Thursday, 2 September 2010

23 Ramadhan ... cont: dugaan!

Seawal 6.45 pagi D hantar TB ke bengkel kereta kat SA. By 11 kereta dah siap dibaiki. Apa silapnya dengan Maserati kereta TB tu? Sensornya yang buat hal. Apa tugasan sensor tu? Hehehe, janganlah tanya I tapi tentunya ia sebagai nadi supaya kereta boleh meluncur laju tidak terdengkut2. Alhamdulillah tak dikenakan bayaran .. masih dalam warranty.

Nasib baik kereta buat hal sebelum menjelang raya. Kalaulah dia buat hal masa raya nanti, tak ke susah? Susah tak susah, pernah juga alami kereta rosak masa balik beraya diJasin beberapa tahun dulu masa D&T masih kecik. Kes <> sama macam semalam jugaklah. Sedang kereta bergerak, boleh dia melemaukan diri, tiba2 berhenti tak kira masa, tempat dan cuaca.

AAM juga jadi penyelamatnya. Tow truck kepit kereta dan kami berempat duduk dalamnya dalam posisi senget mendongak as if duduk dalam roket baru nak berlepas kebulan.. Cumanya masa tu kitorang bukan kat NASA, kah3. Tak tau kat mana, macam kat blue yonder @ koboi town aje.

Somehow drebar tow truck macam tau2 kat blue yonder ada workshop yang orang2nya tak selebret raya tapi selebret dewali, har3. Dahlah kami berempat pucat ketakutan (maklum naik tow truck menyenget), tiba plak kat tempat yang waduh2 ramai sungguh mereka.

It was a miracle ... TB belum pun habis bitau apa terjadi, mekanik tu dah tau apa patut dia buat. Kebetulan tinggal satu aje spare part. Quite unsangkarable.. kereta dibaiki just before malam berlabuh.. Syukur alhamdulillah. Dan double triple tanpa disangka, diorang kat koboi town tu semuanya baik2 belaka. I muhasabah diri ketika tu .. tak elok bias, tak elok racist (ehem).



Nostalgia ... suka kereta nih. Kereta Bak masa di Kota Tinggi. I ingat satu peristiwa 'berdarah'. Kita berempat nak pergi circus kat bandar KT, Baklah yang bawak. Camana ntah bila abang no. 8 belum sempat masuk kereta lagi, I dah kedebum tutup pintu kereta (tentunya tak sengaja).

Apa lagilah .. Bak pun mengaum "cuai" walhal I was so little then, sob3. Jari abang no. 8 terus lebam! Dan I, sambil berlinangan air mata menonong masuk kerumah sebab tak dibenarkan sama2 pergi circus. Sampai hati Bak ekk?? Kita nak beli halwa semitai tak dapat, hua3.

Masa tu I masih kecik, adakah ingatan I ni benar dan real, atau I perasaan aje?? Wallahualam.

2 comments:

kakcik said...

Kita juga ada pengalaman disepit pintu kereta.. aduh! memang rasa macam nak pengsan! (eh! rasa nak pengsan tu macam mana ya?)

Selamat berpuasa CS.. raya seminggu lagi, InsyaAllah. :)

somuffins said...

Salam kakcik
Kita pun pernah alami kejadian kena sepit pintu kereta. Memang rasa cam nak mati, har3.

Sama2lah kita iringi pemergian Ramadhan dan sambut kemunculan Syawal. Kalau seminggu = sebulan, best jugak ek?? Boleh rihat2 lagi hehe.