Friday, 10 September 2010

Alhamdulillah ... panjang umur murah rezeki

Banyak hal yang menyebabkan I gembira pada Aidilfitri kali ini (tolak tepi seketika pada hal yang dot3). Semoga raya tahun depan keadaan berubah menjadi lebih sempurna, insyaallah.

Bila TB tiba depan pintu sekembalinya dari solat raya, I sambut dengan menghulurkan 10 jari meminta ampun dan maaf, tssk..tssk..syahdu! Berkaca2 juga mata nih dibuatnya (berjanji dalam hati nak jadi sebaik2 bini suri yang menyinari dan menghabiskan sisa2 hidup bersamanya, auwwah3).

By 11am kami berempat dah tiba rumah Teh. W'pun majlis raya dibuat dirumah Teh, I dengan tak malunya tumpang 'venue' menjemput my anak/menantu/cucu angkat kesana. By tengahari, rumah Teh dipenuhi tetamu terdiri dari adik beradik, ipar duai dan anak2 sedara.

Juadah tahun nih ... wah3 .. terlebih2 melimpah ruah, alhamdulillah. Wpun pening2 lalat nak makan mana satu (TB sure pening, kih3), I tetap dengan pilihan ketupat nasi, ketupa pulut daun palas, sambal gor, sayur lodeh (minus gravy), kuah kac dan kelapa ... tak tau apa namanya pulak. It was Mak's specialty but now diwarisi oleh Teh (as Teh has long been exposed to preparing it). T dah mintak Teh perturunkan resipi *a sigh of relief for me*

Kelapa, ikan parang (dibakar dulu), cili, daun kunyit etc. digoreng with slow fire. Hadoiii.. tak sabar juga nak tunggu bila dia nak masak (psst.. Buat julung2 kali Teh telah menderhaka pada resipi Mak.. Kali nih dia tak guna kelapa yang diparut ikut piawaian resipi asal Mak). T namakannya 'kerisik' maka tentangan hebat diberi oleh Uminya. Apa kes kan?

Manisan to entice the children. Yalah, kata raya kan? Biarlah diorang nak rongak pun, kah3. Tuu, jari jemari runcing Hanna, kerja dia mengira gula2 aje maklum dah pandai mengira wantuutri ...

Bila anak2 sedara balik, penuhlah tas tangan (yes.. kecik2 dah ada h'bag, I dulu masa mula2 kerja guna envelope kuning aje, muahahaha...) dengan gula2 manakala my nephew tapau gula2 simpan dalam songkok. Apa2lah, asal jadi anak yang baik macam Umi, okay??

Oh yess .. my samtum sotong diberitakan habis licin ketitisan kuah terakhir, heheh. Kali nih, for the first time I guna belacan sebab rupa belacan tu cantik, bersih dan mulushh aje.

Tengahari esok bertolaklah kita ke kampong halaman TB, insyaallah. Hingga jumpa lagi ... Salam mesra ..

6 comments:

Sizuka said...

sedapnya juadah CS! mine was nasi kebuli, cooked by me.. huhuhu.. i wanna eat nasi kebuli yg dimasak oleh orang lain pulak. letih la jadi cook! :(

bila nak jemput i pegi beraya kat rumah ni? :D

kak ja said...

U hulur 10 jari, I plak 8 je.. cuba teka jari mana yg I tak hulur kat dia.. hehehe..

Kalau tak cukup rajin (another way of saying 'terlebih malas') n kurang tahap kesabaran mmg tak bleh le nak masak ur aruah Mak's specialty ni..

Aida Rezuan said...

Cik SOm,
Mana gambo empunya badan dengan baju raya lip lap nye? :D

Maya Marisa said...

agree with u, tradition got to be passed down. I nie, kawin dgn jawa, sempat jugak la tuntut ilmu dgn mak mentua i buat sambal goreng n urap n kuah pecal. Nasi ambeng aje blum.

Ibu n Abah said...

kak som...
lamanya beraya kat jasin...
nanti update citer kat jasin pulak yer....
i dah sampai rumah ni.....
seronok.. macam ikan masuk dalam air rasanya...

somuffins said...

Salam Aidilfitri ...

Shidah
Lain kali jgn masak nasi Kebuli cos you akan terasa2 macam kena buli plak, hehe.
Psst.. Rumah lum habis berkemas lagi nih. Bala tentera buat dak aje. Gerrram.


Ja
Tak boleh bayangkan orang bersalaman dengan 8 jari jer. Camana you buat? Tolong demokan.
P/S: My Mak's specialty tu I kena gak belajar sbb I suka mende tu :-)


Aida
Empunya body takde baju lip lap atau lap lip. Nak tampal gambo takut skrin laptop nih tak muat plak, kih3.


Maya Marisa
Harus belajar sbb masakan tu very d authentic one, kaaan?? Nasi Ambeng pun kena belajar gak tapi rasanya tak susah mana .. wahahah.. look who's talking??


Akak
Tiba dari Jasin City (auwww) pukul 9pm semalam (Thalatha). Now tengah berperang dgn bebaju. Diharap mentari memancar hingga malam.