Thursday, 17 December 2009

Sharpie ku ...

Sharpie baru jer balik dari spital KLL Electronic Svcs. Kesian dia sengsara koma selama 14 bulan mengidap 2 jenis penyakit (1) takde upaya memanaskan diri sendiri (2) sori I tak tau nak terangkan jargon berbau teknikal.

Terlanjur Sharpie di'godeh2', I suruh 'doktor kat spital tu' gantikan bulb penerang hati si Sharpie. Selama bertahun2, bila I masukkan makanan keperut Sharpie, I tak nampak apa2 pun sebab perutnya tersangat gelap. So now, cerialah hati I sebab dah boleh nampak keadaan dalam perut Sharpie setiap kali kapkek, puding, roti waima air kothong sekali pun masuk keperutnya. I dah boleh nampak dengan terang benderang tindak-balas dari pewotnya, alhamdulillah.

Sharpie's new lease of life costs me RM210 which includes RM30 for the bulb penerang hati. Bisa nggak gue tuntut wangnya dari bapak TB? Eeyaa, bapak TB kelihatannya senyum2 aja tanda pasrah. Tanpa kata2 manja, gue hanya mampu layangkan 'flying kiss' padanya aje ... ffffffiuuhhh..
.
My 10-year old convec./mw
.
If not for T yang asyik berleter jer kat I "Mi, anta repairlah Mi" .. "kalau tak boleh betulkan, belilah yang baru Mi" dan macam2 lagi rengekan dan sungutannya just because dia susah nak hangatkan makanan esp time hari raya lepas, maka lebih lamalah si Sharpie in comatose.
.
Yalah pun, nak hangatkan makanan memang senang guna MW khan? Ditambah lagi sungutannya bila ada kawan yang hadiahkan samting masa besday dia hari tu - ramuan dalam botol untuk buat biskut. Anyway thanks T sebab naikkan semangat Umi yang dot3 nih w'pun kadang kala tinger Umi bingit with your endless 'whining'. Love U!
.
I boleh sesuaikan diri tanpa bergantong hidup pada MW tapi I akui MW lebih menyerlahkan lagi senyuman I bila kat dapur. I nih cerewet tapi tahap kesabaran I boleh tahan gak tebal, heheh (bbpj). I boleh aje hidup dalam 2 alam yang berbeza, alam susah dan senang. I don't mean 2 alam yang tu taw. Tapi I amat rindukan my oven .. tengok orang tu meroti, memuding .. aaarghh.. gewamnya! Sekarang bolehlah I berjinak2 membaking ... (huh? rajin ke I??).

Nota: I belum lagi jejak kaki ke KL Sentral atau ke Alam Sentral (tapi alam ghaib memang dah pernah w'pun I tak ingat apa2. Yalah you, sebelum kita kat sini, kita kat SANA, kan kan?). Ehh, releven ke I bitau? Ada orang kesah? kah3 .. tapi I kesah plak? *smile melerek*

Sempena Ma'al Hijrah esok, azam I yang pertama: ingin sangat2 jadi LEBIH rawjin dari biaserr2 punya rawjin .. Semoga Allah permudahkan usaha dan azam I (kearah kecemerlangan). Amin.

22 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
sharpie you sama dengan sharpie I... dulu kan dialah yg canggih... kan..kan..kan... (angguklah sama-sama...) Ada convection lah... tapi i bukannya faham nak guna.. setakat panaskan lauk pauk ajer... kahar yg lebih tahu tapi i yg kena mengadap nak masak...
I punya pun dah uzur.. hantar kat orang perseorangan yg mengaku boleh baiki... terus lenyap.. (salah i sepenuhnya kerana cepat kesian kat orang yg namanya melayu.. anak ramai.. kononnya boleh baiki barang letrik... dah lepas kat dia dgn duit beli alatganti.. hilang.. call lagi dah tak boleh dihubungi...)
Sekali-sekali bila i rindu, bolehtak i tengok2 gambar sharpie you?...

somuffins said...

Akak, adakah kembar siam oven/mw kita tu?? Aaargh, dah jodohlah katakan, tuannya pulak beronggeng kat sini. No prob. Buatlah Sharpie tu cam Sharpie Akak juga, okay?

Tulah kan, kita nak tolong sesama kita, tapi *sigh*..

kakcikseroja said...

CS...

Aminnn.. utk doa CS tu..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

lepas ni boleh buat cupcake lagi ya...
salam dari klang dan selamat tahun baru Maal Hijrah

QueenJah said...

oh... tu yg dari pagi asyik gelaaak jer... mmg dah agak dah, oven dia dah sehat....

somuffins said...

KakCik, timakasih.


Wkumsalam Ezza, salam Maal Hijrah untuk you juga. Penat tak pi makan angin jejauh tu?


QJ, tulaaa, I memang takleh senyum, kena gelak juga. Gelak penuh makna.

kak ja said...

CS, u tunggu nnt I buat n3 khas pasai MW oven I.. hehehe..

Salam Maal Hijrah, CS!! Jom pasang azam baru.. kurangkan pembaziran mknan dan lbhkan skit penggunaan air!!

somuffins said...

Ja, salam Maal Hijrah..

I dah pasang azam dah - to be rawjin. Rawjin dalam segala hal termasuklah bab ... (baik kita jangan thebut2 nanti ada orang themburu kat kitanyer azam).

p/s: cepat citer pasai mw tu..

ain said...

saya pun x leh hidup tanpa microwave oven saya gak!!!hehehe

slm maal hijrah utk kak CS sekeluarga!!!

somuffins said...

Ain, salam Maal Hijrah untuk u n family.

MW ni macam kereta auto kan Ain kan?

anneaziz said...

CS,

SALAM MA`AL HIJRAH!!!

Semoga Allah menambahkan tahap kerajinan you dalam semua perkara bagi tahun ni!

Kesian si MW comatose begitu punya lama! Nasib baik masih boleh di rehab!

Nampak nya sikit hari lagi berentap lah CS dgn QJ dgn hasil baking membaking eh?

somuffins said...

Anne, salam Maal Hijrah ..

"Amin" ... I melengkapkan doa you, terima kasih bebanyak.

Oven/mw in comatose for 14 mths tapi untuk dibaiki, it took only a few days. Cancerians are great procrastinators kah? kah3, shhh... dendiam takleh cakap kuat2).

How can I berentap with QJ? I dare not. She works like lifas khodongs, and I'm like .. like sloth .. nenek sloth ;-)

anneaziz said...

CS,

What can I say? Procrastination is my middle name too!

Kalau u sloth, tak tau ler i ni aper bende...agaknya macam sea lion kat atas darat agaknya!

QueenJah said...

Kalu cancerians is nenek sloth, no wonder scorpions tu cucu sloth...grr....

abes..sealion tu baka dari mana plak hek?..(sambil garok2 er...)
nenek! nengok siJa tuh..mula lah dia tuh..!

kak ja said...

QJ, I bersangka baik dgn u sempena 1431H ni.. U cuma garok2 belakang ur BT..

somuffins said...

Anne, I sker tengok sea lion bertepuk tampar mengejar bola. Laju jer dia beraksi. R u that pantas and ceria??


QJ, diantara sepitan ketam dan sengatan lipan, mana lebih dengeres? Umum ketahui, ketam bukan sedara lipan; ketam dan lipan juga bukan sedara sea lion.. tapikan tapii.. semua tu boleh jadi SLOTH, kan kan? Afdal ke kata2 I nih? ;-)


Ja, I nak berthangka xbrapa baik .. QJ garok err.. err..

QueenJah said...

antara ketam ngan lipan?
kala jugak yg lebih berbisa...
antara sea lion ngan sloth...
apa ada kena mengena?
sea lion tu...kalu ada anak ikan n bola? well u know I know la..
slotah? bg syurga skali pun...dah sloth tu sloth lar juger...

kalu dah gatal tahap miang, mintak sloth tulun garok, dpt tak dibayangkan? grrr....

QueenJah said...

MdmJa...moga teruskan istiqamah...
jgn sari jer heh...
blogger mithali...from bad to the best..
kotakan azam dan janji!
yeay!

anneaziz said...

hellooooo semua!

cakap apa ni? I tak paham...you all buat kan indeks kebluran i melangit!

Apa pun, I kata gini lah...

SLOTH ke, Lipan ke, ketam ke, Kala ke, sea lion ke...kita semua adik badik kan...semua ahlul animal kingdom.

CS, you tau tak sloth beyak seminggu sekali jer? Pasti mengalahkan skunk!

QueenJah said...

whuakakakakaa..!
Dasar sloth! beyak pown seloooow..
wakakakaa....
'mende' tu nak jatuh pown selooow...
whuakakakaaa...
sloth sloth....

QueenJah said...

sambung..
amik masa seminggu nak tuyun....
whuakakakaa...

somuffins said...

Anne, ye ke sloth bewak seminggu sekali? Kesian dia kan kan? Sure selalu got tummy-ek.


QJ, kihkihkih ... apa pun BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. Gaknya tulah motto yg para sloth sedonia amalkan, ngeh ngeh.