Monday, 18 October 2010

Kita nak buat kek oren ...

Ramai benar para bloggers dah cuba buat kek nih. I on the other hand (cam selalu pantang dengar mesti nak mencuba juga), dah terasa2 kek tu lalu kat tekak dengan haruman segar sioren sun-kiss2.

Semalam T ke Jaiyen so I mintak dia belikan oren. Tiba aje kat sana dia fone "Umi, oren takde tapi sun-kiss2 adalaaaa...". Aduhai anak ... selalu2lah ikut Umi kepasar, kesupermarket, kekedai, kemana2 jugalah, okay?

Sejak semalam dan hari nih, nasib simentiga sebuku tu asyik keluar masuk esbok aje. Dia pun konfius kenapalah dia rasa kejap panas kejap sejuk. Kalau mentiga dah merajuk, memang tandanya kek mungkin bentat. Oh tidak...

So malam nih malam penentu, cewah. Agak2 terlaksanakah niat dihati Somuffins membakar kek oren nih? Tengok gambar2 kat sini, jiwa rasa terkuit2 ...

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Som,

Jadilah hendaknya kek oren tu.. fuh..fuh..hehe..
jangan lupa letak cara2nya sekali tau..


macam sama pulak kita.

Tengahari semalam saya dah sagat carrot konon nak buat kek.

Petangnya si suami ajak ke rumah uncle dia yg baru keluar sepital.

Sampai la ni carrot tu membeku dalam freezer.huhuhu..

Ntah jadi ke tak kek tu nanti..

kakcik said...

Salam CS...

dah siap, jangan lupa letak gambar, ya? Kakcik nak tumpang telan air liur... :)

fa*atip said...

kat sini kita sebut b a t a t.

Ibu n Abah said...

kak som...
jadi ke tidak ni????
jiwa you dah di kuit-kuit tu... buatlah....
nanti jangan lupa kirim bau kat BBB....

somuffins said...

Salam semua ...

Azrina
Takat nih kek oren lom belum diadun lagi. Insyaallah jadilah kek tu nanti (janji pada diri sendiri).
Jom kita berlumba buat kek. Pastu kita boleh tukar2. You rasa kek I, I rasa kek you, hehehe (mode: ceria).


KakCik
Insyaallah. Nanti kita tampal gambar kek manyak2 n besau2. KakCik ready jer dengan baldi besar untuk menampung ayaq liuq tu, hehe.


Fa
'Batat'? Yes, I pernah dengar orang cakap gitu. Batat=Bentat; but does it = to bentan??


Akak
Macam jadi jerr tapi takat nih bahan2nya belum disukat lagi. Sukat menyukat nih mmg kita tak berapa nak sukalaah. Helppp.

Aida Rezuan said...

Cik Som,
Hehe.. saya dok tergelak baca al kisah oren dan sunkist.

Nak buat kek OREN ka? Tak de related to pithang langsung nih. Haish.. kena buh gambo nanti tau! :)

kak ja said...

Ni dah berhari2 senyap sunyi ni, jgn2 projek kek oren terbengkalai..

*blom mampu nak bersangka baik dgn oren n pithang u, KS!!

somuffins said...

Aida
Bahawasanya Sunkist is the brand name while oren bukan, hahaha. Kita terlebih ingat pada brand ek? Next time I nak buat lempeng pisang, I nak jual kat Italy dan I nak namakannya 'Somkist'. Ada orang terpikir Somkist is an oren sedara mara Sunkist tak? Kih3..


Ja
I senyap karna ... ada sebab musababnya. 2 hari lepas I low profile jer kan? Barulah hari nih I komain terkedek2 kat FB tu melayan rakan taulan. Sat lagi, daku akan keudaWa ... yeahh!