Friday, 3 September 2010

24 Ramadhan ...

Sharpie dah dipulihkan but somehow I rasa dia bukan my Sharpie yang dulu. Wajahnya kurang berseri, nampak fake semacam. Dia guna botox kot? Dulu dia nampak berseri2 berkilat aje tapi sekarang, hmmm. Ah Long kata "lu tarik ini satu pelastik, haa nanti kilat". Ohh, panel kat dada Sharpie ada selapis plastik lagi rupanya. But still ... (I tak puas hatilah).

Harap bebenar masa I tengah bakar bithkut or kek nanti, Sharpie behaves semolek2nya. Dahlah tahun nih buat julung kalinya I nak melaram @ show off kehebatan I membaking (hic!). Nak show off apa? Sajalah nak show off choc cheese marble yang gah itew, har3. Belum apa2 dah ada aura riak?? Alaaa.. riak dengan adik beradik sendiwi aje, lagi pun diorang tau I memang riak don't mean it *sengih*.

Bayangkan kata2 pujian dihamburkan sebaik saja diorang ngap kek choc cheese yang I buat. Mesti diorang kata in unison "pandainya you, tak sangkha you berbakat". Disclaimer: Jgn mual, guwau senda dipagi Jemahat jer.

See? hehehe... Sekotak CF dan sebijik lemon. Lemon tu taklah pulak dapat free masa beli CF tu, heheh. Ada sesiapa pernah makan bithkut CF bubuh kulit (zest) lemon? I tak pernah bubuh kulit lemon 'hidup' tapi pernah bubuh mixed peel (zest of segala jenis limau kot?). Sila bayangkan bithkut tersebut sedang berada dirongga you sekarang ... kan sedap??

So now kalau ra-alif-jim-ya-nun, I nak cuba buat bithkut CF tiru resipi diva Rima dari pulau Temasik. Kalau tiru resipi lain, I tetap nak bubuh kulit lemon, nak juga.

Jangan pandang jari jemari sambil mengagak serta buat spekulasi betapa montok tuan punya jari jemari tersebut. No no no.. just focus on the tart. I suka tart intinya visible dipandang mata, lagi terjojol lagi best, har3. Dilereng2 tart tidak disepit maka keasliannya kurang mencapai matlamat. Amboi? pandai komen2 nih suruh sepit reti ke?? Mestilah reti, kan I 'ketam', kan? *sambil tersengih*.

Al-kisah ...

Bila raya tiba, tugasan buat kuih raya terbahagi 4 (mcm real aje). Mak buat halwa maskat (kuih wajib if not Bak majuk takmoh raya plak, kah3); Chik buat tart nenas dan kuih baulu (Tok jadi diva menghenjut berpuluh2 bijik telur dengan tekun); Long buat kek buah dan berketul2 kek vermicilli (atas arahan Mak sebagai hadiah raya untuk PakcikMan n PakMok <- bapak sedara; manakala bithkut pada mulanya Ngah/Teh yang buat; pastu tiara diserah pada Ndja dan adik dia yang comel-mot tu (maka bermulalah episod disaster kesatu disaster) hinggakan Ndja tulis 'Dizas' pada tin bithkut.

Akhir kata, kot ada sesiapa yang susah nak lelapkan mata, sila dapatkan ubatnya di sini.

For my future reference; semalam I masak 4 lauk. Empat yaa.. bukan 3, heheh. Gulai 'halaljadah' ayam, tempe kicap (as requested by D), ikan gor dan sup kailan+fishball+tauhu.

Lauk dulu, bukan semalam, hehe..

10 comments:

somuffins said...

Salam ..

:-)

kakcik said...

Salam CS..

you memang pandai memasak sebenarnya kan kan kannnnnn... :)

Cik Lurpak said...

halwa maskat tu mcmana ghopenye?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

halwa maskat lama tak dengar banjo cakap nih... manis letting nih

azieazah said...

Rindu pada kenangan lama bila baca Halwa Maskat. Yang kuning jernih keemasan, berlinang. Kadang2 ada kacang dlmnya... kadang2 ada bijan. Uhhh sedap lagi enak.

Tuan Tanah Kedaung, samada pandai atau tidak masak, kalu dah tiba time raya, semuanya indah meriah. Dimasak dgn kasih sayang gitu...:)

eh beraya di mana? Nak minta alamat, bleh? Waktu mana ada di rumah? Ahaks!

Ibu n Abah said...

tuan tanah...
i baru balik dari mengukuq jalan sepanjang hari ni...
inilah sebabnya i lambat sangat menjenguk ke rumah you... tapikan...(sigh) walaumacamana penat pun... i mesti pastikan i duduk sebentar di anjung rumah you...
minum seteguk air sejuk.. pandang keliling kot-kot you keluar menghidangkan jejemput pisang you yang terkenal itu...
(lega nya i.. macam rumah sendiri pulak...)
Daaaa..... i tak berebut tempat pertama dan tempat terakhir... i dah bertaubat.....

somuffins said...

Salam semua ...

kakcik
Taklah pandai cuma bak kata omputih, I get by. Masak untuk small amount. Big amount, I pengsankan diri.


cikLurpak
Camana rupa halwa maskat? Well.. cam dodol cuma warnanya tak hitam dan tak guna santan. Halwa maskat guna tepung gandum...


brutalsolo
Halwa maskat memang manis tapi boleh kurangkan gula bila buat sendiri.


Azie
Kita kedapur memasak-bagai sebab nak himpunkan pahala, cewah. BTW, kita beraya diJssin jer. Kalau ada rezeki pasti kita berjumpa.


Akak
You mengukuq jalan pergi bershopping sakan ke? Tinggal2kan sket untukI juga eh?
P/S: Sedih plak bila you dah bertaubat.

ahkakbatik said...

ciksom dah sound jgn tengok jari? takleh laaaa.... wild imaginasi saya sedang ligat... boli cincin omeh besh ni...penuh aje...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

banyaknya jem dari tart tu !
puas hati makan..

dari tak terpikir tengok jari terus tenung aje dia...

hahaha..

somuffins said...

AB
You beri tip mengkempiskan wallet suami I tu, heheh. Tunggulah jari jemari slim sket, murah sket kalau pun nak beli omeh..meh3.


Azrina
Puas sangat2 bila dpt tart nenas yg intinya terjojol2.
Psst.. jangan tenung lama2 jari tu, nanti dia bertukar wajah kang; boleh jadi penumbuk dan pelempang. Bahaya tu, lariii cepat !!!!