Tuesday, 16 November 2010

Shrew ...

Plannya nak buat jejemput udang tapi dibatalkan dengan sengaja, hahah. Dah 3 hari I begitu bersemarak buat breakfast untuk kita berdua so hari nih giliran TB plak buat breakfast. Cara dia buat breakfast memang mudah, singgah aje kedai mamak atau warung atau kiosk. I tak cerewet asalkan jangan belikan I roti telur .. nehi, nehi ..

Breakfast pagi nih, roti canai dan roti telur cicah dengan kuah masalah masala kambing tanpa dagingnya. Selalunya I akan goreng semula my roti canai biar garing tapi hari nih tak berapa rajin. Harap maklum.

I ralit setiap kali tengok 3 ekor tupai selalu bermain2 kat kawasan rumah. Kerjanya asyik melompat dan merayap duk kacau bunga Ixora, panjat heliconia, panjat staghorn pastu gi 'curi' makanan kucing (gaya dia capai makanan kucing dalam bekas dari luar cage, teramatlah comel).

Dari depan, tupai2 tu pandai pulak merayap kebelakang rumah. Bila I sedekahkan makanan pada kucing2 tanpa tuan, tupai2 tu pun nyebuk berebut sama. Bagus betul tupai boleh berkawan dengan kucing, kan? Tupai tu pandai jugak, diorang ekceli keep a distance dari kucing2 back alley tu kot silap hari, silap bulan, tupai dijadikan makanan plak, har3.

Bulan lepas sekor minah tupai dah tersesat masuk dapur. Kiranya dia terferanjat tufai bila terserempak dengan manusia within inches away dan I lagilah terferanjat thinking that it was MikiMaus. Pernah tengok camana minah tupai bergerak tak?? Cepat cam kilat! Semput jugalah I duk perambat dia suh keluar. Last2 dia naik atas dan keluar menerusi tingkap bilik air.

Ahad lepas, 2 ekor dah terserempak dengan T kat washing area maka lintang pukanglah minah2 tupai melarikan diri, habis dilanggarnya apa yang ada. Semalam, ada sekor lagi masuk ikut tingkap dapur. I mula perasan bila terdengar something jatuh.
.
Wah2.. cik minah tupai kita dah pandai mencuri pithang emas cikSom rupa2nya ya??
Menurut 'pegawai perhilitan', siapa lagi kalau bukan TB, yang disebut2 tupai tu bukan tupai = squirrel tapi nama ngikut mykadnya ialah 'schrew' (tak pasti orang melayu sebut apa. Tupai juga kot??).

So semalam, sekali lagi I beraum cak dengan minah tupai. I kejar dengan penyapu kasi dia gerun sket tapi masih berlembut "Pai.. keluarlah Pai...". I suppose minah tupai dah keluar dengan selamatnya tapi sampai hati dia boleh 'throw big water' 2 tompok kat dapur I.

Besok raya korban kan?? I diarahkan supaya tidak memasak apa2 sebab as usual kami akan berkumpul kat rumah Teh. Untuk menutup malu, I akan buat some desserts (phewh!). Since jiran2 pun tak balik kampung, malam nih kitorang plan buat majlis tahlil dan makan2 ala pot luck.

I dah mula seramz sejuk nih.. Apa patut I bawak kesana malam nanti?? Jejari Kongo kah? Currypuff daging atau mee PK kah? Bila keadaan cenggini, serta merta fikiran jadi buntu. Hellpphh!!!

20 comments:

fa*atip said...

waahh..sekarang dah tak de orang cop tempat pertama ye! So, bolehlah I slow and steady je taip komen ni! hehehee....

tu tupai yg cute kat rumah you ke tupai google? fuyoo kalau tupai kat rumah you memang la caya, menunjukkan cekap betul ciksom mengambil gambar mengalahkan paparazi... hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

USJ bertupai ke kak?

Selamat berPotLuck !

Jangan lupa citer lepas dah masak nanti..

Malam ni saya kena masak rendang utk bawa ke rumah emak. Sedih sebab kami sekeluarga aje di situ esok sebab emak nak ke Melaka.. huhuhu..

somuffins said...

Fa
tu tupai cucu cicit grandpa Google. Lupa lak nak tulis credit kat dia. Btw, u dah mula masak juadah raya lum?

somuffins said...

Azrina
Dimana2 kwsn perumahan mmg ada minah tupai. Diorang geng dgn cik CT kus. Masih x dapat ilham nak masak apa, tollllllonggg !!!

Anie said...

Selamat Hari Raya Aidiladha Cik Som, kami di NZ pun celebrate Raya esok.

Rumah I mmg ada stock microwaveable popcorn dlm pantry ;) Last week tgh offer mulah-mulah, lelong-lelong....satu pack cuma 99cents jer...I borong setengah container uuuu :D

Ibu n Abah said...

kak som..
Fa....
(sempat jugak nak menyapa pada Fa di atas nun....)
Fa.. jangan tak tahu... kami ni berperang sakan kat dapur sampai terlupa nak kemana-mana pun....
Rendang dah masak???
Kak som...
Tupai you tu,.. u sure ke tupai girl?.. kalau tupai boy cammana?...
Selamat bermakan-makan di rumah Teh...

fa*atip said...

you all kalau nak tahu, masa i menaip ni kaki badan I sakit2!! Baru lepas kemas dapoq!!! huhuhu...siang tadi sibuk pegi pasar, pegi bank, segala...en atip pulak ambik turn..semua org lelaki kat rumah ni posa...la ni tengah sibuk masak bebuka weiiii...malam kang baru i masak rendang...hahahaa...tak sempat pagi esok maaaaaa....hehee

azieazah said...

Hikhikhik dok bayang SOM bersilat lawan melompat dengan tupai kat dapur. Entah sapa yang terkinja lebih tinggi. hehehehee

Masak? Amboiii tetiba tukang masak handalan boleh buntu fikiran nih..

Masak air jer lah kot. Amacam?

azieazah said...

FA.. U nak urut tak?

I leh tolong urutkan, dengan syarat U pasang tali buai kat tengah rumah. I bergayut kat tali buai, urut belakang U guna kaki. Gerenti mujarab I tell youuuu....!

kak ja said...

Kak Som, I dah lama tak mamam roti canai teluq.. ie sejak.. (nnt I story kat 'sana' nuuunnn)

Kalau I terserempak dgn tupai, tentunya I menjerit terkejut tgok dia; dia pun menjerit teruja berjumpa I idola dia.. ngeh3x..

Rendang I dah lama siap tawwww... Aziz Ikang pun dah mai antaq keputat I order kat dia.. nyam3x..

Cik Lurpak said...

Masaklah apa -apa cik som, asalkan jgn tupai goreng sudehh.. hehehe

Rima said...

Cik Som..
Salam Aidil Adha to u and ur family.. besok makan ok.. tosah pikir nak diet miet.. bedal aje and what to prepare for desert.. i suggest si congo cos its cepat dibake.. sedap di makan hehe

PatinPasta said...

Cik Som,
Apa kata kalo bawak jek suma skali. Jejari Kongo + Currypuff daging + Mee PK. Gerenti tak menyesal. Hehe!

* soklan! kenapa Cik Som tak suka roti telur?

Maya Marisa said...

Cik Som,
Jejemput pisang ajer pun ok jugak...my peberet tuuu

fa*atip said...

amboi, very the ganaihnya cik azieazah kitaaa!!! heheheheee

Yat Maria said...

Cik Som..

u delete my comments ek???huwaaaaaa....

Yat Maria said...

amacam Cik Som..dah join lom?

somuffins said...

Salam semua, thanks for commenting. Puan Editor akan menjawab setiap komen, mahap dipinta sbb dia asyik kekenyangan jer.

Anyway YAT, pardon me? I delete your comments?? What comment was that?? Tidak sekali2 ku buat begitu wahai YatMaria... nope! (I lum join, will do so much later).

Yat Maria said...

eh eh Cik SOm..dun mare arr..tanya jek..ni computer office dah nak kondem gaknya..dah lah tadi my chat box read only jer..mare ker?

somuffins said...

Salam Aidil Adha ...


Anie
Camana buat popcorn dlm microwave?? Nanti tunjukkan n tampal kat blog, boleh kah??
Psst.. you borong popcorn hingga sekontena? Ganazz tuuuuuz....


Akak
Tupai tu memang tupai TINO sbb I nampak dia pakai tag bertulis 'Cik Minah Pai', ekekekee...


Azie
Since Minah Tupai lebih ringan dari CikSom, maka lompatannya lebih menganjal. Tukang masak kalau dah buntu, dia terus terlupa yg dia ada dapur :-)


Ja
I pun dah lama tak mamam roti teluq. Adakah kerana sebab yg sama?


CikLurpak
Tupai goreng? Nehi nehi .. tapi kalau makan kat restoran Tupai Tupai, mabeles khaan??


Rima
Thot of baking Congo bars but hati n tangan tetiba buat mende lain plak. Diet?? What's that? har3.


Aida
Tenaga I tak cukup power untuk buat all the grubs you mentioned. Nape I tak suka roti telur?? Ekceli I suka roti telur, CUMAnya I tak makan buatan dari kedai mamak. Sebabnya?? I sangsi dgn telur yg diorang pegang sebelum dipecahkan kedalam roti. Telur tu dah dibasuh lom? Itulah sebabnya..


Maya
Jejemput pisang? Har3 ... I buat dan I juga yg akan makan nanti; takyah kasi diorang. Imagine kita berdua makan jejemput pisang.. mesti nak tamak2 kan? akakakaa..


Fa
Berhati2 dengan Azie tu. Bila mengurut, jari jemarinya akan bertukar jadi CLAW ketam.. almaklum..


Yat
I tak mare cuma agak terferanjats tupai jer, heheh. Psst.. pasal contest tu, tension jugak sbb I kenot find a good post. Aisayman..