Monday, 6 September 2010

27 Ramadhan ... pulut kuning!

Apsal bila umur dah lanjut (ooops, I ke?) kenangan silam menjadi2 putarannya diminda? 1-2 hari lagi Syawal menjelma... segala kenangan masam manis beraya semasa kecik, belasan tahun, anak dara dan seterusnya mengacah2 bagaikan menonton filim Cathay Keris dilayar perak ...

Sharpie d'oven masih belum merealisasikan impian I untuk buat 2-3 jenis bithkut raya. Seketul mentiga berulang-alik keluar masuk esbok tanpa rasa penat. Nak wat camno? Hati tiada girang untuk buat benda2 tu yang berkehendakkan konsentrasi.

Bila buat kuih, I suka guna jenama 'Ladang Lembu' tapi kalau takde yang tu, jenama 'Mentiga Cawan' pun boleh juga. Harga kedua2 nih selalu naik turun @ fluctuate cam harga pasaran saham. Baru2 nih I hangkut 4 ketui 'Ladang Lembu' sebab murah dari biasa @ RM2.59 seketui (manakala harga 'Mentiga Cawan' @ RM3.49 seketui).

Masa zaman Mak/Chik buat kuih raya, diorang mesti guna mentiga 'Golden Churn' (tak reti nak translate, hehe .. Putaran Emas kot?) yang dijual dalam tin. Sekarang ada dijual jenis 'ketul'. Mahap cakap, mentiga tu kaan, sebaik aje tinnya dibukak, bau yang keluar sah sama bau ta*k kuch2 hota hei.. Bercakap nih melalui pengalaman silam, semata2 benar tidak lain dari yang benar belaka :-)

Selain guna mentiga tu, Mak guna mentiga SCS juga. Dulu kala harga mentiga SCS hanya 95sen (kemudian naik jadi RM1.05) tapi sekarang harganya dah hampir RM8. Seketika dulu, I fasih dengan harga barang2 dapur sebab Bak ada kedai runcit. I jaga kedai waktu abang2 solat Jumaat. Ingat lagi masa tu ada sorang mamat nak beli bawang besar 50sen... hadoii.. nape tak beli setengah kilo atau sekilo aje, kan senang kerja I? Dahlah I lemah maths..

Mentiga atau margerin lebih elok? Tepuk poket, tanya selera. Sila klik sini tapi tak paksa, hehe.

Nostalgia zaman sekolah bila Mak/Chik tak sempat masak lauk, kita suka aje dapat makan nasi panas2, bubuh sesudu mentiga, tuangkan kicap secukupnya .. gaul2 dan makan dengan telur mata lembu atau ikan bawal digoreng dengan mentiga. Fuhh! malas nak ceWita .. nikmat!

Tak sempat tunggu raya .. Mamar Carries dan Makmur dah tinggal 1/4 manakala tart dah luak 1/4 bekas penutup merah.

Hari nih I baik sebab tolong naikkan ekonomi penjual warong lauk pauk kat penjuru simpang rumah. Makna lain I JJCL (cari lauk). I beli kari daging, keli berlada, paceri nenas, sayur taugeh kepala besar n samval velasyan. Besok last day dia berniaga. Alahai ...

I beli lauk2 tu sebab nak konsentret memasak rendang dan pulut kuning atas permintaan T yang baru saja khatam. Syukur alhamdulillah ...

18 comments:

Ibu n Abah said...

Yahooo..
i nombor satu..
hadiah besday kot...
toche..toche..

Ibu n Abah said...

kak som,
i pun nak dekat katam.. i nak pulut kuning...

en_me said...

rajinnnyer beli lauk2 tewww..

Sizuka said...

nak pulut kuning!! suka sgt2 pulut kuning especially bila makan dengan kerutup :D

somuffins said...

Salam semua ...

Akak
Harap you suka terima hadiah harijadi you kali nih, hehe. Nak pulut kuning? Silalah sudi2kan, heheh.


en_me
Tulah, I pun perasan I mmg rajin
:-)


Sizuka
My pulut kuning dimakan dengan rendang tapi mcm ada rasa kerutub2 jugak, haha. How camtu??

Rima said...

Alhamdullilah.. suka dengar orang khatam .. suka melihat owang buatkan pulut kuning after khatam.. the other day i was talking to my hb abt pulut kuning.. ade acuan untuk membuat pulut kuning bertingkat tingkat.. macam nak beli but jarang dipakai so terpaksa lupa kan saja

Cap tong memang kuat bau butternye.. cap WIJSMAN brand also the same but WIJSMAN lagi mahal. bau but begitu lah if butter that has lots of butter fat content in it.. thats why butternye bila letak kat luar semalaman pun masih lagi solid.. tak cair at all.. anyway tak sangka dulu harang SCS begitu murah ye cik som :o)

Maya Marisa said...

Cik som, terliurnyer i tengok pulut kuning you. U beli mentiga cap ladang lembu tu kan mana?? Bole gak i buat stock if the offer is still on

Cik Lurpak said...

kalau kat Malaysia,nak buat kuih kena pakai buttercup ajo, sebab tak mampu nak beli lurpak..hehehehe.. tapi sini lurpak kire murah la..tapi ada lagi yg murahh la kann...hehehe..

nak pulut? baik2 makan pulut, angin banyak ooo

knv said...

selamat hari raya ciksom. minta maaf atas segala keterlanjuran semasa berblogging. :D

somuffins said...

Rima
Perkataan 'macam nak beli..' sentiasa ada pada owang pempuan ek??

Psst.. you tau umur I dah berdekad2 kan?? So jgn terperanjat if during my time, SCS butter cost 95sen and gradually the price went up, up and up.


Maya Marisa
Pulut kuning tu nampak real kan? Hehe.. my 3rd time try. I kurangkan santan. Sila jemput makan :-)
Mentiga cap ladang lembu kadang2 on offer kat Giant/K4. Ladang lembu berentap dgn Mentiga Cawan tapi I tak sure whether the offer is still on.


cik Lurpak
Since Lurpak mahal kat Msia, apa kata you jadi Duta Lurpak? hehe..
Kalau orang tak tahan,
Makan pulut angin banyak?? Lepaskan aje, har3.


knv
Sama2lah kita wpun perkenalan kita baru je ek??

ahkakbatik said...

wah pulot kunin.... tengkiu ciksom kasik saya idea bukak poser hari ni...

tapi saya masak sendiri ler.... bukan manapau je kejenya...hikhik...

somuffins said...

AB
I nih menapau, menapau juga (membantu pekedai kekdahnya); tapi masak, tetap masak. Rendang I masak dengan keringat meleleh2, while pulut tu I stim sendiwi taw.. (mcm big deal pulak walhal stim 2 pot aje pun, kah3)

Aida Rezuan said...

Cik Som,
Sharpie masih ala2 warming up gitu la ye? Huhu!

Tengok pulut kuning Cik Som, terus tingin nak buat. Tak lawankan dengan sambal tumis ikan bilis ke Cik Som (taruk petai sket ke.. amik bau dan rasa gitu)

somuffins said...

Aida
Ya betul, Sharpie dlm mode ala2 warming up gitu.

I ada masak sambal tumis ikan bilis tapi tak teringat plak nak makan dengan pulut tu. As for petai,kalau ada yg cantik, bolehlah I guna sket.

Yat Maria said...

cik som,

jap lagi leh bukak tin putaran emas tu..leh taw really ek bau dia tkhh??muehehehe...

tak prasan harga butter meningkat cam tu..maklum wat kukis2 & kek2 nih pun tak braper lama gitewww..

tgk gayanya...yr M & MC ada harapan jadik cam my MP..

somuffins said...

Yat
Kek lapis tu you guna butter dot2 kuch2 hota hei ke? hehe, mesti sedaps.

U r right! my M & MC senasib your MP, dah nyawa2 ikan.

DrSinga said...

sehari sebelum raya...
alamatnyaaa...tinggal bekas je la...

somuffins said...

Doc S
Sesungguhnya .. telah kelihatan lantai balang ...