Sunday 24 August 2008

More fritters if you don't mind ...

ZZzzZZzzz... Sebenarnya tak mengantok tapi ke-malaise-an melanda ...

6.30am - terima *sms dari who else.. "Kejutkan T kul 8.30 pagi, wajib. T kena bljr! Kejut smpai T bangun, taw, taw..thanks". Si D&T mesti ingat emak dia ni time keeper for life kot? Diorang bukan tak set alarm kat hp memasing, tapi ntahlah. Yang bersms2 ni macamlah bukan duduk sebumbung, tapi bagus juga guna teknologi moden untuk something yg berfaedah.

T berjaga dari pukul 3-6.30am. Katanya dia belajar (alhamdulillah), bersahur dan mengemas harta manikam untuk dibawa balik ke asrama petang nanti. T sahur makan spag. carbonara hasil usaha siapa lagi, kaan?.

Carbonara? Wah hebatnya! (psst.. instant punyalaa, saper pun boleh buat, pejam mata jer, siap!. I fancy anything simple, instant and yet niceeee).

7.30am - hantar D ke ofis memandu kereta. Alaahai..bukan tak boleh pergi sendiri jalan kaki, tapi malas & ngantok punya pasal, maka terpaksalah kita hantar. Dari situ D dibawa ke Shah Alam untuk kursus amali bawa *motor (kursus amali pandu kereta dah settle minggu lepas). Mesti D mengadun mimpi dalam kelas tu ..

*I dont fancy this!

Tiba rumah aje ON laptop. Sedang menunggu laptop does its ritual, kedengaran bunyi "teet..thot".. Alamak, TB dah balik keje ke, tapi breakfastnya lom siap (walhal dah janji mlm semalam nak buatkan jejemput for breakfast). 3 kali dalam seminggu mengadun jejemput, ni dah dikira luar biasa nih. Never before had I made jejemput sebegini gah sambutannya .. hek3.

CS: "Jejemput you belum siap..hehe"
TB: "Takper I baca sokabar dulu"
CS: *dlm ati* 5 sokabar nak dibaca..lama tu..selamat I



Menurut piawaian CS, jejemput pagi Ahad ni yang terbaik (mungkin kerana ada kucai@chives?). My jejemput mesti ada sebiji telor sebab kewujudannya boleh hindari jejemput melethop dalam kuali. Bila jejemput melethop, dapur akan berminyak dan dengan sendirinya diri ni akan jadi lebih malas. Tapikaan, jejemput hasil letupan tu selalunya lebih sedap sebab teksturnya yang sangat rapuh diluar dan lembut didalam. Waaah, heaven I tell u.

My family tak pernah bubuh telor namun jejemput diorang ringan dan rangup, a skill and talent I could never master (maka tak payahlah diorang mintak dijamu jejemput yg ringan dan rangup dari I, hehe..).

Camana nak dapatkan jejemput yg fluffy n crispy? Mmmm.. meh sini kita kasi satu dua tips, ikhlas nih. Pertama.. jangan kacau tepong dan bahan adunan bagai nak rak, OK? The word is JANGAN or DONT ever. Kacau adunan cara 'fold in' iaitu kacau sehala ikut putaran jam pelan2. Never putar adunan tu, ok? Nape takleh putar? Jawapannya very scientific so dont bother about it so much. Ingat key wordnya aje 'jangan putar'.

Kedua .. cara menggoreng, deep fry = guna lebih minyak supaya jejemput boleh berenang2 gitu. Untuk dapatkan hasil gorengan yg 'umphh, malas nak citer', awasi api dapur. Memula biar api tu 'kuat' sket, masukkan adunan sejemput sejemput, lepas 1-2 minit, kecikkan sket api tu. Pendek kata, kena buat 'praktikal' dulu, baru tau..

Mungkin ramai kata, "aah..pejam mata pun boleh buat".. betul tu, tapi cubalah sekali-sekala buat jejemput dan pejamkanlah mata tu ... hehe.. saper sanggup nyahut cabaran nih??

For lunch, dah berangan nak buat mee bandung (berangan dulu supaya feelnya datang..).

4 comments:

Anonymous said...

ciksom,saya wat jejemput letak telur gak.dh menurun ilmu dpd mymum cenggitu.klu mood cam malas2 gitu besarla saiz jejemput tu sy wat sbb nk cepat abis goreng hehehe.tp klu mood rajin gitu,syomel2 la rupa jejemput sy wat.sekiann :)

Anonymous said...

aduyaii ciksom.. kite dah tak tahan ni nengok jejemput ciksom yang gemerlapan tu.. skrg gak turun dapo gi menjemput jejemput! hihihi

Helena said...

hi baru tau few days ago yang ada instant carbonara. hehe..... nak try la nanti..... okay tak rasanya?

yesterday helena pun sibuk membeli belah untuk no1 nak balik asrama.... punyala banyak m&m's dia capai.... alahai..... hehe...

Anonymous said...

Fify, jemput2 biasa mmg takde telor kan? Yg ada telor is cucur (ikut fahaman my SIL dari Perak). I put telor sbb takut meletop unlike my sisters, diorang xguna telor tapi jemput2nya crispy diluar, fluffy didalam dan ringan.

Cibil, syabas lu berjaya menjejemputkan diri. They look cibilicious!

Helena, I masak cara pintas. My son gave me the idea to use mushroom soup or mushroom+kentang yg dalam tin tu. U just need to tabur black pepper, parsley and some grated cheese once done. Insyaallah..