Sunday 14 November 2010

Majlis 3-in-1 and Mac vs Mac ...

Sabtu petang
Para jiran yang mesra alam "ehem" telah bertungkus lumus menyiapkan goody bags untuk majlis house warming, aqiqah dan potong ramos jambul cucu sulung jiran. I nih memang suka buat kerja behind the limelight dan statik tak kuasa berenyah; but this time I've gone overboard using my tulang 4 kerat angkat tu, tolak nih, terpusing dan membongkok maka aksi tu 'menyebabkan sakit belakang' <- sebut gaya iklan pil untuk sakit belakang, hehe..

Ahad
Tepat 1030 pagi majlis 3-in-1 pun bermula. By 12pm jamuan tengahari terhidang dengan lauk pauk dan kuih muih yang berbaloi dimakan (terlebih kalori atau lelemak belakang cerita .. janji thedap serta halalan toyyiban). Alhamdulillah semoga tuan rumah sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang halal dan sejahtera setiap masa, amin.

Alhamdulillah .. cedapnya!
.

Shame2 baby ...

Oops terlupa pulak, U-turn kejap eh?
Petang Sabtu tu, tuan rumah ada juga menyediakan minum petang "untuk kita2 aje" <- gaya iklan saluran 'ceria'. Ada jejemput udang, talam keladi dan bubur kacang sertaaaa, nih yang buat I terferanjats nih cos out of nowhere ada benda nih ... benda yang dah lama I idamkan tetiba ada depan mata ...

Ya betul, benda tu namanya macaron! Sejak macaron yang berwarna warni nih dah jadi the IN thing, secara semula-jadinya ia menambat dan menganjak keinginan untuk merasanya w'pun I tau rasanya manis. So hari tu, tertunailah hajat dan harapan. Verdict: Hmmm....

Pernah satu ketika dulu, Teh n I dengan jakunnya 'membelek dengan mata' pada beranika macarons yang disusun menawan hati on display dalam bekas kaca. Terlupalah pulak berapa harganya tapi memang mahal esp bila otak nih asyik mengira pertukaran mata wang, har3 kesian ek? Bukan tak boleh beli taw, cewahahah.. tapi kita tak dibenarkan beli seketul dua; kena beli a set of 6 or 12 pcs. So kita beredar tanpa rasa terkilan pun ..

Pastu kita berdua menyusur ketempat perishables temankan Ngah beli ikan. Almaklum musim sejuk masa tu maka ramailah yang mengenakan baju tebal, cantik bergaya (ntah2 tak mandi lagi, har3). Seronok juga tengok orang berpakaian vogue beli ikan udang bagai. Diorang takde maid untuk belikan benda2 yang hanyir tu ke?

Nak tau juga I pakai apa kesana tu? I pakai biasa jer.. jeans n black leather jacket, with high heeled boots, stylo kekdahnya, har3 Alaaa... pakai cardigan jer, nice and sweet gitu, lalalaaalaa..

Sempat juga belikan knick knack untuk D&T, habis juga 20+ matawang Lilibeth. Budak berdua tu yang masih tak arif dengan exchange rate serentak bersuara "murahnya Mi". Iyolah tu..

Pengalaman mencuci mata kat situ was really somethinglah. Yalah pun, bukan selalu dapat peluang selama 10 hari keluar masuk sesuka hati. Puas juga menjamu mata pada benda2 yang memang takkan mampu dimiliki; semuanya memang outrageous!

Sesiapa yang obsessed dengan supermarkets pasti paham. Ajaklah kemana2 namun tak kecik hati kalau tak pergi pun asalkan? hehehe ... asalkan dapat merayap2 sekitar supermarket, dah rasa hepi tak terkata. Kalau boleh, nak bercamping kat situ tak nak balik, boleh?

I nih betullah macam customer service kat bank yang tak reti nak tidur tu. Kalau biarkan dia bercakap memperkenalkan promosi yang ada, mulalah dia bercakap tak henti2 cam robot. I nih dah merobotkan diri, mula cerita pasal majlis 3-in-1, pastu pasal macarons, pastu pasal supermarket, pastu ... pasti T komen (kalau dia terbaca) "tak perlulah Umi beritau semua tu".. Dengan T semuanya tak perlu.. nanti bila I dah takde, dia pasti meraong2 bila baca entry nih, ekekekee..

OK, back to macarons (lagi??).. sebenarnya I keliru sket hal macarons dan macaroons. Ada sesiapa keliru macam I untuk membezakan antara dua tu tak? Kot ada keliru dan berminat nak tau, silalah jangan malu2 tekan sini (khidmat masyarakat kekdahnya).

Sequel 'berani kerana benar' akan dititipkan kemdian ...

13 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

1st time tengok dan dengar macaroons tu ke cameroon.. hissh teruknya macam frog bawah tempurung jer..

hehehe...

jap..nak klik link..

FaAtip said...

ada sambungan lagi? hehee..sabor je le I menunggu..**dengan semangat Tun Teja**

FaAtip said...

Som, I juga tergolong dalam golongan orang2 yang happy dapat pusing sana pusing sini dalam supermeket tu..hehe

Ibu n Abah said...

kak som..
umuq i dah 46tahun... baru hari ni tahu macarons....

Anie said...

Somuffins,

I dah get ready popcorn & air coke ni for the sequel....hehehez. Jgn tak jadi eh :D

DeLancrettLurpak said...

CIkSom: Sedap eh macarons tu?

azieazah said...

Citer 3-in-1, tapi kisahnya macam satu itu sudah menguasai 80% entri...hehehehe

Sakit pinggang lagi? Meh nak tolong pijak. Gayut tangan kat tali buai, urut guna tapak kaki I yang halus mulus bak batu sungai nih..

Gerenti, mujarab I tell youuuuu....!

Ibu n Abah said...

kak som...
tadi i baca sekali imbas jer..
rupanya banyak citer yang dipaparkan.. mengalahkan majalah 3...
tapi kisah supermarket tu memang sama lah dengan perangai i.. i cukup suka merayap di pasar-pasar dan supermarkets.. i enjoy.. biarlah i tak pergi madamme tussards ker.. asalkan i dapat masuk supermarket dan perati buah-buahan dan sayur2an yg berbagai-bagai yg i tak jumpa kat chow kit road....

Tie said...

Tie ni kolot sikit. Tak pernah makan benda alah tu. Ada banyak resepi dalam web ni, tapi belum tergerak hati nak cuba.

Tengoklah, kalau rajin dan menjadi boleh gak Tie tayang kat blog, hehe.. berangan lak makcik ni.

kak ja said...

Kak Som, dah lama I nak komplen pasai ni, tp I cuba bersabaq.. Ari ni sabaq I dah melayang ke langit biru..

Kak Som, soalan serius ni..

Apsai kebnykan pics kat umah u ni I tak leh 'click to enlarge'? Kemuncak kegeraman I sbb I nak enlarge gambaq baby tu!!

PatinPasta said...

Cik Som,
So camno rasanye? Todap ke tak ek? Saya pon terkilan gak tak beli hari tuh (walopon ada jual seketul = 1eu) sebab ada suara2 menjatuhkan semangat, katanya hanya rasa manis + tepung jagung. Buleh gitu? Huhu!

CS said...

Salam semua

Azrina
There is always a first time, kan? So hari nih you dapat tahu ada 2 benda yg namanya Ron n Roon, heheh.


Fa
Ada sambungannya, insyaallah. Tun Teja tak sker orang buat kerja half way, kaan?? You oso like to merayap at supermarket meh?? Ni mesti kes esbok penuh tapi masih jjcm nih, ahaks.


Akak
Menggarap ilmu tak kira umur, kan Akak kaan?? *wink*


Anie
Simpan bebaik popcorn n coke tu dulu. BTW, you mmg simpan popcorn kat rumah ke?? :-)


CikLurpak
Apa rasanya macaron tu? Agak disappointed juga sebab terasa manisnya aje tanpa flavour (I blame it on my lidah cos I ada selsema). Akan cuba cari yang lain sebab ramai kata mende tu sedap.

CS said...

Azie
Tajuk entry ada 2, kankankan? Maka tajuk2 tu pasrah dan tak kecik ati langsong kalau salah satu diberi perhatian lebih.
Seriously speaking, you dah cuba buat kat siapa cara mengurut cam tu? Jawab jgn tak jawab. I minat nak tau nih.


Akak
Nampaknya kita perlu tubuhkan kelab JJMS = jln jln masuk supermarket :-)


Tie
Wpun dah lama I tau kewujudan siRon n siRoon tu, nilah pertama kali I makan, hehe.


Ja
Mintak mahap sebab gambar2 yg terdapat kat sini have failed to satisfy your needs, cewah. Ekceli kan Ja kan, I plak kalau boleh memang hendakkan cenggitu. I sker kalau all my photos takleh dienlargekan langsong.
Oleh yg demikian, adakah kita MASIH BERKAWAN? ;-)


Aida
As explained pada CikLurpak, gitulah rasanya. I tak puas lagi nih, akan ku buru itu macarons (nak ngecek or beli kat Rima, amacam? Gud idea tak?)