Tuesday, 29 December 2009

Labu tanpa Labi ...

Al-kisah tanpa disedari .. suddenly .. tetiba .. alih2 .. tup2 .. I terajin mentelaah apa bendanya yang I simpan dalam draft. Nah kau, I have about 100 drafts in my possesion. Ada tu hanya tertera abjad 'jjjj' aje, ada juga yang dah siap untuk diedarkan keseluruh donia tapi macam tak sesuaaai pulak, dan ada yang sekerat jalan tergantong story linenya (haha cam re-al aje).

Enivei, abaikan pasal setimbun draft tu dulu, ni nak kongsi tentang kera-jin-an I Ahad lepas. W'pun rombongan cikKiah (bukan nama sebenar) ke Tapah meragut my jatidiri to the max, I tetap kata it was the best and memorable trip ever. Best bukan pasal kerja kawin per se but, hehehe (sambil katup mulut).

I membayangkan yang indah2 belaka masa I beli 1/2 biji labu hari tu: lauk lemak labu, bun labu, donat labu, loaf labu, sup labu dan scones labu TAPI semua tu tertaklok pada mood situan badan.

Jatidiri I belum pulih sepenuhnya, T dah angin2kan selera dia ... nak tak nak, buatkan juga (sah rajin kan kan??)

Sebelum nih I tak pernah guna 'hook' untuk menguli dough tapi kali nih macam terpandai pulak, I guna 'hook' (selama nih benda tu MIA tapi tiba2 terjumpa pulak). Cake mixer yang canggih would have a 'K' @ kneader tapi cake mixer tak canggih dibekalkan 2 hook kurus2 belaka. Bread machine? I dah oder dah tapi diorang kekurangan skru maka kenot assemble my bread machine .. tssk.. tssk ..


Since the buns are for our own consumption maka I tak perlu guna penimbang untuk pastikan setiap bebola sama beratnya. Lainlah kalau nak dijual ... kan?


Selepas 'proofed' <> 30 minit

Siap dah bun labu. Bakar <> 18 minit. Serve hot with butter and jam or whatever. Bliss!


Masa bun masih dalam oven, I gentel lebihan dough to a bite size. I goreng sebaik saja dough menggebu, pastu golekkan dengan castor+icing sugar. Taste wise memang tak sama langsong mcm BigApple or JCo donuts tapi ada I kesah? (cover line) hahahaaa...

Tengok orang buat loaf, I pun teringin juga so I pun mendarakan loaf tin yang I beli masa my oven was in comatose. Semangat membeli tetap ada walaupun ...
.
If not for T requesting me for pumpkin buns, takdelah I larat membaking sampai lewat 1 pagi. Semalam masa hantar T ke Terminal 3, I bawak lebihan bun yang telah disapu mentiga dan jem untuk Ngah, Teh, Ndja, G and Abg Mat (dapatlah merasa sorang sikit).
.
Right now rombongan ke kota Singa sedang mengukur Orchard Road. Apa2 ajelah yang diorang nak beli tuu. Sepatah kata T dlm sms pagi nih "tak boleh jalan sendiri2, semua kena jalan sama2 macam anak itik".
.
Jom nyanyi? ... anak itik Tok Wi mandi dalam kolam, sakit apa Tok Wi, sakit sendi tulang ...

19 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
u sebut juga ayat 'bread maker'... I dah berkali-kali dok angin-angin kat suami nak lah beli benda alah ittew.. kot-kotlah nak makan roti panas-panas....tapi.. katanya beli saja roti gardenia 40 sen saja... bila u mentioned bread maker... hati i yang sedia luka parah... bernanah....
adoi..adoi..adoi...

kak ja said...

Atas nama kemanusiaan, I terpaksa mengutuk u habis2an kerana menyebabkan hati nurani akak bernanah2.. Tak patut u buat mcm tu!! Berdosa!!

Cian kat Tok Wi, sakit sendi tulang..

Psstt!! Dlm I punya draft pun ada gak yg cuma ada 3-4 huruf yg I sdiri tak ingat I nak tulis apa sebenarnya..

lili said...

CS, itu gamaknya kerja draft...asyik menyimpan khazanah yang nak dibentang di dewan blog tapi kurengs yakin... trus lipat... tinggal tak bungkus lempor ke recycle bin!

Sian Labi... sebab selow bebenor Labu laju masuk perut! Ish..ish...ish... sodap, sodap...

ceriaWAN said...

Stok simpanan hanya 100 jer?????
Itu bukan tahap cs yg ku kenali lagi...

Aniwei..umi wat semua kerja-kerja menjadikan tepung sebagai roti setelah T mengidamkannya.. ish..ish..BERTUAHNYA SAPE YG JADI MENANTUNYA NANTI..
lalalalalaaa

jom nyanyi gak...

anak itik ambo mandi dalam bendang,
telur itik ambo ada dalam sarang,
kalau umi rasa sakit sendi tulang,
pandanglah adik T tersayang..
amboooiiii..adik T tersayanggg..'

;)

3E said...

Pergh Aunty Som...semenjak 2 menjak sharpie u ni dah kuar dari ICU, bukan main lagi ya u membaking. Pass ni gi la join mana2 class baking ya...(kalau mood Aunty Som bagus la)....
Banyaknya draft u!!!!!! ish ish ish.....bila la nak publish tu yea...

somuffins said...

Akak, Dr saja2 cakap cenggitu kot nanti dia nak beri surprise gift kat you? Sama2 kita tunggu 7 bulan dari skrng, k? (7 fevret no. kan?)


Ja, I sedar I dah buat silap dan atas kesilapan tu, I dah mintak pemegang mohor BBBB to open it's business till new year. I rela temankan you kesana, heheh. Kita boleh aje habiskan cewita dlm drafts kita. What say u?


Lili, menyimpan drafts bertimbun2 tu is part of being hoarders kah? Hahahaaa... menciii ek??


ceriaWAN, gaya u cakap macam u kenal sangat dgn CS tu. Ntah2 CS yg you kenal dgn yg menulis tu adalah 2 oghang yg berbeza. Can never tell one u know.
P/S: Nak jadi menantu I mesti pandai masak sedap2. I nak goyang mulut jerr.. nyum!


3E, I sort of falling in love again with my Sharpie. Harap2 dia sihat walafiat tak dijangkiti H1N1. BTW, I nak cuba buat chiffon (maklum.. org Perth aje yg dapat.. sob3).

kakcikseroja said...

CS..

confirm you mmg rajin.. dlm satu masa, mcm2 yg you buat.. tabek spring kat you.. :)

Anonymous said...

Salam CikSom....

Bun2 tu sungguh menggoda jiwa raga.
Beli punya mmg tak sama mcm buat sendiri kan...buat sendiri pasti lg sedap esp CS yg buat...;D

nours

somuffins said...

KakCik, tq. Memang confirm I rajin - 15 thn sekali, hehe.


Wkumsalam Nours,
Kalau tak sedap, terpaksa disedap2kan juga almaklum sendiri yg masak, kan?

ceriaWAN said...

Ciksom.. gaya I cakap mmg lah sbb I kenal ciksom walaupun taklah kenal tersangat rapat. Dan gaya U menulis lah yg membuatkan I mmg tak salah membezakan ciksom yg I kenal..
Lalalalalaa..


jom nyanyi skali lagi..

Anak itik ambo jalan kedek-kedek..
Kaki itik ambo memang pendek-pendek..
Ciksom ambo kenal memang orang cantik..
Rajin baking dan buat kek..
ambooiii..rajin baking dan buat kek..

dina said...

saya punya draft pun menimbun paling banyak yg tulis, "alkisahnya," lepas tu rasa macam kenapa mesti mukadimah macam tu... pehtu cut, pehtu pegi next entri pun stil nak mukadimah alkisahnya....

itu roti labu? saya tak gemar labu, tapi bila tengok roti yg gebu tu teringin nak rasa pula...

somuffins said...

ceriaWAN, nasib baik ada statement maut cam nih "Ciksom ambo kenal memang orang cantik..", maka serta merta nak mengaku CS memang ada sorang aje, tralalalalaaaa..


Dina, asyik pehtu, pehtu aje; terlupa nak pehthree ek? kah3..
Roti labu tu cantik sbb rona dia yang menguning. Taste wise, taklah mencurigakan taste bud :-)

QueenJah said...

tch..tch..tch...
lajinnya dia....lajinnya dia...
camtu lar...

somuffins said...

tch..tch..tch...
Sekali air pasang, sekali pantai berubah .. auwww..

ain said...

kita pun tgh nak kecek2 BM ngan hubby ni. hopefully dpt le sempena tahun baru nanti.hehe

Happy new year kak CS!!!

uMMisYa said...

salam kak
sya cukup suka baca blog akak. mesti sya gelak dgn gaya penulisan akak, dgn bahasa akak. kalau ada rezeki nak sangat jumpa akak. rasanya kita dekat je kot, sya kat klang, kerja kat kota kemuning.

somuffins said...

Ain, tq. Happy New Year too. Apa azam tahun baru?


Ummi, gaya dan bahasa I ala mak bonda, belasah aje, haha. I hepi gak kalau tulisan I boleh buat you senyum simpol.
U duduk Klang n kerja di Kota Kemuning? I ada gak pergi Bukit Naga.. dah dekat kan tu?

uMMisYa said...

Kak,gaya akak tulis tu best, selamba je,redah aje heheh.
bukit naga tu dekat lah sangat, anak2 saya sekolah rendah kat situ sbb rumah mak mertua kat situ. insyaallah nanti kalau akau kesitu boleh kita jumpa. nanti saya email no hp.

somuffins said...

Ummi, insyaallah. :-)