Wednesday, 24 November 2010

Sesuka hati nak saman ...


Pagi tadi I pergi kedai (dekat aje pun) tapi masih suruh D hantarkan, hehe. Dah terlanjur dia keluar, haruslah berbakti pada ibunda, khan?? D tanya camana balik nanti? I kata pandailah I. So, dari kedai I naik bas no. 11 (tamsilan guna 2 belah kaki) dengan tempo ala2 brisk walk (kot boleh terbakar lelemak barang seratus dua gram).

Sambil berjalan sambil pandang belakang, kiri dan kanan. Takut hantu juga sebab ada kes ragut pernah berlaku disiang hari kat area tu. Bila tiba rumah, TB tanya "you balik ikut jalan depan ke belakang?". Jalan depan means jalannya yang agak sibuk dengan kereta dan orang lalu lalang; while jalan belakang is quite aman, lengang n sunyi (sesuai untuk drama hantu, hahahaiiii <- belum apa2 dah mengilai nih).

Kenapa TB nak tanya2 lagi walhal I dah pun selamat sampai kepangkuannya in one piece, kan? Dengan niat bercakap benar w'pun perkataan yang terkeluar tak berapa nak benar "I ikut jalan depaan", maka adakah .... adakah I dianggap dot3? Gulp!

Pergi kedai tadi tu I beli macam2 benda termasuk susu pekat dan santan kotak. I tengah geram nak cuba buat apam mekar @ apam yawn (sepatah kata Yat); dalam masa yang sama terkesima nak buat kek paun susu pekat.

Camana tak terkesima? I baru timbang semangat tengok kek Rima, tup2 Yat/Anie dah kedepan siap mengadun dan bakar the real cake. Cumanya Anie beri kek pada jirannya dan Yat?? Come closer, whisper2 .. pernah tak dengar cerita orang sorokkan kek dalam bilik tidur? har3... Nakal ek orang itew?

Masalahnya sekarang, I tak boleh buat apam mekar sebab hati takde senang selagi gas lama tak habis. Sedang apam baru naik mekar, gas pulak habis, takke stunted kemekarannya nanti? As for kek paun susu pekat tu, macam terasa2 aje kat tekak nih tapikan tapi ...

Anyway ...

Petang semalam Pk n cS telefon memberitau kereta diorang yang terletak sekitar kawasan rumah kena saman oleh majlis perbandaran. Kita semua dah duduk sini <> 20 tahun tentunya kejadian tu dianggap ANEH! Sejak bila akta majlis perbandaran diubah so much so tuan kereta tak boleh letak kereta disekitar tempat tinggal??

Ada juga cakap2 lepas mengatakan adalah sorang tu yang buat report saja dengki. Almaklum sekarang nih sebuah rumah boleh ada 2-3 biji kereta. So kat mana nak diletak kereta2 tu semua sedangkan sebiji kereta aje boleh molek2 muat diletak dalam kawasan rumah berpagar. Selebihnya mestilah diletak atas tanah hak majlis perbandaran, tul tak?

20 tahun berlalu .. surely anak2 yang dulunya masih bersekolah menengah dah pun habis belajar, bekerja dan pasti mereka miliki sekurang2 sebiji kereta. Sekarang nih pun yang masih belajar dah dibelikan kereta. Jadinya ... sebuah rumah yang kompaunnya ala2 muat tak muat contohnya, hanya boleh muat sebiji kereta 'dalam gate karat' dan sebiji lagi atau beberapa biji lagi diluar gate .. tumpang tanah majlis perbandaran..

Jiran depan rumah ada 4 biji kereta (berjenama semata) tapi diorang baru jer pindah ketempat lain. Phewh .. good riddance. Nak tau why I say good riddance??
.
Rumah I tak mengadap bahagian depan rumah jiran so that means depan rumah I ada tempat letak kereta yang muai. Oleh kerana jiran tu dah memandai buat side gate kat tepi @ belakang rumah, maka that muai parking lot has somewhat becomes kurang muai. By law, buat side-gate memang menyalahi undang2.. (gitulah I diberitau) tapi heran, tak pulak diorang kena saman ek?

Bila pasti jiran tu dah pindah, adalah sifolan yang berani letak keretanya just outside the side gate. Tup2 jiran balik kejap, tak boleh letak kereta dia kat tempat biasa. Teruslah sifolan dapat pesanan bertulis guna sehelai kertas berbaris2 dikoyakkan dari buku latihan anak .. kah3 .. dengan kata2 yang cantik tersusun, siapa makan cili dia terasa pedas, kekdahnya gitu.

Camana I tau pasal surat tu? Ehh you nih pun, I kan jiran perihatin kaan? BTW, 1 biji atau 1 buah kereta? Tetiba tak pasti, ngada jer!

Kalau nak betulkan sesuatu yang salah pada pandangan majlis perbandaran, then I would suggest they go to Taipan area. Kat Taipan tu apa aje yang motorists tak buat?? Double parking, triple parking. Dari 2 lane tetiba boleh jadi 3 lane. One way jadi 2-way. Signal light jadi perhiasan semata. The infamous quote "kereta besar otak kecik" juga berleluasa!

So far no one in their right frame of mind dare to park his/her car dalam longkang atau atas bumbung! But who knows kot ada kes desperado buat cenggitu? Malaysia boleh!

9 comments:

Mama said...

Salam CS

Bertuah hari ini dpt rasa jd nbr satu

azieazah said...

SOM..
apalah sangat nak dengki pada orang yang ada 3,4 keta.
Lebih baik dengki orang berbini lawo.. anak sekolah pandai dan orang bersuami hensem kumis cari makan.

yer tak? hahahaha!

Ibu n Abah said...

kak zah...
selamat menduduki tempat pertama...
kak som...
kisahnya hari ni memang mencabarkan. ada ke patut kawasan perumahan letak kereta kena saman?.. memang tiap-tiap rumah akan ada lebih dari 2 kereta dan lumrahlah kan masa kini....
MPSJ memang tak fatut saman pemilik kereta dalam kawasan perumahan....

Yat Maria said...

Cik Som

hehe...tersenyum kambing membaca...nak taw, berkat sorok kek dlm bilik lah maka dapatlah dude menjamah sampai 3 kuping sekali gus...dan dgn itew tercapailah hasrat dia dpt makan sebelum dudans..masa I idang pon those dudans ada gak tgk ngan mata terkebil2 sbb masa dia orang memantau seluruh kitchen area..tak nampak pong sebijik cake!! muehehehe...tapi trick sembunyi cake in bedroom cuma bule lakukan sekali sajer sebab depa dah taw sekarangkan.. :)

Now, sekali pegi kedai, beli barangan utk 2 jenis bakes..jadi kita tunggu those bakes of yours..jgn lufer blg Anie if u bake that CMP cake..sian dier tak dpt makan..(ehh..mcm la u buat & dia dpt makan...tak jugak kan..but thats besides the point la..)

have a great Thursday :)

Anie said...

Somuffins,

Jgn tunggu2 lagi...cake itu sudah memanggil2 nama mu :) hehehez. Lagi2 biler Rima dah jadi ur cheer leader dgn I dah kasi aura dkt u...InysAllah boleh punya. Malaysia boleh....hehehez :D

somuffins said...

Salam semua ...

Mama
Bertuah ke?? Hidup Mama !!!!


Azie
Dipendekkan cerita yang panjang, lebih baik jangan dengki2. Kalau nak pun, jeles2 manja cukup!


Akak
Dua jiran yang terkena saman tu, kereta diorang park 'depan hidung' aje. Takdelah park jauh sampai ke USJ10 sana tu ..


Yat
Susahlah cenggitu sbb you dah takde tempat 'persembunyian' lagi. Takat masukkan kueh dlm bekas n simpan dlm almari baju, masih boleh diikhtiarkan lagi ..
No wonder you rajin buat tu, buat nih.. sebab dudans very supportive.


Anie
Insyaallah bila I buat I kasi you 6 potong k? Maybe I buat on Saturday as buah tangan for a friend. Nak urut semangat biar dia naik... *inhale.. exhale .. *

Uncle Lee said...

Hi Somuffins, I love your lively humour....ha ha, park in the longkang. Haven't heard that word long time too.
Disini, more often kereta kena towed away....
You have a nice day, Lee.

CikLina said...

cik som marah eh??? hehehhe...

ps: i ternampak uncle lee... Hi uncle lee... how are you?? :-D

somuffins said...

Hi Lee
If you dont want to remain sane forever, do come over to Taipan. Maybe we both could park our cars dalam longkang and be oblivion to the surrounding; and we shall see what will happen next.

Have a nice day! Kat sana dah snow ke?



CikLina
Marah?? Since I tak kena saman, I taklah marah tapi geram jugaklah ..