Sunday, 26 December 2010

Mishap MJ ...


Dah seminggu sejak balik dari Ja-Saint (googlelaa.. JS memang tak jauh dari LA) keadaan perut masih meragam. Bajet sekali sehari tak cukup, mau 2-3 kali berulang alik, penat taw. Semalam cam tu juga so bila tetiba demam, I cepat aje buat pengumuman bisu pada pots n pans, suruh diorang berihat aje. T volunteer belikan ayam kolonel (peluang untuk dia beli egg tart sebenarnya). Hari nih kesihatan 95% cerah kembali, alhamdulillah.

Cerita minggu lepas semasa di Ja-Saint:
Hari pertama ialah majlis nikah. Siang dan malam kita dijamu lauk2 kampong masakan chef tersohor, Mdm Rubi. Lauk paling yummy ialah kari dagingnya yang wangi hasil rempah yang dibuat sendiri serta lauk masak lemak betik muda dan cendawan tekukur belakang rumah.

Hari kedua berlangsungnya majlis resepsi. Rasa seronok sebab nak pakai baju batik sedondon ala boria, heheh. Sepatutnya kuncu2 makan semeja tapi tak menjadi sebab masing2 sibuk dengan tugasan melayan tetamu. Somehow I terpaksa makan dulu dalam keadaan tak selesa sebab menemankan MakJah (MJ okay??).

MJ ialah jiran sebelah rumah. Usianya dah lanjut dan dah mula lupa2 namun dalam terketar2 tu, dia tetap hadirkan diri juga. Kita sarankan dia jamu selera dulu tapi katanya dia tak nak makan sorang2 lagi pun dia belum lapar lagi. Memandangkan keadaannya yang dah uzur tu, I take the liberty lantik diri jadi chaperonenya. I suruh dia duduk dulu sementara I melaram dengan baju baru habiskan tugas tanpa portfolio.

Sambil hulur cenderahati pada tetamu dan tolong tuan rumah dengan hadiah kaut2nya, I perhatikan juga MJ sambil buat bahasa isyarat 'nak makan?'. No angguk cuma geleng2 aje. I masih tetap buat2 sibuk, sebelah tangan pegang cenderahati, sebelah tangan lagi pegang kipas kertas sibuk mengipas diri sendiri, kah3. Panas you .. kang gua cair, siapa yang susah??

I tengok MJ cam dah boring duduk sensorang so I terus ambikkan dia sepinggan nasi, lauk pauknya dan segelas air sirap "aaaahhh lega". MJ eksyenlah pulak, dia tolak jer pinggan tu "tak naak makan kalau awak tak makan sama". Alahai kesiannya.. namun demi MJ, terpaksalah I ambik sepinggan nasi dengan lauk2 yang ala kadar untuk temankannya makan.

Belum pun habis makan, I terpaksa take 5 bila perasan Jana datang kemajlis (my old friend's sista whose husbeng sedara tuan rumah), so kita berbual lebih kurang halal w'pun masih banyak stori tak terkaver. Anyway, selesai dengan Jana, I teringat kat MJ.

Woit? mana MJ sudah pergi? Dia masuk kedalam rumah kah?

Sah, MJ diantara tetamu yang berpusu2 masuk kedalam rumah. I cuba pegang bahunya supaya dia berhenti berjalan namun tak sempat. MJ gigih melangkah setapak terus menjunam dan gedebuk cam nangka busuk. Terlebih ouchh bila kepala MJ terlanggar kerusi dan badannya berpusing 90 darjah. Dia terlupa living room tuan rumah bersplit level. Tulah yang I nak beritau dia awal tadi tu..

Tentunya I rasa bersalah dan rasa ralat betul, apa punya chaperone I nih? I tak perasan siapa 2 orang yang sama2 tolong 'tegakkan' MJ kembali berdiri. Rupa2nya dia masuk kedalam rumah nak jumpa pengantin so I pimpin dia kebilik pengantin untuk sampaikan hajatnya tu. Dah jatuh tadi tu, MJ masih steady berjalan (mesti dapat tenaga lebih dari nasi beriani atau dari papadom .. sebelum tu MJ kata dia sukerr papadom, hehe), cuma dia kata "kepala sakit sikit, nasib baik tak patah".

I cuba bayangkan camana keadaannya bila I mencecah umur MJ nanti. Ngeri juga. As it is MJ dah tak boleh letak nama pada wajah seseorang sebab dia plain lupa. Pada mulanya dia memang tak kenal I tapi bila I sebut "Som", dia tersenyum. Boleh pulak dia relatekan siapa suami (auww) dan mentua I. Psst.. ada rahsia nih, rahsia okay?. Ekceli kaaan, TB tu nyaris jadi menantu MJ, hehehee...

Kat atas tu kisah mishap MJ. I pun ada gak cerita mishap2 masa kat Ja-Saint sanaa, hehe. Insyaallah mood menulis masih mantap, tu pun kalau kibod tak buat hal like takde dakwat atau takde reben. Cerita selanjutnya ada kena mengena dengan perenggan pertama dan gambar kat atas tu, hehe..
HJL ...hingga jumpa lagi ..

15 comments:

fa*atip said...

cara you melayan MJ..I boleh kategorikan you memang seorang yang berhemah gituuuu....eh! masa you bertugas tanpa portfolio tu you befeluh feluh mesti you tak henti2 mengelap feluh kat muka kan?

Yessss!!! nommmmmmmborrrrrr satuuu!!!!

Ibu n Abah said...

Chit...
(berdecit sebab tak dapat nobor satu...)
fa... you dah menanglah...
mungkin sejak you makan AGM, idea berkarya you makin mantap...
best baca kisah you petang ni...
Go..go.. kak som...
nanti jangan lupa sambung kisah di Ja-saint....

Anie said...

Salam Somuffins,

Lerrr MJ, Mak Jah rupanya, ingatkan abg Mat Jasin...hehehez. Adooiii tapi kesian lah MJ sampai jatuh kedebuk sbb semangat nak tgk pengantin. Harap2 dia ok.....

Hmmmzzz sedapnya ayam kolonel, sehingga menjilat jari...yummmzz. Anyway, take care cik som...my mom ada bilang kalau ada diarrhea minum teh pekat. InsyaAllah akan sembuh atau lessen the times u pegi bilik gitu2....;)

Lili said...

Firstly, saja nak hebahkan...hehe... bahwasenye, I dapat call dari orang yang nak ke majlis akad nikah tu sejurus sebelum Isyak! Hikhik! Heran tak disebut episod tu dalam siri ini.

Rupanya, MJ dah dijadikan amanah ke Somuffins... Takpe, I tak kisyah... yang I kisyah sekarang, esok nak masak lauk betik muda masak lemak!

Thanks for the surprise! <3

Mama said...

Salam CS

MJ tu Mertua 'tak Jadi' TB? kah kah kah.....

Maya Marisa said...

Cik Som,
Utk cerita selanjutnyer, apa kata Cik Som story kat kita orang peminat setia No.1 cik som nie, camana ler TB tak jadi menantu MJ..hehehe
gerenti stats cik som melonjak naik..

psssttt: kita orang bole simpan rahsia...

Rima said...

Woah got story morey eh.. kesian lah MJ.. hope shes ok..

Ni cik som.. the other when i was in KL .. how come no egg tart kat kfc?? hmmm i went to several places.. tak dak pong.. ingat nak try sana punya :o(

Ah ah hes home till new year.. bukan kena masak tak renti renti.. dia asyik ajak merayap aje.. so tak de chance nak membake everyday..

somuffins said...

Salam semua ...

Fa
Tahniah nombor wan! You baru beli kasut speedy gonzales ke?
Jadi chaperone MJ seolah2 I jaga mak sendiri sementelah dah kenal dia berdekad2. Cian dia...


Akak
Tak semua orang suka baca tulisan yg berjela2 tapi kalau you suka baca, alhamdulillah. Tak dpt Pulitzer Award pun takpe at least dpt kata2 perangsang dari kawan2 esp dari kakak Maher Zain plak tu, auww.


Anie
Yes, I pun berharap MJ tak sakit2 badan akibat jatuh hari tu.
For my cirits, I did drink teh n telan pil, mujarab juga tapi masih rasa tak berapa syoklah ..

somuffins said...

Lili
I call you hari tu sbb I tak senang hati selagi tak balas your mms gambar mee (sedih gak as it turns out the mms was not meant for me, huahuahuaaa).

Situasinya: HP I ada credit untuk call out aje tapi tak boleh hantar sms. Logik tak? Logik bila you guna Hotlink Hot Tiket.


Mama
Al-kisah, begitulah cewitanya, heheh. I suppose saham I lebih berperisa kot? Kiah3

somuffins said...

Maya
Betui you bleh simpan rohsia?? Ekceli takde rahsianya pun, hehe. Smlmkaaan, even before I baca saranan you suh cewita whylah TB tak jadi anak antu MJ, I dah tanya TB dah. Dia kata dia mmg berkawan dgn semua anak2 dara MJ tapi semuanya bagaikan magnet yg repels belaka. Hanya as kawan sepermainan sbb duduk berjiran tapikan knowing MJ ...

Sekian al-kisah silam terhenti disini, auwww.

somuffins said...

Rima
I hope MJ is ok too. No news is good news.

I think egg tarts tidak dijual diseluruh Msia and for that matter tak semua branch kat KL tu is selling egg tarts.

I kasi 9/10 to the egg tarts.

Sizuka said...

Salam CS,

mula2 baca, i terkejut. eh! Micheal Jackson (MJ) hidup balik ke? hehehe... rupanya MJ is MakJah. sian makjah. sedangkan I yg masih belum terlalu tua ni jatuh pun sakit, ni kan pulak MJ.

ur stomach dah 100% recovered?

Yat Maria said...

Cik Som,

taht pic sekadar hiasan kan? not that MJ jatuh kelepuk kat sini rite..ai gelak baca dia cakap patah kepala, seldom orang associate patah with kelapa, pecah ada ler..or patah leher..

anyway, kekadang suker gak melayan member yg lupa2 ingat, banyak lupa dari ingat..just like my late granny before she passed on, gumbira dgr citer dia yg kekadang byk terbabas jauh dari landasan.. :)

PatinPasta said...

Cik Som,
Hmm.. macam pernah tengok je rupa tangga tu tau. *musykil*

Perut meragam ke, Cik Som? Haish.. bab-bab perut ni memang tak dapat nak kebal. Memang rasa nak baring je kan? Harap-harap cepat la 100% sihat ye.

* sian lak dengo citer MJ.

somuffins said...

Shidah
Umur MakJah <> 77 thn. Bila tengok dia menjunam dpn mata, I was like horror. Makanya I kenot cari makan jadi bodigad :-(


Yat
Gambar tu mmg takde kena mengena dgn MJ tapi gambar tu diletak dulu as 'preview' of my next entry, kekdahnya .. feewit, har3.
Yat, you make me konpius with 'kepala n kelapa' taw. I checked dimana plak I tulis tang kelapa tu, hehe. Niway.. I think MJ tak bermaksud nak kata kepala dia patah after the mishap; maybe she was refering to her kaki, almaklum dah tersungkur al menjunam cenggitu, pasti kakinya yg teraffected dulu = patah, OR since kepala/leher terhantok dek kerusi, maka kemungkinan besar leher akan 'prap' patah.

Wah, berjela ulasan I kali nih. Saja nak bitau you that I was once a red cross delinquent, whoahahaha...


Aida
You r right. I pernah tampal gambar tangga tu dulu but from different angle, hehe.
Perut cam dah OK jer tapi skrng lain plak cara meragamnya. Bunyi2an dari perut I decipherkan berbunyi "food ... mana foood, gua nak fooood". I think kalau dpt biskut ginger pasti perut tu berenti merengek :-)