Wednesday 18 May 2011

of email, death n food ...

Menaip sambil menyuap roti canai bersadurkan kuah kari ikan kering kurau <- harus elaborate, hehe.. (btw, it's ikan kering kurau or ikan kurau kering?) .. terkunyah buah tomato lembik longlai dah sebati dengan kuah, nyum2! Tahap kemasinan ikan kering tu semolek2 masinnya taklah serupa ikan kering tertumpah garam sekontena nasional. Ikan pemberian Ndja masa dia kesinun. Mekasih.

Checked email pagi tadi just to delete scam messages yang boleh menyemakkan fikiran. Sakit hati pun ya juga sebab macam2 message ada walhal satu pun tak membawa kepentingan pada kehidupan rohani dan jasmani. Yalah... perlu ke I pay attention kalau message tu kata "blablabla 8 inches?" .. Waddehek! Ada plak nak menjual pil V, waddehek sekali lagi. Kalau pil V, and that V is refering to Vanilla for cake making, minat juga I nak beli tapi paling sentap bila diorang guna my own email ID to sell the V pill to who else but ME, waddehek?!?

Ya amfun sebab dah teroverzealous berwaddehek plak hari nih. Had I sentuh kelembapan fb, lagilah kerap I berwaddehek.. *sambil usap2 dada*

Hilang rasa geram terus mata berkaca2 bila dengar clip video Forever n Ever (D.Roussos) sent by my youngest brother. Katanya dia 'rasa cam terbang over our JP house' bila dengar lagu tu. We share the same feeling almaklum tempat jatuh cam nangka busuk lagi dikenang, ni kan pulak tempat bermain, memanjat dan melontar boomerang .... kan?? In fact DS.Aini rendered the same song in Malay, sedap sangat!

".... scattered pictures of the smiles we left behind, smiles we gave to one another, for the way we were ...." ... huwaaa...

The same brother told me that DM, the husband of the late DOA just passed away. Innalillah. The family has to endure 2 deaths within days, masyaallah. I remember both of them very well, firstly because DM's parents were family friend, and secondly the fact that DM married a singer cum teacher and Bak n Mak attended their wedding made it all worth remembering (literally speaking). AlFatihah.

Ekceli I sedih bila terima berita kematian my sepupu, the youngest of 11 siblings. Apparently she died in her sleep soon after dawn. My other cousin beritau, aruah was suffering from cronic diabetes and that she was already blind for quite some time. Mudah2an tempatnya disyurga firdausi for she was 'anak istimewa'. AlFatihah.

Apam pisang nih dikukus 2 hari lepas. T kata dia tak berapa suka versi kukus. Dah resipinya suruh kukus, kita kukuslah. Kan tak elok mendherhaka pada resipi? ekekekee..

Selama I buat muffins or cc pisang, rasanya macam tak pernah nampak urat2 hitam tu menjelma begitu rupa (sila jeling gambar) tapi bila dikukus, wah komain lagi meriah sungguh urat2 hitam tu menonjolkan diri which I like! I like! I like!

Teringat zaman dara sunti dulu, kalau tak kerana malu dan segan, mau aje tiap2 hari I pergi warong Pak Itam beli apam pisang kukus, kek gula hangus atau seri muka. Sampai sekarang I masih malu dan segan, heheh.. dan masih setia minat dengan semua kuih yang disebut tu.


Khas untuk YatMaria diKotaSinga, roarrrr ... Nilah rupa mee sifut, hehe. Texturenya keras tak serapuh cik Megi.


The look-alike belacan is actually the oblong burger buatan cik Ram Li khas untuk tatapan cik Ja dengan ucapan "masak apa hari nih untuk bonda tercinterrrr?". Ekekeke..

Kejap lagi this so-called LOL is going out for grocery shopping, yipeeeee (beryipeee bukan sebab suka keluar cari barang tapi beryipeee in great anticipation of another bout of jelen2 ceri meken with my siblings tomorrow, yehaaaa).

10 comments:

Tie said...

Oblong burger Ram li ? Wah.... First time tengok. Jual kat mana Som ? Gergasi ada tak ?

CS said...

TIE
Gerun kita awak thebut Gergasi.

So far tak perasan ada dijual kat Gergasi. Kita beli kat minimarket jer..

Lili said...

I tak nak sedey-seday lagi...but somehow, reading your entwy ni...rasa sayu sesangat even the muffin pithang makes me u-kno-wat.

And also, Angelina's missing bothers me a bit. Kesian mama dia :'(

Ibu n Abah said...

kak som...
entwy u hari ni mengubat kelaraan hati2 yang lara...
menghiburkan.....

Sizuka said...

CS,

sayu sungguh hati i ni bila baca u makan roti canai cicah kuah kari ikan masin sorang2, tanpa menjemput i.. huhuhu..

spam emails ni memang menyemakkan. kalau la betul i dapat the money from all the spam emails yg i dapat tu, everyday, at least 500million masuk account bank.. hahahha

kak ja said...

Dearest Kak Thom,

U nak tau apa I jamu Mak Bonda ari ni? Jwpannya, jeng jeng jennnnggg.. I tak jamu apa2 pun, thebab

thebab

thebab

Mak Bonda dah vavai I early dis moaning.. Dia dah tak tertahan menanggung windu kat Kanda Anne!!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalau kak som tak tulih; saya sahkan itu adalah belacan !

CS said...

LILI
I dah jamu you apam pithang, you masih bersedih lagi ke? Jom kita pergi bersiar2 tepi pantai, jom??
p/s: Harapnya Angelina finds her way home :-(


AKAK
Tak cukup menghiburkan sebab Lili masih bersedih lagi tu. Hmmm... jiwa you lara sebab tak dpt iPod lagi ke?? hehe..


SHIDAH
Mahaplah tak ngajak you makan sama sebab I takleh toleh2 takut tercekik tulang, heheh.
Kalau ikut spam's advice, kita semua nih dah jadi trillionaire ek? Jahhhaatlah diorang tu.


JA
Bonda dah balik ke? Alaaa.. takde peluang you nak jadi anak mithali sepenuh masa. Nebermain, there's always tomorrow, kankankan?


AZRINA
Pandai tak I boleh baca minda you? auwwww.. tapi you percaya ke tu adalah burger? heheh...

Rima said...

Eh eh cik som.. tadi baru mami i called.. kata dia she cooked for me kari ikan kurau masin.. ni bila terbaca ur entry terasa lagi lah kat anak tekak.. tak sabar nak pi ambil lauk tu.. maklum if mami masak kira anak dia macam dapat bonus kahkahkah

CS said...

RIMA
Untungnya you dapat lauk dari your Mak. Memang bonus! Lauk tu dia masak kat kedai untuk dijual ke? Macam berjanji2 plak 'kita' masak lauk yg sama ek?