Saturday, 18 September 2010

LOL = LOL

Sehari dua nih, I terpaksa tinggalkan title LOL yang I sendiri (tanpa prejudis) mengaku di FB. Nanti I claim balik title lady of leisure semula bila keadaan back to normal. Mind you, I masih LOL juga tapi dalam pengertian berbeza. Am now a lady of longlai yang merangkumi tugasan sebagai janitor dan maid (of honor). Senang cewita, kembar Cinderella is back!

Alhamdulillah selesai sesi basuh membasuh segala pekasam. Sesungguhnya 2 hari lepas mentari bersinar hingga kepetang w'pun ada ketikanya awan kelabu berarak pilu cuba menggusarkan hati. Washing machine semolek2 pe'el, takde skru longgar dan takde kipas tercabut, alhamdulillah.

Sia2 mengaku Cinderella kalau tak reti multi-tasking. Masa nihlah I baru perasan ... (ketika asap mula berkepul dihati), MANA perginya bujang dan dara I seramai DUA belas orang tuu?? How come diorang boleh syok2 pergi open house? Tak ke diorang rasa guilty membiarkan ibu tua I buat kerja colang2? Well.. sebenarnya I sengaja lepaskan diorang pergi bersuka ria. I lebih suka buat kerja sendirian atas sebab2 tertentu sebab I cerewet ada piawaian sendiri.

Kali nih I tak gunakan khidmat S langsong. Selama I guna khidmatnya, I think I lebih kesian nak tolong dia aje dari lebih2 nak suruh dia bersihkan rumah yang sekEngkang-kera nih. I thot my sliding door dah cukup bersih selama S menggilapnya but sori naik lori... terferanjats I! Gelas sliding tu bercapuk2 rupanya. Memang selamanya I tutup sebelah mata dengan hasil kerja S. Camana I boleh jadi 'baik' cenggitu? hic!

Semalam juga harinya I berhempas pulas menolak sofa (yang 2-seater +1+1) ketepi dan ketengah supaya I boleh vakum dan mop lantai yang selama nih dipandang sepi dari alis mata yang sepet nih. Habuk nih pun satu. Apa salahnya terus masuk dalam bag vakum yang disediakan; atau terus aje lompat dalam bag plastik sampah tu, kaaan?? Nih taaaak!

Apsal dah masuk Syawal baru terhegeh2 nak bersihkan rumah?? Kahkahkah, perlu ke I jawab soklan cepumas tuu? Insyaallah panjang umur murah rezeki, I akan jawab soklan yang I sendiri soal, tahun depan aje, boleh?

Bilik membasuh baju sepatutnya kering sebab water hose diselitkan kat water outlet tapi I heran camana separuh dari bilik tu boleh basah. Upon inspection, OMG! water hose yang melekat kat body washing machine tu dah terkoyak, kekdahnya. I dapat agak, water hose tu terperanjat sebab banyak sangat tertelan air warna kopi dari basuhan 2 keping langsir, kah3, kih3.

Sebelum TB pergi solat Jumaat, I kena bertindak cepat "I nak bitau you dua hal nih, bla3". Pastu I terus tanya "you bawak duit tak? boleh belikan I lunch?". TB dengan gopoh gapah nak kemasjid menjawab "mana satu yang mustahak? you nak yang mana?". Dengan nada budak baik I menjawab "dua2 mustahak, I nak dua2", hehe.

Yalah kan? I dah penat mengemas, bila kita dah penat, memang tak elok kalau kita pura2 rajin memasak, masakan memang takkan masin punya, heheh. Balik dari masjid, TB singgah Jaiyen beli water hose dan ke stall Z beli laksa Johor. Syukur alhamdulillah.

Sepetang TB kerjakan washing machine tu. Rupanya water hose tu bukan macam hose vakum yang boleh pusing2 siap ek? Kena bertukang juga rupanya. Dia sibuk dibelakang, I pun sibuk sambung kerja rumah yang tak sudah2 tu, sigh ..

Dah penat hingga kemalam, haruskah I masak untuk makan malam juga?? Well.. makan malam ditaja oleh restoran Mak-Bul ... roti nan dan ayam tandoori.

P/S: TB ohh TB ... boleh tak I gantung periuk untuk sehari dua lagi? boleh ke?

8 comments:

Ibu n Abah said...

Chop...
rejeki jgn ditolak...

Ibu n Abah said...

kak som aka akak cinderella aka L O Longlai....
beginilah nasib isteri-isteri yang mithali...
i wasa kalu u nak gantung periuk2 you, okay kot... tapi you jangan habiskan kerja2 u cepat2...
idea i suruh you pakai anduh kat tangan? masa inilah you boleh guna pakai.... kalau you anduh tangan you, paling tidak seminggu you tak payah masak...

Maya Marisa said...

Cik Som,
Cos bulan Syawal, ramai org nak dtg rumah. So, rumah kena tip top.
Sama ler kita, bila nak raya baru nak lap segala ceruk dlm rumah tu, sampai toilet floor pun nak kasi berkilau...

Cik Lurpak said...

kalau saya dah lama dahhhh gantung kuali periuk segala.. tak kuasa tau nak memasak bile dah dapur semua dah licin berseri.. hehehe.. paling susah pun call je McD.. tapi sendiri mau tanggung la kalau jarum scale tu bergerak ke kanan.. hehehehhe

kak ja said...

KS, adakah bila u gantung piyuk, kesannya sama mcm bila pemain2 badminton negara gantung reket?

I tak leh tulis bnyk2, sbb depa bg my word veri 'stopsio'.. mencik I..

fa*atip said...

toksah gantung periuk...bagi je I periuk tu!hehe

azieazah said...

Sehari dua ni bleh ler U ajak berganding berduet dgn TB tu ajak buat keja rumah sesama...

Tengok ler esok lusa, masuk hari ke 3, bukak telinga luas luas dengarkan apa dia bebel plak.

Paling2 pun dia tanya, kenapa dapur tak kuar asap lagi? Gas dah abih ker? Kahkahkahkah!

*FAA nak periuk? U kasi I kuali siap dengan tutup dia jer, dah laaa..

somuffins said...

Salam semua ...

Akak
Anduh tu 'sling' ke? heheh... Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.. Dah pakai anduh tu, biarlah berbaloi, kan?? Dari seminggu berehat, perlulah ia menganjak ke sebulan. OK gak ek?


Maya
Betul tu. Kalau hari biasa, kemas dan lap pun biasa2 jer... TAPI bila riraya, pulak2 ada tetamu, rasa macam semua nook n corners, atas bawah, atap bumbung, gate dan garden wajib bersih sebersih2nya dan kalau boleh di cat baru.. namun amat mustahil dibuat.. so angan2 mat jenin ajelah.


CikLurpak
I nih pulak bila dah sehari gantung kuali periuk belanga, mulalah I naik lemak.. dari sehari extend kedua hari. Tapi bila dah lama tak rajin cam tu, susah juga nak dapatkan semula momentum 'rajin' tu. Mcm2 ek?


Ja
Kesannya tak sama Ja. If I gantong piyuk, I am answerable to TB jer walhal pemain2 badminton negara terpaksa menjawab dari berbagai pihak namely Raja Azmi dan siAnu dalam botol, ahaks..


Fa
You sure nak periuk yang I gantong tu? Pasti? Muktamad? Takde turning back okay?? Ambiklah Fa.. boleh gak you tambahkan lubang2 pada periuk yang tersedia berlubang tu. Bila dah siap cendol, jgn lupa koling2 me k?


Azie
Har3. Ekceli TB ada kerja tetap 1. bersihkan n beri makan kuch 2. sapu daun kering 3. collect surat dari postbox 4. iron baju sendiri 5. vakum bedroom n basuh toilet kami, auww.. 6. Basuh pinggan sendiri lepas makan 7. buat kopi sendiri lepas pukul 11pm 8. Ad hoc (eg kerja memasang hose kat wash. machine tu) *Hmm.. rajin gak TB tu kan?*

Bab masak pulak, kih3. Pada satu hari masa I tak berapa nak rajin melembikkan ikan keras dari esbok, I pun masak sardin. Dia tanya "esbok dah takde lauk ke?". Tanpa rasa bersalah I menjawab "adaaa tapi I malaslaa". Sekian.