Sunday, 2 August 2009

"not-now"

10pm: Riuh betul bila anak bujang I masuk dapur cara besar2an. Lebar tapak tangan, nak buat banyak2, tak nak sikit2, tak puas. "Mi, mushroom putih simpan kat mana?" - "Mi, mana mushroom kering tu?" - "Mi, udang kat esbok mana?" - "Mi, nak guna minyak mana?". Hadoii, tak senang I nak berkarya tau ..
.
I tolong kopek kulit udang (suka kerja nih) pastu potong ala kadar aje. Kalau D yang kopek udang, esok lusa baru dapat makan kot? Meanwhile dia potong 2 jenis mushroom dan daun bawang. Potong simpang siur ikut suka hati dia aje. I tumiskan bawang dan udang, selebihnya dia selesaikan. Boleh komplen lagi "patutnya Umi goreng udang last".
.
BTW, pardon the green t-shirt and the blue checked boxer. Ish..ish.. attire tak match, harus masakan juga tak yummy.

Senang aje kerja dia. Dia bentangkan kulit wonton atas cabinet top. I kata.."eeeeh.. ntah2 cicak lalu kat situ". D "dah laplah Mii". Tengoklah filling wonton tu, tak ke muai?


Siap dah! mini pouches from D with love! D tanya "lawa tak Mi? Pandai tak?". I just say "hmm.." <- otak tengah mencongak, lepas masak2 nih dapur mesti berminyak, and will I end up habiskan kerja dia yang tak habis tu? Ni juga sebabnya hasil karya I terpaksa diperap berjam2 dalam draft. Too many gangguans.

Masa mula menggoreng, D berteriak dari dapur "camana tau dia dah masak Mi? Baper minit?". Sebelum tanya lebih2, baiklah I ke dapur. Oh oh "too oilylah D". No wonderlah, the fire was too slow hence the wontons absorb oil. Lepas digoreng semula, barulah nampak senonoh tapi ada juga terhangus. Kesian kan?

D menggondol the bigger portion of the wonton, I took only one <- seolah2 on diet, T and tuan besar had 4 each. Jadilah .. So, sesiapa yang ingin dot3 (read: meminang), bolehlah hantar borang dulu kat I. D boleh masak spaghetti, prepare egg sandwich, masak nasi goreng dan dua tiga jenis masakan lain; juga tanpa segan silu mengaku his daging panggang tastes better than mine. I suka aje bila anak I mengaku macam tu. Senang hidup I cause I can goyang2 kaki sambil berkelana dengan my tetikus - kejap gi USA, kejap UK, kejap Afrika selatan ...

Just one drawback though .. D is very temperamental but alhamdulillah he is easily 'doused off'. And I think he is a one-woman man (cam abah dia)..., ehem.

P/S: Word 'wonton' boleh dijadikan secret language untuk pompuan yang takde mood like "not now - I got a headache", .. you know .. kan?

8 comments:

kak ja said...

hahaha... Kita tukaq skit, "not tonite.. besok pagi xde air"

Tak leh apply/isi borang online ke, Cik Som? I suker je nak jd besan u.. Biar menderita anak nantu kita sbb Umi2 depa sibuk blogging dan merayap berkelana bersama sang Mickey Mouse ke USA, UK atau South Africa..

Mrs Ceriawan said...

tercabar sy bujang CS wat wantan..resipi CS bg tu masih tersimpan rapi dlm notebook ni..haha..

3E said...

Wah...anak bujang Somuffins tunjuk skill la.....hebat tu. I suka lelaki yang tahu memasak....like my hubby...tapi tang tak tahannya....semua benda kita kena prepare...depa masak ja then tang kemas pun kita jugak la yang kena buat....tu yang I benci tu.....

somuffins said...

Ja, borang meminang/merisik lom dpt kebenaran LAN lagi. Kalau kita berbesan? Dapur tak berasap gamaknya sebab mertua vs menantu duk camping dpn laptop.

MrsCW, buat aje jgn tunggu2. Intinya apa2 pun boleh. Pernah makan wanton inti makaroni x? Tu semua bujang I dah buat; kaki merapu gak, haha.

3E, biasalah tu. Sama gak mcm my hubby. Bila dia in the mood nak masak mee hailam, dia hanya does the cooking aje. The rest maid dia yg buat (I lah tu, hehe)

geraugebang said...

Salam kenal. Wah, boleh buat nantu tu. Untung mak mentua dia.

Spices of Life said...

CikSom sr.
Wahh hebat betul teruna u. boleh la jadi menantu i , but tak kan la yr son nak isteri tua kan.. oh well terlepas la i peluang berbesan dgn u.
Yea la bila my anaks memasak , i la jadi cleaning fairy dorang.. terpaksa panggil fairy sebab mengemas ni di anggap kerja amal jariah.. kalau maid dorang kena bayaq i..

dina said...

kak, tu le bila anak2 dah besar2 senang jek ummi dia goyang kaki depan laptop kan. nak makan buleh masak sendiri. walaupun kadang2 bingit telinga dengar jeritan anak tu... nasib baik anak dara saya kecik lagi... kalau tidak dah booking anak akak buat menantu... haahaa

somuffins said...

Salam Geraugebang (GG) .. Harap2 gitulah (sambil senyum simpul mati).

Azieda, my son lbh setahun dua tua dari your dara. He's not normally rajin cam tu, cumanya kalau I buat wonton, dia tak puas makan sbb I malas nak gentel banyak2, hehe.

Dina, sebenarnya lagi besar lagi pening lalat kita dibuatnya. Elok aje depa kecik2, tidor malam kita pun selesa (sambil berdengkur manja, haha)