Tuesday 21 September 2010

Mood hari nih macam tak berapa bagus, tapikan tapi..

Mood jari jemari untuk melenggok2 atas kibod dah tiba ketahap maksima! Masa untuk meramble sensorang telah bermulaaaa. Selama nih I tak meramble ke? Eh, mana ada? Kan I berkarya aje tu?

Kalau diberi peluang untuk fahami bahasa binatang; I pilih bahasa kucing. Tapi sebelum tu, I nak share tips khas untuk ibu2 muda yang baru dapat baby atau sesiapalah yang mungkin baru dapat cucu (haipp! nape pandang2 kat I plak?).

Bila baby mula berdehek-berdehak, cuba dengar betul2 apa yang baby tu 'cakap'. Kalau you dengar 'neh, owh, leh, eair atau eh' ... maknanya (ikut turutan) lapar, ngantuk, tak selesa, pewut masuk angin dan akhirnya sedawa. Nampaknya baby dibawah 3 bulan guna 5 perkataan aje. Gitulah menurut kajian sape-ntah-nama-dia-tu bila ditemuduga ramah cik Prah.

Berbalik pada bahasa kucing yang I sebut tadi tu. Ekceli I nak tau banyak bahasa binatang .. lipas, cicak, themut, cik siti, labah2 dan 18 serangga lain tapi mana boleh, khaan? I tak nak tamak, dapat paham satu bahasa binatang pun jadilah.

I ada 1-2 soklan yang lama dah bermain kling klang kat minda nih (minda TB juga kot??). I nak tanya kucing2 berkenaan whylah you all bubuh pasir dalam periuk nasi sendiri?? <- nih bahasa halus tapi kalau nak lagi halus, gini -> kenapa anda sekelian buang air besar dan air kecik dalam tempat makan dan tempat minum?

Satu lagi soklan yang berharapkan jawapan sahih -> kenapa kamu suka tolak2 atap sebaik saja atap tu diletakkan atas kandang kamu? Meowww?=Why? Paling tak faham.. tolak2 atap tak kira hari panas atau hujan. Korang ingat korang nih kebal ke hape?? <- Bahaya bila soklan dah bertukar gelombang *jap nak urut dada jap*, tarik nafas .. hembus.. tarik nafas .. hembus..

Tukar topik ...
Gambar sawi khas untuk Amy yang tak suka pelepah sawi sebab pahit. Sawi jenis dalam gambar nih cepat empuk dan memang berbeza dengan sawi yang pelepah2nya panjang sepanjang kacang panjang. Sawi jenis pelepah panjang memang kena ketuk2 sikit pelepahnya biar empuk (kenot deny kadang2 memang terasa pahit).
.
KT goreng siap pukul 1 pagi hari Senin (untuk T bersahur). Tulis '1 pagi' tu memang saja nak bitau bahawasanya chef tu simply rajin (cis! tak tobat2 masih riak lagi chef tu ek?).
.
Saja nak pamerkan pelepah2 sawi berbaring dari sudut berbeza (pelepah sawi pun reti nak glemer, kasilah peluang kat diorang tu).

16 comments:

Ibu n Abah said...

Kak som..
i memang sedang kesedihan bila 2 ekor cucu i meninggal semalam... i serik dah tak mau bela kucing....
dah banyak kali sedih bila kucing mati.. tetaplah i bela jugak... tapi kali ini... hendaknya kali yg terakhir....

Lili said...

Asal nama SAWI jer...I suka! Sawi zaman cyber nih mana ada yang pahit. Rugi weh, siapa2 tak suka sawi...
But then again, tapikan tapi, one man's meat is another man's poison.
Betul ke Kak Som? hehheh! ;))

Yo, my word verif: surai
hmm...nak suruh I bersurailah tu, tak pun suruh I buat roti surai.

Amy said...

Sis, ohhh ni la yg xpahit tuh erk..I dr dlu mmg xsuka sawi sbb btg pahitnya tuh la..ohh aku rase mcm mencarut jek bile sebut btg..jap2 u pggil ape ngn btg ni..ohhh u panggil pelepah hehe..Ahh tang pelepah tu yg buatkan i kureng skit ngn sawi ni..kalo bak choi wa suka sgt2 sbb batangnya, eh pelepahnya xpahit then masak kejap jek pon xde rse pahitnya. dush tetiba tingin nak makan bak choi la plk. nak kne jenguk kt thai shop ade ke dak bak choi nari..anyway thanks for sharing sis..

DeLancrettLurpak said...

saya mmg peminat sawi sejati!! sawi yg itu mmg tak pahit.. sedappkan kalau letak dlm mee or KT.. rajin gile masak kul 1 PAGI!!! nasib baik takde "benda" lain mintak sepinggan.. heheheh

Tie said...

Ooo... sawi yang batang pendek tu tak pahit, ekk ?

Tie biasa beli sawi yang batang warna putih, yang serumpun-serumpun tu... ke namanya lain ?

ahkakbatik said...

awatler ciksom ni lain macam je kali ni.... citer pasai baby la... blaja bahser kucin la...
awatnya ciksom ni preknen kaaaa...?

PatinPasta said...

Cik Som,
Ha ah, betul (skang baru tingat). Saya pon ada tengok episode Cik Prah tuh.

Cik Som try beli kolar spesel yang buh kat leher kucing (macam dalam citer karton tuh), nescaya buleh berkomunikasi dengan kucing Cik Som :D

azieazah said...

Sori Berlori, tengah takda mood nak mengomen panjang lebar..

Cuma nak sebut, rasanya tu Sayur Chap Choi tu, kan?

Bahasa kucing kalu tahu nanti, sila lah bukak kelas bahasa. Tingin nak tahu kenapa kucing ni cepat benar membiak. Dan kenapa kucing ni rata-rata miang semuanya?

Hmmm malas lah nak komen lagi. Rasanya pendek jer komen kali ni. Ahaks!

kak ja said...

KS, meh I nak terjemahkan bahasa kucing u tu..

Depa tanya: Awatlah Wan Com suka letak mknan dan ayaq dlm bekas yg kami suka nak buang si kecik dan si besaq? (kucing2 u tu mai dr Kedah KS ooiii!!)

CS said...

Salam semua ...

Akak
Innalillah... memang sedih bila binatang belaan kita mati tapi tu juga indirectly menyediakan kita untuk hadapi kematian seseorang yang kita kasihi (pendapat I aje nih).


Lili
Couldn't say more cos I agree with your pendapat(an), har3. Bab sayur2an, my children memang memilih. Gerrram I tapi best gak sbb diorang tak rebut pelepah sawi dengan I.

CS said...

Amy
U R welcome. Kita bincang pasal sayur sawi pun boleh tercarut gitu? kah3. So from now on, you sebut pelepah aje, okay??


cik Lurpak
I rajin sekali sekala jer, kebetulan plak my doter takde makanan untuk sahur so I cook up a storm in a jiffy, kekdahnya.


Tie
Sawi batang putih diberi nama sedap masak lemak namun jarang digunakan untuk berduet dalam mee, kan?

CS said...

AB
Shhh.. diam2 OK? Memang I preknen tapi kandungan I boleh tahan sehari dua jer; pastu wajiblah I melawat WC penuh hemah *wink*.


Aida
Kot kat Itali ada kolar Doraemon? Har3.. tolong belikan I sedozen boleh? Nanti kita bayar awak thru TT.

Azie
Takde mood nak mengomen panjang? OKlah tu, dlm pada takde mood terkomen 50 perkataan lagi, hehehe. Bab kucing miang tak dapatlah I nak tolong; ia seakan2 kita mintak agar bulan tidak mengambang. Bila bulan tak mengambang, kesian plak kat sipungguk.

CS said...

Wan Ja
Caner Wan Com tak letak makanan dalam bekas berkenaan, dah bekas tu dapat free semasa Wan Com meriah JJCM menapau jer kerjanya. Dari itu, haruslah kita recycle penggunaannya, tak gitu??

Dr Singa said...

sempat tak paham bahasa umang-umang sebelum mereka pass away...???
:)

FaAtip said...

I sedih bila I dah `bersusah payah' tumis sayoq sawi, tetiber rasa dia pahit ya amat tu... :(

CS said...

DrSinga
Tak sempat you .. tak sempat sebab takde tanda2 diorang akan pergi tidak kembali *heheh + sob3*


Fa
Maka perlulah you beli sawi jenis pelepah kontot itew. You literally can eat the whole thing. You bukan aje berjimat malah you takkan bersedih lagi.