sebelum hujan dan banyakkan baca ayat2 menghalau setan sebab guruh petir kilat akan beraksi.

Sekian khidmat masyarakat untuk tahun 2010.

Pukul 4am terjaga dari tidur terus teringat kat nasi gor, boleh gitu? har3. Yalah you, membazir kawan syai kan? Dengan mata semi-terbukak terus melangkah kedapur, capai bekas berisi nasi gor masukkan dalam freezer (kalau nasi gor tu agak2 nak basi, kuman terus terkujat sebab dah dalam freezer kan?? Kasi terbantut itu kuman untuk beraksi, har3). By 8am nasi gor tulah jadi habuan my breakfast hari nih. Alhamdulillah.

Dah terjaga tu, I tak tidor lagi OK? Masa itu emas, bukan? (cewah.. lihatlah siapa yang berkata2 ini??); so dengan muka toya, I paksa diri beramah mesra dengan baju bajan yang agak membukit hasil basuhan selama beberapa hari. Nasib baik sidara dah kliarkan portion sendiri. Cayang dia..

Masa bercuti, I memang tak endah nak basuh apa2 pun selain yang 'kecik2' tu, ngeh3. Bila kat rumah orang memang segan nak buat macam rumah sendiwi tapi OK jer kalau tolong sapu habuk sikit2 dan tolong basuh pinggan mangkok, tu pun tiap kali lepas makan, ada jer tangan yang bergelut berebut2 capai sepan basuh pinggan dari tangan gebu I nih, kah3.

Untung gak jadi warga keemas-emasan nih ek?? Ada aje simpati dari orang muda. Katanya kaan, siapa suka basuh pinggan mangkok, hatinya juga akan dicuci bersih. Isn't it marvellous?? *sambil naik-turunkan kening*

Cukuplah bingkisan seco'et nih dulu, warm-up kekdahnya. Jari jemari dah ala2 lupa nak menari waltz atas kekunci netbook. Ngengader jer ek??

11 comments:

Ibu n Abah said...

chop..chop..
(baru mearasa tempat teratas....)

Ibu n Abah said...

hahahahaha...
dah rindu kami dengan Al-Kisah...
selamat bersiaran kembali....
pssstttt.. kalau sabtu dan ahad nak hujan lebat pun... i tak kisah sebabnya i nak berihat dan berpuasa saja minggu ini....

Anie said...

Somuffins,

Welcome home, rindu lah media electronic dari ur blog....hehehez.

Pegi holiday mmg best, yg tak best tu haiizzz kain baju cfm berlambak. Walaupun i tak pakai kain.....hahahaz

kakcik said...

AsSalam CS...

kakcik pun baru semalam selesai me'ngeliye'kan kain baju sebanyak 4 bakul - lipat dan susun. Gosok belum lagi tu! :(

Sizuka said...

yay!! CS dah balik!! *muahs*

ceriaWAN said...

dah balik rupanya.. so.. sonok kat 'kampung'?

Yat Maria said...

wahhhh sudah balik arrr..welcome back Cik Som..kalo kat umah orang, ai lebih rela jadi penyapu lantai, or pencuci pinggan dari disuruh masak lauk pauk segala, tak reti kalo kat dapur orang sebab senduk panjang sedepa tarak...ai kao goreng menda, jarak ai ngan kuali panas tu adalah sedepa dua...hehe..tu yg tak mo kena masak :)

Cik Lurpak said...

"siapa suka basuh pinggan mangkok, hatinya juga akan dicuci bersih."

suka tauuu baca yg atas tu.. i harap hati i tercuci bersih.. heheheh

PatinPasta said...

Cik Som,
amboi lamanye! Ni baru bersiaran ye. Termusykil dan tertanya mana lagi Cik Som gi jalan lama bebenor nih. Hehe!

Ramalan kaji cuaca sana je ke? Sini lak camno? Tak aci la gitu. Hehe!

somuffins said...

Salam ...

Akak
Tahniah dpt merebut lamb chop n chicken chop, har3.
Sabtu/Ahad biarlah hujan petir kilat setelah basuhan rakyat Msia dah kering.


Anie
Yup! am back in one piece dan bila tiba rumah, I am in pieces. Penat mcm2 nak kena buat.


KakCik
4 bakul dah siap? Syabas. I juga yg tak mithali sbb baju suami dia sendiri yg gosok :-)


Shidah
Mmg heaven balik kerumah sendiri wpun sebesar rumah pigeon, heheh.


ceriaWAN
Seronok dan 'sengsara' ..

somuffins said...

Yat
Ekceli I rela memasak wpun masakan I is nothing to shout about tapi rela memasak dgn syarat .. I hanya menumis jer. Kopek/potong n blend/basuh semuanya orang lain buatkan. Fair tak? hahaha..


cikLurpak
I baru dengar/tengok siaran kat tivi smlm. Ungkapan tu berdasarkan ajaran ugama kita dan I serta merta rasa cam nak buat khidmat membasuh pinggan plak, hehe.


Aida
I menghilang kejap atas urusan walimatulurus. 'Teleskop' I tak berapa panjang tu sbb takleh ramal cuaca sejauh Itali (valid tak guna teleskop? har3).