Thursday, 7 October 2010

fly me to the moon ...

Bersiaran kembali pinjam kejap harta TB. Pinjam kejap kononnya tapi boleh ke pinjam kejap2? Anyway, selagi I punya masih down, apa pilihan yang ada? I pasti TB is more than happy pinjamkan hak dia, janji I tak pergi ke cybercafe, hehe. Tak pernah I terbayang masuk ke cc hanya nak update blog. Tak singin I.

Hari nih terasa sunyi pulak. Petang semalam boleh tahan riuh. Lepas TB ke opes at 2pm, Ngah n Teh datang beraya (saja pilih waktu TB takde so that kita boleh bergolek2, hehe). Ngah tu kan, dah 20 tahun I duduk kat rumah nih, dia masih tak pass2 lagi hala kesini. Tapi I salute kat dialah. Umur dah 68 tahun masih boleh drive sendiri. Alhamdulillah kan? Teh tu pulak jadi dia punya navigator-for-life.


Ngah n Teh datang beraya sambil memenuhi satu misi negara. Misi beli murtabak V for victory tak ingat dunia, kekdahnya. Diorang masing2 beli 5 keping murtabak dan I dapat sekeping each dari Ngah n Teh. Sebelum tu I jamu diorang mee siam Spore (yang berkuah tu). Nasib baik juga Ngah n Teh kata mee siam tu sedap. I tak dapat rasa kelazatannya mungkin my selsema n batuk masih buat my lidah haywire. Anyway, mee siam Spore tu terhasil dari JJCM. Biasalah kan?

Malamnya ...
I suka pulak tengok wawancara tuan dokter astronot semalam ditivi dan tadi sekali lagi dengan cik tunang. Their wedding is dubbed to be the wedding of the decade. Wow! Jemputannya pun komain hebat lagi dengan berderet2 VVIP (VVIP dapat kad jemputan berupa gelas sekeping ala futuristic). Jemputan seramai 10 ribus termasuklah kita2 dijemput sama. Gila ek? Tak sanggup I basuh sudu garpu pinggan mangkok sebanyak tu. Bukan saja sengal sendi2 malah boleh patah pinggang lagi tapikan tapi kalau upahnya sekitar 2 ribus sorang, ok gak kan? Boleh beli note or netbook. Kih3, tak habis2 lagi ..

Tuan dokter mengaku that dulu kala dia seorang introvert.. Dengan minat/passionnya, dia tetiba jadi extrovert pulak dan sungguh vokal. Well.. I pun pikir I nih tersangatlah introvert, tapi kalaulah esok lusa tulat I jadi astronot, mungkin juga I akan jadi extrovert?? Harharhar... mulalah tu..

Dulu kala ...
Masa D kecik tak kecik, dia juga pernah nak jadi astronot, cewah! Dia tanya boleh tak dia pergi kebulan. I kata boleh ... pergilah bila I dah mati. Bila I dah mati, I tak payahlah duk termenung makan tak lalu, mandi tak basah tunggu dia balik dari bulan. D juga pernah tanya boleh tak dia bawak keta racing. F1lah tu. Apa juga dia kata masa tu yang berbau bahaya, I akan kata tunggu I mati dulu.

Dengan tu, I perasan 2 perkara. I was being selfish dan level of tawakal tersangatlah nipis. Nak mati tak kira dimana, tul tak? Dan si D tu plak I tau kenapa dia tanya hal2 yang dia pasti dapat jawapan negatif. Dia saja nak duga sejauh mana sayangnya I pada dia.

Pendek kata macam2 cara dia test I. Kadang2 I saja 'baik'. Bila dia tanya "kalau abah, T dan D nak jatuh dari gunung, siapa yang Umi nak selamatkan dulu". Apa I jawab? hehe.. I pun dah lupa apa I jawab tapi I tak kata I akan selamatkan dia dulu. Baik kan I?

Kalaulah soalan yang sama ditanya lagi, apa agaknya jawapan bernas dari I? For sure I'll be as selfish as ever eventhough I know he dare not fly to the moon and be among the stars ever! (terngiang2 plak lagu Andy Williams). As for F1 tu, well ... (sambil menadah kedua belah tangan kehadrat Ilahi).

13 comments:

fa*atip said...

Alaaa..Dondanngg Sayangggg...
**happy dapat no. 1**

Okay, som, I baru nak baca jap ye! ihik!

fa*atip said...

Okay, dah baca...

I suka makan murtabak! haha...**actually tak baca lagi!**

Cik Lurpak said...

saya seorang extrovert.. tapi husband saya seorang introvert.. sometimes susah juge nak buat decision.. extrovert ke introvert ke, nak murtabak satu bleh?

fa*atip said...

Somm,
Cuba tanya Ngah you, apa petua dia. I terus teringat kat Mami & Bak Eleena, they actively move here and there dalam usia 70an. Nampak sihat. I pun verangan nak jadi macam tu nanti..:)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Wah..cayalah Ngah. Baya mak saya tu.. Mak dah lenguh2 kaki & pinggang.

Along pon kata nak jadi astronout lama lepas tu kata tak jadi sebab dia takut nanti oksigen habis..

haha..

Yat Maria said...

Cik SOm

ai pun kadang2 blur kambeng pat road directions... :) selalu gak kena hamput ngan dude..pasal tu lebih senang ai drive sendirik..kalo pusing2 pun yg fenin ai sowang..haha..

Yr sis kira sama cam my FIL..he is 70 tapi masih bule drive long distance fr Sin to Tganu..albeit lebih banyak toilet breaks hehe..

Ibu n Abah said...

kak som...
i dpt supply murtabak raja diimport terus dari kelantan... hmmmmmm juicy sungguh....
(nak citer i tak terliur lansung bila u sebut murtabak.. tp u jgn sebut roti canai kuah banjir....)

somuffins said...

Salam semua ...

Fa
Why you so noti one?? I duk bayangkan you berlari2 anak kejap keatas, kejap kebawah; ishhh3.. istewi siapalah nih?? :-)
You nak I tanya my Ngah petua dia remain aktif? Petua tu I kena mamah n digest dulu, barulah I bitau you k? hehehe..


cikLurpak
Introvert atau extrovert, semua orang suka murtabak. You nak ke? You nak yg harga 7, 10 or 12 ringgit?


Azrina
Kakak Ngah is Long. Umur dia baru meningkat 70 tahun, hehehe. Anyway, stetmen Along tersangat proaktif. Caner kalau habis oksigen, kan?


Yat
Blur kambing terjadi bila orang tu tak mandi pastu dia sesat eh? :-)
If at 70 your FIL masih kuat, just imagine your Dune nanti? hehe..


Akak
I takde niat nak menjeleskan sesiapa dgn murtabak tu, tapikan tapi, kalau you pernah rasa murtabak ori dari Spore yg kat Arab Street tu, then..

Ibu n Abah said...

kak som..
murtabak restoren zam-zam? i siap ada gambar kedai dia lg....

somuffins said...

Akak
Murtabak kat restoran ZamZam dan Victory. Makan murtabak nih membangkitkan kenangan lalu nan indah (mungkin ia tak selazat murtabak Kelantanlah kan?).

Tie said...

Aderk!
Tetiba rasa lapor bila tengok murtabak tu..

Tang mee siam berkuah tu, mak biasa buat. Kekadang Tie buat juga bila mengidam, hihi..

azieazah said...

..errrmmm...

dah jadi tak tau nak komen yg mana satu...

Tapi kalulah I pun dapat kad jemputan berupa gelas futuristic tuh... hmmmm.. alangkah seronoknya.

somuffins said...

Tie
Orang JB kalau dah biasa dgn murtabak Spore, akan dicari juga yg macam tu eventhough rasanya sipi2 aje; whatmore bila rasanya sama maka menjadi2lah (pencarian berbaloi kekdahnya).
Nak tanya camana Tie buat kuah yg dimakan dgn mee siam tu. Kuah tu dibuat berasingan ke? atau kuah tu diambil dari kuah sebelum dimasukkan mee. Acih.


Azie
Dalam 1 entry I merapu berbagai topik (macam nak beritau komenlah bebanyak, kahkahkah).
You dah siap baju liplap lum? Dr SMS mesti suka tengok kita datang kejamuan dia, ahaks.