Sunday, 10 October 2010

Marathon hari Sabtu ...

It was a full day indeed maka haruslah bercerita ala marathon. Tulis panjang2 siapa nak baca?? Well .... pussy in the well..

10 pagi dah mengukur jalan menuju keSS2. T dah janji dengan Long nak beraya. OK tak beraya pada 1 Zulkaedah? I nih plak, haishhh... tak senonoh. I thot Syawal ada tigaploh hari. I dah berjaya puasa 5/6 sunat Syawal pastu I berihat seketika sebab batuk/selsema; teruslah terlefas fandang. Jadinya I berjaya 'puasa 5' aje.

Setapak masuk kerumah Long *tarik nafas panjang* waah, bestnya bau. Bau makaroni yang baru siap dibakar dan bau inti popiah yang sedang digoreng. Mesti extra sedap sebab Abg Is yang menggoreng. Sementara tunggu popiah digoreng, kita 'kerjakan' makaroni dulu ..
.
rona roni makaroni

inti cik Pia Zadora

cik Pia segebu jari jemari sipembuat

Minggu lepas masa TB n I beraya rumah Long, dia masak makaroni bakar juga. Patutnya dia tapaukan untuk T tapi terlupa; jadinya nak puaskan hati, dia buat lagi untuk T. Abg Is pulak beriya2 nak buat popiah untuk T juga. Heiii, apsal takde orang nak buat apa2 untuk I? I bukan adik angkat u'oll okay? :-)

Sebenarnya bila Long kata dia buat popia, I was like tergamam! Lama dah I idamkan popia buatan sendiri tapi tulah sengkuang yang dah 2 minggu duk selepot kat dapur tak cooperate langsung. Patutnya dia kopek kulitnya sendiri tak payahlah tunggu pisau. Pisau plak tetiba mogok takmoh memotong, andropos kot? Pendek kata bila pisau dah mogok maka terpaksalah I memogokkan diri. So, takdelah popia!

Berbekalkan popia yang dah digoreng serta sebekas intinya aje (kenalah gulung sendiri sebab dah bitau Long, I ada kulit popia, hehe), 2 helai tea towel dan 2 periuk kecik bertangkai, T dan Uminya pun beransur untuk melunaskan misi seterusnya. Oh ya, I tergamam bila tau Long buat popia, kan? Memang benar2 tergamam .. How can I thank Allah enough for He reads my unspoken thought. I've been wanting to eat popia n I've been wanting to buy small pots too; suddenly I got both in one day. Masyaallah .. alhamdulillah for the rezeki.

Dari SS2 ke Sg Way. Of all the shops in the world, T mencari kasut yang diidamkan kat sini. Wakil kedai diSumm*t beritau kedai kat Sg Way masih ada stock yang T idamkan tu. Nasib baik I'm quite well-versed dengan Sg Way sementelah kawasan nih berdekatan dengan SS1 Kg Tunku (rumah Teh).

Masa muda dulu, pergi kerja naik bas mini no.25. SgWay merupakan laluan keluar/masuk; takkan tiba KL kalau tak tempuh Sg Way, bandar koboi. Dari Motorola -> U-Garden -> Kg Tunku -> Sg Way = bas mini memang full to the brim. Masa nih jugaklah pengalaman keluar masuk lokap balai polis sebab bas dah overloaded. Bila dah datang lambat ke opes, pandai2lah beri excuse dan cari excuse (walhal I memang innocent).

Dari Sg Way bergegas cari kedai makan. Haa, dapat pun! Beli nasi bungkus for TB's lunch kat restoran Sy*d yang terletak di KJ. Terus berdezup balik rumah. Tiba dirumah buat apa yang patut. Makan, buat bekal untuk TB dan solat. Bila TB berlepas ke opes, T n I berlepas ke SanWei Piramid. Ada2 aje misi T, kan?

Shopping complex tu teramat luas. I tak kuasa nak berjalan lebih. Bila T masuk kedai, I duduk kat luar memerhatikan rakyat jelata berinteraksi. I bercakap persis Kanda Deris pulak, kan? hehe. Sambil menunggu literally doing nothing, I almost dozed off. Segarkan mata dengan membeli NueJilen eskrem (Ja mesti sker eskrem nih, almaklum .. ). Sebelum beredar, tak sah kalau tak makan Tako, so bertakolah kita berdua (T sempat gak bersushi).

Tako inti sothong n dot3 <- lupa, hehe

Dari SanWei Piramid kita terus ke Summ*t. T masih ada 1 lagi misi yang perlu dilaksanakan *deep sigh*. Tiba rumah pukul 6 petang. Berehat kejap, mandi manda, solat dan bersiap2 lagi. Lepas Maghrib jiran jemput kemajlis baca yasin/tahlil.

Hidangannya sempoi aje kan? Tapi lauk2nya lazat debabum - sayor gor, ayam gor, asam pedas ikan tenggiri n samtum udang (got fetai samore). I pergi sorang aje. TB masih diopes mencari rezeki yang halal untuk anak isteri, kucing2 dan tupai juga tikus, hehe.

Tuan rumah nih memang bijak. Dah dijamunya kita bagai nak rak dan sedang kita duduk bersandarkan dinding (perut dah se'eh) sambil berbual kosong sebelum cabut balik, pelan2 dia tanya "nak check BP?". I tanya tuan rumah "you nih polis ke doktor?", hehe. Lepas check BP, check sugar level pulak. I tanya "you takde pregnancy test ke?". Muahahahaa... tssk, tssk.

Khidmat masyarakat untuk 3 'pesakit'nya. My BP = 106/70 while sugar level= 6.7. The so-called puan doktor gembira dengan status kesihatan I tapi sorang tu (pls dongakkan kepala kegambar, jeling kekiri), BP/sugar levelnya tak berapa mengembirakan sebab bacaannya agak membimbangkan. Lihatlah spesel meja yang digunakan tu, heheheeee .. kotak mineral water aje tu.

Tak boleh nak berbual lebih lama sebab perut buat hal. Sebelum balik sempat juga dibekalkan nasi dan lauk2 tu untuk TB. Alhamdulillah seharian CikSom tak bertegur sapa dengan periuk dan kuali hitamnya.

Sekian nukilan Sabtu marathon. Saja tulis sikit aje, heheh. I tak nak ambik masa you kot ada yang nak bersiap2 ke majlis kawin Doc SMS atau nak bersiap bersanggol bagai wpun hanya duduk depan tibi tunggu lapuran selari majlis pengantin of the decade.

10 comments:

Cik Lurpak said...

ciksom ni!! saya dah lupa dah niat nak bertakoyaki... terpaksa la ajak T-Bag gi makan esok heheheheh...

saya rasa kalau kat Malaysia boleh bilang dgn jari saya jumlah hari masok dapur utk sebulan kot.. banyak sgt tempat makan best plus jemputan makan kan.. heheheh

fa*atip said...

**bisik mode** Som, I cuma sempat posa 4 hari je! :(

kakcik said...

Salam CS...

sampai semalam (Ahad = 2 Zulkaedah), dengarnya masih ada yang buat majlis makan2 sempena Raya! ;-)

somuffins said...

Salam ...

CikLurpak
I pernah bitau my hubby, kalau I banyak duit, I nak cuba makan kat semua tempat makan yg best2. I nak menikmati nikmat Allah, kekdahnya. Anyway, selamat berTAKO, hehe.


Fa
4 hari jer? Kalau cam tu, sah you 'lebih terer' dari I, har3.


KakCik
2 Zulkaedah masih ada open house? Gaknya tuan rumah tak sihat sepanjang Syawal; tulah kena tunda buat open house kot? :-)

Ibu n Abah said...

kak som...
i pun termasok dlm golongan yg sempat buat 5/6 syawal...
kiranya byk xtvt u hari sabtu tu...
i pulak tarikh yg istimewa 10/10/10 i bykkan tidor... patotnya i buat bungee jumping ker.. turun dgn parachute ker... sengal betullah bila tidor jer rugi kan?...

somuffins said...

Akak
You sempat buat 5/6 jugak kah? kahkahkah.. Terer kita ek? Takpe, insyaallah tahun depan kita buat enam per enam.

Memang rugi bila masa terluang dihabiskan dengan tidor saja tapi bila you yang tidor, I kasi chance sebab you perlu berihat, kan?? Mungkin masa tidor tu you berpeluang berbungee jumping dan parachuting (I sedang berimaginasi nih... )

lili said...

..memang marathon sampai I kena buat two-parter sendiwi! hahaha!

somuffins said...

lili
Next time I upgrade to triathlon plak, hehehaha..

kak ja said...

Jeles I dgn BP n blood sugar level u tawww..

Inti popiah, 2 helai tea towel n 2 piyuk kecik bertangkai.. Long yg bagi semua tu? Waaahhh, I pun nak bersdr dgn Long gak, lah!!

somuffins said...

Ja
Alhamdulillah, kesihatan so far so good disamping krap krup disana sini...

Benda2 yang you thebut tu bukan dari Long sorang tapi dari my abang ipor juga. Seronok diorang sbb dapat let-go-kan piyuk2 tu (wpun baru dibeli), hehe.

Silalah hantar borang pada Long .. akan diapprove setahun dari skrng (maklum diorang warga emas; pergerakan a bit selowlah, kan?)